Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Mengapa Kita Lockdown Hari Ini?

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2021 9:51AM

Polis memantau penutupan jalan di Putrajaya pada tengah malam tadi susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (total lockdown) yang bermula hari ini. - Gambar Mohd Azim Abd Rahman

oleh

ZF Zamir

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Beberapa minggu lalu, saya sebutkan kepada seorang teman bahawa program vaksinasi kita bermasalah dan kita semua harus bersuara mengenainya.

Teman saya itu menolak pendapat saya mentah-mentah dan berkata tak perlu.

Pendapat saya pada ketika itu bersandarkan kepada jumlah vaksinasi negara pada awal April. Jumlah individu yang telah divaksin sehingga 19 April hanyalah 451,237 orang sedangkan di United Kingdom (UK) lebih 20 juta warga mereka telah menerima dos pertama vaksin. Malah Amerika telah memvaksin warganya sekitar 70 juta.

Semua data itu hari ini berubah, walau beza hanya sekitar empat ke lima minggu sahaja.

UK telah mencucuk 61 juta dos pertama kepada rakyatnya. Amerika pula telah memberi 287 dos pertama kepada rakyatnya.

Malaysia pula tidak bergerak banyak. Laman web The New York Times pada 26 Mei 2021 (10.26pm) yang menyediakan informasi live feed Tracking Coronavirus Vaccinations Around The World menyatakan hanya sekitar 3% rakyat negara ini yang fully vaccinated atau dalam bahasa mudahnya telah mendapat 2 dos suntikan vaksin. Jumlah ini hanya bersamaan dengan 960,000 orang sahaja.

Laman itu juga menyatakan sekitar 2,630,984 orang telah divaksin. Malaysia dengan itu mencatatkan skor purata hanya 8.2 orang divaksin dari setiap 100 orang dalam negara ini.

Dari 100 orang, hanya lapan divaksinkan.

Kiraan dos per 100 orang ini adalah antara kiraan termudah untuk mengetahui tahap vaksinasi sesebuah negara. Data ini diambil dari projek Our World In Data dengan kerjasama Universiti Oxford.

Misalnya antara negara tertinggi yang direkodkan oleh laman ini adalah Israel dengan skor 117 iaitu sebanyak 57% rakyatnya telah diberi dua dos.

Bahrain mencatatkan 99 dari 100 rakyatnya telah divaksin. UK mencatatkan 92 dari 100 rakyatnya divaksin manakala Amerika 87 dari 100 rakyatnya divaksin. Singapura pula 65 dari 100 rakyatnya telah mendapat vaksin.

55 rakyat Jerman dari 100 orang telah divaksin. 49 rakyat Perancis dari 100 orang telah divaksin dan 39 dari 100 rakyat China telah divaksin. 38 dari 100 orang rakyat Arab Saudi telah divaksin.

Malah pada tahap ini, India mengatasi kita dengan 14 orang dari setiap 100 orang rakyatnya telah divaksin. Kita juga mencatat skor yang lebih teruk daripada Nepal dan Indonesia, masing-masing mencatat skor 9.5 dan 9.2 dari setiap 100 orang di negara mereka.

Krisis AstraZeneca

Namun saya fikir krisis sebenar bermula apabila kerajaan mengumumkan pembukaan slot vaksin AstraZeneca untuk mereka yang sukarela mahu mendapatkannya.

Ia menjadi krisis apabila rakyat dipaksa mendaftar semula untuk kali kedua walaupun kebanyakan rakyat yang mahukan vaksin telah mendaftar di laman MySejahtera.

Krisis ini mungkin boleh dielakkan jika butang ‘AstraZeneca’ diletakkan di dalam aplikasi Mysejahtera sahaja.

Melalui cara ini, kerajaan boleh mengetahui berapakah jumlah permintaan atau ‘demand’ terhadap vaksin AstraZeneca ini, demografi mereka yang memohon termasuk negeri dan daerah serta boleh menyusun pergerakan untuk membolehkan mereka yang memohon bergerak ke lokasi terdekat pemvaksinan.

Ini boleh mengelakkan apa yang telah terjadi pada 26 Mei lalu di mana orang ramai terpaksa berpusu-pusu menunggu di hadapan laptop semata-mata kerana mahu berebut slot vaksin tersebut.

Adalah tidak masuk akal untuk membiarkan rakyat di luar berebut menekan butang pendaftaran semata-mata kerana mahu menjadi sukarelawan penerima vaksin, dalam masa masa yang sama terdapat sebuah aplikasi MySejahtera yang boleh override semua birokrasi yang tak diperlukan ini.

Ini telah membazirkan masa dan tenaga rakyat yang sepatutnya boleh digunakan untuk memaksimakan program vaksinasi yang pada ketika ini terlalu perlahan.

Hanya 50,000 Purata Divaksin Sehari?

Satu lagi perkara yang menarik untuk dipersoalkan adalah mengapa hanya sekitar 56,319 dos pertama diberikan dalam masa sehari, berdasarkan purata tujuh hari pada 26 Mei 2021? Data ini juga boleh disemak dan diakses melalui laman Our World In Data.

Jumlah pemvaksinan ini terlalu kecil jika ingin dibandingkan dengan kenyataan Menteri yang mengendalikan program pemvaksinan, Khairy Jamaludin pada 27 Januari iaitu 75,000 orang disuntik vaksin sehari; atau kenyataan Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba pada 13 Februari iaitu 126,000 individu disuntik vaksin setiap hari bermula hujung Februari.

Tidak cukup dengan dua kenyataan bercanggah yang tidak dapat direalisasikan ini, pada 24 Mei 2021 Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim pula menjanjikan 150,000 suntikan sehari bermula Jun 2021.

Adalah tidak masuk akal janji ini diucapkan oleh beliau ketika data pada 26 Mei 2021 sendiri menunjukkan dua janji oleh Menteri Sains dan Inovasi serta Menteri Kesihatan pada awal tahun masih tidak dapat dilaksanakan.

Bagaimana agaknya Malaysia akan mencapai sasaran 150,000 orang divaksin sehari bermula Jun jika pada 26 Mei sahaja puratanya orang yang divaksin sehari hanya sekadar 50,000 sahaja?

Mengapa Kita Lockdown Hari ini?

Kesemua pemerhatian mudah ini boleh memberi bayangan kepada kita tentang mengapa kita perlu melaksanakan ‘lockdown’ pada ketika kes jangkitan COVID-19 di sebahagian besar negara Barat semakin menurun.

Pertama, program pemvaksinan kita berjalan terlalu perlahan. Purata pemvaksinan untuk tujuh hari pada 27 Februari hanyalah sekadar 3,580 orang sehari.

Pada 27 Mac pula bacaan purata untuk tujuh hari hanyalah sekadar 6,705 orang sehari. Nombor ini tidak naik banyak pada 27 April.

Bacaan purata mereka yang dicucuk vaksin pada 27 April hanyalah sekitar 13,780 orang dan hanya naik dengan agak drastik pada 27 Mei iaitu peningkatan kepada 56,319 orang sehari.

Dengan trend yang terlalu perlahan ini, tidak hairan kita hanya akan menikmati imuniti kelompok ketika 80% rakyat divaksin hanya pada 2024.

Kedua, apa yang menyebabkan National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) mengambil masa sehingga 120 hari untuk memutuskan bahawa sesebuah vaksin itu selamat? Ini telah menambahkan beban birokrasi kepada kerajaan untuk melaksanakan pembelian.

Sebagai perbandingan, UK dan Amerika menandatangani perjanjian dengan vaksin AstraZeneca-Oxford seawal Mei 2020.

Israel yang kini telah mencucuk hampir kesemua penduduknya dengan dos pertama menyelesaikan pembelian vaksin Moderna pada Jun 2020.

Dalam masa yang sama, Jepun, Kesatuan Eropah, Kanada, Australia, Vietnam, Brazil, Kazakhstan, India, Nepal bahkan Saudi Arabia telah menyelesaikan perjanjian pembelian vaksin mereka seawal Julai 2020. Sedangkan Malaysia pula hanya menandatangani pembelian 12.8 juta vaksin Pfizer-Biontech pada 27 November 2020.

Dua pembolehubah di atas ini menurut saya telah menyebabkan kita berada dalam situasai yang terpaksa kita hadapi hari ini iaitu lockdown ketika kes COVID-19 di sebahagian besar dunia menurun. - Getaran, 1 Jun 2021  

Seorang pemikir serta penghasil karya prolifik, yang sudah lebih dari 16 tahun bergulat dengan isu pendidikan dan kemanusiaan. Menulis buku ‘Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang’ dan 6 buku yang lainnya. Pernah mengajar sebagai guru sekolah kerajaan di tengah Kuala Lumpur selama 6 tahun. Mendirikan beberapa gerakan pendidikan seperti Teach For The Needs (TFTN) pada 2012, The Wakaf Buku (TWB) 2014 & Rejuvenasi Pendidikan/Untuk Malaysia (RP/UM) 2020. Juga pernah menjadi pegawai di Pejabat Menteri Pendidikan (Pegawai Dasar & Setiausaha Akhbar) ketika Pakatan Harapan memerintah Malaysia pada Mei 2018.

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 hari yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 3 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

2

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

3

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

4

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

5

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

6

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry