Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Alam Universiti - Pilih Bidang Yang Diminati Atau Fokus Kerjaya?

Kolum Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Feb 2021 12:52PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SPM ialah suatu peperiksaan yang penting untuk pelajar-pelajar di Malaysia. Seminggu lagi akan mula SPM untuk pelajar tingkatan lima dari 2020. Peperiksaan ini telah ditunda dua kali dari tahun lalu dan kini dijadualkan pada 22 Februari 2021. Kita doakan yang terbaik untuk semua calon SPM 2020 (dan ibu bapa mereka). All the best!

Kalau dahulu, mungkin cukuplah dengan SPM, untuk mencari pekerjaan. Dunia berubah dan sekarang memerlukan kita untuk sambung belajar ke peringkat seterusnya. Tidak semestinya kita ke universiti dan tidak semestinya kita sambung degree. Alhamdulillah di Malaysia terdapat pelbagai pilihan. Yang penting, jangan berhenti di SPM. Sambunglah belajar sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa.

Artikel ini akan memberi nasihat dalam memilih bidang seterusnya selepas SPM, dan khusus untuk mereka yang merancang untuk ke universiti. Kita letak tepi dahulu isu kos atau isu pilih universiti mana (termasuk belajar overseas atau tempatan).

Dua kriteria utama yang biasa dibincangkan adalah mana yang lebih utama atau penting: sudut kerja atau minat?

Untuk saya, jangan jadikan sudut kerja atau potensi gaji lumayan sebagai matlamat utama. Prospek kerja boleh berubah dan kadar pendapatan sesuatu bidang boleh juga berubah mengikut masa.

Kita boleh buat kajian dan kita boleh tanya pakar tentang apa yang diperlukan pasaran kerja pada masa terkini dan akan datang. Tetapi realiti zaman sekarang, dengan wujudnya Artificial Intelligence (AI) dan dunia masih lagi dibelenggu pandemik COVID-19, ia sesuatu yang sukar.

Kita nak ramalkan apa keperluan pasaran dalam masa dua tahun akan datang ini adalah sukar, apatah lagi untuk lima tahun akan datang. Lima tahun adalah masa bagi mereka yang menduduki SPM tahun ini untuk belajar sebelum keluar ke pasaran.

Jadi dalam masa ini, kita boleh membuat kajian tentang apa yang akan in demand tetapi kita tidak boleh menggunakan perkara tersebut sebagai ciri utama pemilihan bidang. Saya ingat lima ke tujuh tahun dahulu, jika ada orang berminat untuk belajar psikologi, akan ada yang bertanya ''nanti nak kerja apa?'' Tetapi hari ini, graduan bidang tersebut in demand dan berkemampuan untuk bekerja di mana sahaja.

Dari zaman saya di sekolah pula, atuk akan berkata kepada cucu-cucu mereka supaya besar nanti jadi doktor atau jurutera atau peguam atau juruterbang. Kenapa? Kerana bidang-bidang tersebut dianggap sebagai bidang yang memberi kerjaya stabil serta lumayan.

Tetapi kita tahu sekarang bahawa di Malaysia terdapat isu lambakan doktor, isu jurutera sukar mendapat kerja di mana gaji yang tidak setimpal dengan sijil mereka, isu tidak mudah untuk peguam mendapat kerja sebagai peguam dan begitu juga dengan isu juruterbang mengganggur (bukan sahaja ketika pandemik COVID-19 tetapi sudah beberapa tahun).

Kini juga kita akan jumpa graduan-graduan dengan sijil profesional akauntan yang sukar mencari kerja di bidang mereka.

Kehadiran AI dan automasi akan merubah banyak pekerjaan. Kita pun tidak tahu kerja apa akan wujud lima ke sepuluh tahun lagi. Kemungkinan besar, kerja-kerja tersebut tidak lagi wujud dan tidak pun terfikir sesiapa lagi.

Sekarang kita ada gamer, personal shopper, youtuber, social influencer dan juruterbang dron. Ada terfikir kewujudan kerja-kerja ini lima tahun lalu?

Jika kita yakin bahawa kita minat untuk bekerja dalam jurusan-jurusan profesional seperti perubatan, jurutera, arkitek, farmasi dan undang-undang, maka tiada pilihan kecuali untuk mengambil jurusan tersebut selepas SPM.

Jika anda terbuka dari segi pemilihan kerja, saya akan menasihatkan anda memilih bidang yang diminati di insititusi pengajian tinggi. Kita boleh lihat di Malaysia kini, majoriti para graduan tidak bekerja mengikut bidang yang mereka pelajari di universiti.

Perkara ini adalah norma baru dan akan mengikut apa yang berlaku di negara maju di mana hampir 70 - 80 peratus akan bekerja dalam bidang yang tiada kaitan dengan apa yang mereka pelajari.

Bukan itu sahaja, apabila seseorang itu menerima sijil mereka, kemungkinan banyak dari ilmu yang dipelajari di universiti sudah pun dilupakan atau sudah tidak boleh dipakai lagi.

Saya sendiri tahu mungkin 70 peratus dari teori ekonomi yang saya pelajari sewaktu membuat ijazah ekonomi saya pada 1986 hingga 1989 tidak boleh dipakai lagi dan 80 peratus daripada piawai perakaunan yang saya belajar ketika membuat sijil profesional akauntan saya dari tahun 1990 ke 1994 telah dimansuhkan. Dunia telah berubah.

Tetapi apa yang tidak berubah dan semakin ketara adalah keperluan kita untuk mempunyai sikap yang sanggup sentiasa belajar, sikap yang fleksibel untuk belajar perkara baru, sikap yang mudah menyesuaikan diri dengan perubahan, sikap rajin bekerja, sikap sanggup menerima cabaran dan sikap mudah menyelesaikan masalah.

Jika dahulu, kita perlu belajar mengingati fakta, mengingati data dan mengingati maklumat, kini itu semua tidak perlu kerana fakta, data dan maklumat ada di hujung jari melalui pangkalan data di tempat kerja, Google dan internet.

Mungkin skill yang paling utama diperlukan sekarang adalah kebolehan untuk membuat analisa dan berfikir. Kemahiran ini perlu dititiberatkan memandangkan dunia kita sekarang dunia tanpa sempadan dan tapisan. Kita perlu ada kebolehan untuk tahu apa maklumat atau data yang penting dan mana yang tidak penting.

Selain itu, kita perlu membezakan maklumat yang benar dan yang tidak tepat. Kebolehan untuk mengenali fake news atau fake information adalah penting. Dalam bidang apa sahaja kita ambil di universiti, kita akan diajar untuk berfikir secara kritikal.

Apabila kita mula bekerja di dalam mana-mana bidang (kecuali bidang profesional), apa sahaja yang kita perlu tahu untuk pekerjaan tersebut boleh belajar on the job. Jika kita berada di universiti selama sepuluh tahun pun, kita hanya akan tahu bagaimana untuk membuat kerja tersebut apabila kita mula bekerja.

Dalam pengalaman saya membimbing hampir 75 graduan setiap tahun sejak 2015, majoriti akan membuat pekerjaan yang tiada kaitan dengan bidang mereka. Alhamdullilah semua berjaya mencari career path masing-masing.

Apabila kita mula mencari kerja, bakal majikan akan melihat sijil kita. Mungkin dia akan melihat bidang yang kita ambil, tetapi yang lebih utama adalah keputusan atau CGPA kita.

Juga aktiviti-aktiviti yang kita ceburi ketika di universiti dan sekolah serta pengalaman kerja kita ketika belajar, intern atau ketika waktu cuti. Ketika saya di universiti, saya memang akan kerja ketika waktu cuti panjang dan juga kerja part-time sewaktu cuti semester. Semua itu boleh letak dalam resume atau CV sewaktu job hunting. Suka tak suka, apabila kita baru bergraduasi dan kurang pengalaman, majikan akan lihat pada CGPA kita.

Bagaimana untuk dapat CGPA bagus? Perlulah kita usaha dan rajin belajar ketika di universiti. Jika kita memilih bidang yang kita minati, ini akan lagi memudahkan kita untuk score. Haa, jadi bagaimana untuk tahu dan pilih bidang yang kita minati? Kita tunggu cerita akan datang.

Beliau ialah penulis buku ‘PILIH KERJAYA BUKAN KERJA’ dan mentor untuk para pelatih eksekutif ILTIZAM Professional Development Programme di bawah Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS).

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Hilang Wang Punca Kes Pelajar Dipukul Hingga Maut

3

Pendidikan 2 bulan yang lalu

Kementerian Pendidikan Galakan Murid, Pelajar Lawat Tapak Warisan UNESCO

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Universiti Swasta Didakwa Hampir Muflis, Gaji Pekerja Tertunggak Sejak November

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Kolum 20 jam yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan