web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kementerian Digital: Mampukah Ia Mendorong Kemajuan Dan Kemakmuran Malaysia?

Kolum Dikemaskini 4 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Jan 2024 1:38PM

Tulang belakang Kementerian Digital yang diketuai Menterinya, Gobind Singh Deo. - gambar Kementerian Digital

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pada Disember 2023, kerajaan mengumumkan penubuhan Kementerian Digital baharu dan pelantikan YB Gobind Singh Deo sebagai menterinya yang pertama.

Dunia telah berubah dengan pantas kesan daripada teknologi dan Malaysia telah lama melaksankan pelbagai usaha dari Multimedia Super Corridor (MSC) tahun 1996 hingga ke Malaysia Digital Economy Blueprint (MyDIGITAL) pada tahun 2021 untuk mengharungi arus perubahan, namun nampaknya ia belum mencukupi.

Kementerian dan agensi yang berbeza mempunyai rancangan dan projek mereka sendiri yang kadangkala tidak sehaluan. Ini telah memperlahankan kadar kemajuan dan secara tidak lansung menyumbang kepada pembaziran sumber.

Di samping itu, kerjasama di antara Kementerian dan agensi masih ada ruang untuk dipertingatkan.

Kementerian Digital baharu ini diharapkan akan dapat menyelesaikan masalah ini. Ia akan membawa semua initiatif digital kerajaan di bawah satu bumbung dan memastikan ia sejajar dan berkesan.

Apakah Yang Bakal Dilakukan Oleh Kementerian Digital?

Kementerian Digital mempunyai misi yang besar: untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara digital. Ini termasuklah usaha-usaha untuk:

Mewujudkan Strategi Digital Nasional: Ini adalah pelan rangka yang akan membimbing perjalanan digital Malaysia. Ia akan menetapkan matlamat, keutamaan dan tindakan untuk negara mencapai wawasan digitalnya.

Membina Infrastruktur Digital: Ini adalah asas bagi ekonomi digital. Ia merangkumi sistem internet jalur lebar, rangkaian digital dan teknologi baharu seperti 5G dan pengkomputeran awan. Kesemua sistem-sistem ini perlulah berpiawaian tinggi dan bertaraf dunia. Kementerian Digital akan memastikan bahawa ini tersedia, selamat dan mendapat keyakinan rakyat.

Membangunkan Kemahiran Digital: Ini adalah salah satu kunci kejayaan dalam ekonomi digital. Rakyat Malaysia perlu mempelajari kemahiran baharu untuk menggunakan teknologi secara berkesan dan kreatif. Kementerian Digital akan membantu merapatkan jurang antara mereka yang mempunyai kemahiran digital dan mereka yang tidak. Ia juga akan memastikan semua orang mempunyai peluang saksama untuk mengambil bahagian dalam ekonomi digital.

Menyokong Inovasi Dan Keusahawanan: Ini adalah kepada enjin ekonomi digital. Malaysia perlu mempunyai ekosistem digital yang kukuh dan dinamik yang menyokong syarikat pemula dan inovator. Kementerian Digital perlu mewujudkan persekitaran yang menggalakkan untuk mereka berkembang maju dan berdaya saing.

Melindungi Keselamatan Siber Dan Privasi Data: Tahap keyakinan yang tinggi adalah satu kewajiban dalam era ekonomi digital. Rakyat Malaysia perlu berasa selamat dan yakin apabila mereka menggunakan teknologi dan berkongsi data. Kementerian Digital perlu berupaya menangani ancaman siber dan memastikan data digunakan secara bertanggungjawab dan beretika setiap masa.

Apa Yang Seterusnya Untuk Kementerian Digital?

Tanggungjawab dan tugas Kementerian Digital sangat meluas dan bukanlah mudah. Kementerian Digital pimpinan YB Gobind bakal menghadapi pelbagai cabaran, seperti dasar yang kompleks, halangan birokrasi, dan ketidaksamaan digital yang masih ketara . Kementerian perlu mengatasi cabaran ini dengan:

Kerjasama: Kementerian Digital tidak akan berjaya dalam melaksanakan tugasnya sekiranya bergerak secara bersendiran. Ia perlu bekerjasama dengan Kementerian-kementerian lain, agensi-agensi kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat sivil. Bersama-sama, usaha meraka akan lebih berkesan dan pencapaian mereka akan pasti menjangkau apa yang mereka mampu capai secara bersendirian.

Ketelusan dan akauntabiliti: Kementerian Digital perlu mengambil sikap sentiasa terbuka dan jujur. Ia perlu berkomunikasi dengan jelas apa yang bakal ia lakukan, dan memberikan penerangan yang jelas mengapa usaha itu perlu dilaksanakan. Ia juga perlu mengukur dan melaporkan setiap keputusan dan kesannya secara terbuka dan bertanggungjawab.

Bakat: Kementerian Digital memerlukan tenaga kerja yang terbaik untuk setiap jawatan dalam kementerian. Ia perlu menarik bakat-bakat terbaik di kalangan pakar digital dari pelbagai bidang. Di samping itu ia juga perlu membangunkan dan memupuk kumpulan bakatnya sendiri.

Inovasi: Kementerian Digital juga perlu berani dan kreatif dalam mencari penyelesaian cabaran yang bakal ditempuhi. Ia perlu mencuba idea baharu, bereksperimen dan belajar daripada kegagalan. Ia juga perlu menggalakkan dan memberi ganjaran kepada inovasi dalam sektor digital Malaysia.

Kementerian Digital adalah satu langkah yang positif ke arah cita-cita digital Malaysia dan diharapkan akan membantu Malaysia menggunakan teknologi untuk mencipta masa depan yang lebih baik untuk rakyatnya. Ia juga akan membantu Malaysia bersaing dan bekerjasama dengan negara lain dalam ekonomi digital global.

Kementerian Digital ialah lembaran baharu dalam kisah digital Malaysia. Dengan menerima teknologi, bekerjasama dan menjaga rakyatnya, Malaysia mampu menjadi kuasa digital di dunia. – Getaran, 10 Januari 2024

Sorotan

1

Sharul Aimy Lakar Sejarah, Raih Pingat Sulung Negara Pada Kejohanan Asia

2

2 Gol Penang FC Batal, Akur Seri 0-0 Dengan Terengganu

3

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

4

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

5

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

6

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman