web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rokok, Minuman Ringan Berkarbonat Dan Pemain Bola Sepak

Kolum Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2021 1:38PM

Cristiano Ronaldo mengajak semua untuk minum air mineral. - Tangkap layar dari video media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apabila bercakap tentang bola sepak negara, pastinya ada yang terkenang zaman Malaysia gah di persada Asia.

Ada yang menyatakan zaman kegemilangan bola sepak adalah pada tahun 70an dan 80an. Selepas itu, bola sepak Malaysia terus merudum.

Tetapi tidak ramai yang bercakap tentang peredaran zaman - di mana bola sepak telah berubah dari pelbagai segi. Sains sukan serta teknologi moden bola sepak dan but telah memainkan peranan besar dalam evolusi sukan tersebut.

Peredaran sukan ini juga telah melihat apa yang disanjung dahulu, dikeji hari ini.

Penjaga gol Poland Wojciech Szczesny telah dilihat merokok beberapa jam sebelum pasukannya menentang Sepanyol dalam perlawanan EURO 2020 baru-baru ini.

Atlet profesional ditegah merokok, terutamanya ketika sedang beraksi dalam kejohanan di peringkat antarabangsa.

Tidak lama dahulu, gambar pemain Harimau Malaya Safee Sali sedang merokok di Singapura tersebar. Gambar tersebut diambil sebelum Malaysia bertembung dengan Singapura dalam kejuaraan Piala AFF 2014.

Safee meminta maaf dan Persatuan Bolasepak Malaysia memberinya amaran keras agar tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Tetapi pada suatu ketika dahulu, pemain bola sepak yang merokok digambarkan dan diangkat bagaikan bintang rock. Bekas pemain Belanda, mendiang Johan Cruyff merupakan legenda bola sepak dunia yang sering digambarkan menghisap rokok - samada di dalam bilik persalinan ataupun di tepi padang ketika menjadi pengurus pasukan.

Orang lama sering berkata, pemain-pemain zaman tersebut mungkin hisap rokok dan minum alkohol tetapi mereka masih mampu beraksi dengan cemerlang. Kalau nada yang sama diguna pakai untuk pemain-pemain bola sepak hari ini, sudah pastinya atlet-atlet tersebut akan dikecam dengan hebat.

Suatu ketika dahulu liga tempatan ditaja oleh syarikat-syarikat tembakau. Jenama syarikat tembakau juga terpapar di atas jersi pemain-pemain negeri. Kini syarikat-syarikat tembakau tidak dibenarkan menaja mana-mana aktiviti sukan.

Perkara sama boleh dikatakan apabila Cristiano Ronaldo mengalihkan dua botol minuman ringan berkarbonat ketika sidang media di Kejohanan EURO 2020 minggu lepas. Beliau kemudiannya mengangkat sebotol air mineral dan berkata “agua!” yang bermaksud air, seolah-olah menggesa mereka di dalam bilik sidang media untuk minum air kosong.

Ramai yang memuji pemain terkemuka Portugal tersebut. Tetapi ada pula yang memanggilnya hipokrit kerana Ronaldo pernah terlibat dalam iklan Coca-Cola dan makanan segera KFC lebih sedekad lalu.

Jika perkara yang sama berlaku lima dekad yang lalu, sudah tentu Ronaldo akan dikritik hebat dan mungkin akan dibuang daripada kejohanan tersebut atau dari pasukan kebangsaannya.

Apa yang merupakan kebiasaan satu ketika dahulu tidak semestinya kebiasaan pada zaman ini.

Jadikan pengalaman zaman dahulu sebagai pedoman untuk ke hadapan, dan bukannya templat untuk diguna pakai hari ini.

Dunia sudah berubah. Sukan bola sepak juga telah berubah. Pemikiran juga seharusnya berubah. - Getaran, 24 Jun 2021

Haresh Deol seorang wartawan yang mempunyai pengalaman dalam media sejak tahun 2000. Beliau adalah pemenang dua kali Anugerah Institut Akhbar Malaysia (MPI) dan merangkul tujuh anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM). Beliau boleh dihubungi di akaun Twitternya @HareshDeol.

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Kolum 16 jam yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

oleh Datuk Dr Xavier Jayakumar Arulanandam