web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Angkara Lockdown, Kebolehan Asas Kanak-kanak Menjadi Tanda Tanya

Kolum Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2021 10:11AM

Kajian perlu dilakukan bagi mengetahui kesan lockdown kepada kanak-kanak. - Gambar fail

oleh

Pearl Lee

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saya tertarik dengan sebuah laporan Perancis baru-baru ini yang melaporkan kanak-kanak di negara itu terkesan teruk akibat keputusan kerajaan untuk mengadakan 'lockdown' bagi mengekang penularan kes COVID-19.

Walaupun lockdown di negara benua Europa itu berjaya menurunkan kes jangkitan, impaknya kepada kanak-kanak di negara itu cukup teruk.

Kumpulan dari Hospital Clermond Ferrand telah membuat pemerhatian dan perbandingan terhadap tingkah-laku 90 kanak-kanak berusia tujuh dan lapan tahun pada bulan September 2019 (sebelum pandemik) dan September 2020.

Menurut laporan Radio France Internationale yang memetik laporan akhbar Le Monde, para penyelidik telah mendapati kanak-kanak kumpulan ini bukan sahaja telah naik berat badan, tetapi juga turut tercungap-cungap walaupun berlari untuk jarak yang pendek.

Kumpulan kanak-kanak ini juga gagal menghabiskan tugasan kognitif di dalam waktu yang ditetapkan.

Martine Duclos yang merupakan ketua National Observatory of Physical Activity and Sedentariness (ONAPS) dan kordinator penyelidikan itu dipetik akhbar Le Monde berkata keputusan kajian ini ibarat suatu 'malapetaka'.

Di dalam tempah satu tahun, indeks jisim tubuh atau (BMI) kanak-kanak di dalam kumpulan itu telah meningkat secara purata sebanyak dua hingga tiga mata.

"Kita tidak pernah melihat perkara ini berlaku sebelum ini. Kanak-kanak yang yang tiada masalah kesihatan atau isu berat badan berlebihan kini sudah naik 5-10kg kerana mereka telah berhenti bersukan. Dan bukan semua yang telah aktif semula," kata Duclos.

Para penyelidik juga mendapati kemahiran kognitif kanak-kanak telah berkurang sebanyak 40 peratus.

"Setahun dalam kurungan telah menjadi malapetaka," tambah Duclos.

Laporan Perancis itu turut menyatakan hasil kajian itu lebih menakutkan kerana walaupun sebelum pandemik melanda, 87 peratus kanak-kanak berusia 11-17 tahun di negara itu sudah tidak memenuhi kriteria Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyarankan agar aktiviti riadah harian dibuat selama 60 minit.

Tatkala lockdown pertama di Perancis tahun lalu, hanya 0.6 peratus memenuhi kriteria WHO iaitu hanya 4.8 peratus kanak-kanak berusia 5-11 tahun bersenam dengan secukupnya setiap hari.

Semenjak 2015, Malaysia telah dilaporkan sebagai negara yang mempunyai bilangan penduduk 'tergemuk' paling tinggi di Asia.

Menurut sebuah kajian Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) pada tahun 2019, masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak negara ini adalah kedua tertinggi di Asia Tenggara.

Harus kita ingat bahawa masalah obesiti di antara kanak-kanak di Malaysia telah mencapai tahap yang membimbangkan sebelum pandemik melanda lagi. 

Laporan Unicef mengatakan 12.7 peratus kanak-kanak Malaysia yang berumur antara 5 dan 19 tahun mengalami obesiti.

Yang pasti kita tidak tahu bila pandemik ini akan berakhir dan bagaimana COVID-19 akan 'merosakan' lagi kesihatan anak-anak kita kerana kurang terdedah kepada aktiviti fizikal. 

Tahap kesihatan depan anak-anak dibina sewaktu mereka masih kecil. Jika mereka tidak aktif semasa muda, apakah akan terjadi kepada mereka apabila mencapai umur 30 tahun?

Saya telah berkongsi laporan kesihatan kanak-kanak Perancis itu di akaun Twitter saya dan ia telah mengundang beberapa komen.

Antaranya termasuk desakan agar Malaysia juga membuat penyelidikan yang sama untuk anak-anak kita, agar kanak-kanak diberi peluang untuk bermain di luar dan panggilan agar sekolah dibuka.

Negara Australia merupakan sebuah negara yang berbangga dengan masyarakatnya yang suka bersukan. Malah, empat dari lima rakyat Australia berkata budaya sukan amat sinonim dengan mereka.

Pokoknya, di Malaysia, budaya makanlah yang menjadi kebanggaan ramai. 

Kehidupan kita semua telah berpusing 180 darjah semenjak COVID-19 melanda. Sudah tibakah masanya untuk kita mengambil lebih inisiatif untuk menjadikan rakyat dan negara kita lebih sihat, selepas ini?

Renung-renungkanlah. - Getaran, 9 Julai 2021

Pearl Lee merupakan pengasas bersama dan pengarang urusan portal berita Twentytwo13.

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia