Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kisah Anak Gen-X: Membesar Di Johor Bahru – Ini 8 Perkara Paling Aku Rindu

Kolum Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2023 10:36PM

oleh

M.Zulkifli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pernah sekali aku pulang ke kampung halaman di Johor Bahru dan bermalam di Country Garden Danga Bay. Apartmen AirBNB itu cantik, dijaga baik dengan pemandangan Selat Tebrau yang indah dan menarik.

Sambil menghirup kopi di balkoni dan memandang binaan pencakar langit di sekeliling kawasan itu, terkenang pula aku pada JB dulu-dulu yang lain sangat rupanya berbanding sekarang. Membesar di JB pada era 80an penuh dengan kenangan yang tak mungkin dapat aku cerita semuanya satu persatu.

Namun inilah lapan perkara yang paling aku rindu dari tahun-tahun terindah itu:

Bunyi Ketukan Beduk
Lebih-lebih lagi waktu maghrib, bunyi ketukan beduk di masjid taman perumahan kami bererti segala aktiviti main bola, sepak yem atau police & thief aku dan kawan-kawan berhenti serta merta dan digantikan dengan larian lintang pukang untuk pulang ke rumah. Kalau lambat, bersedialah untuk terima padahnya. Tapi agak sayang, bunyi dentuman beduk sejurus sebelum azan rata-rata tidak lagi kedengaran di masjid-masjid kita.

Rancangan Kartun Pagi Ahad
Hari Ahad semestinya hari yang dinantikan-nantikan! Mana tidaknya, rancangan kartun di saluran TV Singapura bersiaran hampir sepanjang pagi. Antara yang menjadi kegemaran termasuk The Smurfs, The Flinstones dan pelbagai produk Disney. Masalahnya bila masuk tahun sekolah sesi pagi, memang melepaslah nak tonton. Jadi ada ketikanya, aku terpaksa 'mendemamkan' diri, semata-mata kerana Sesame Street.

Kisah Dua Shopping Mall
Ketika itu, JB hanya ada dua kompleks membeli-belah yang kira ok lah, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) dan Holiday Plaza. Maka, berulang-aliklah aku dan kawan-kawan di antara dua mall ini pada hujung minggu. Bermula di KOMTAR, kami kemudian mengambil bas Alec
atau T.Hakkim untuk ke Holiday Plaza. Biasanya kami bermain boling, minum di McD atau berpeleseran tanpa tujuan.

Bas Soutj Johore yang amat jarang rosak!
Bas Soutj Johore yang amat jarang rosak!

Bas Buruk Dan Prebet Sapu
Bercakap tentang bas, selain daripada Alec dan T.Hakkim, bas South Johore juga banyak berbakti kepada kami. Walaupun kebanyakan bas yang tersedia agak buruk luar dan dalam, tiketnya murah dan paling pelik, jarang sangat rosak! Alternatif kepada bas adalah prebet sapu, Grab tanpa-app zaman dulu. Biasanya kereta Toyota ataupun Datsun yang digunakan, lengkap dengan kipas kecil berpusing di tepi stereng.

Lepak Di Woodlands
Ya, Woodlands itu di Singapura, tapi kalau sudah orang JB, ulang alik ke Temasik untuk beli baju baharu dan buahan-buahan dalam tin adalah perkara biasa. Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan, memang syok bershopping dan berbuka puasa di sana. Nilai RM ke SGD ketika itu
pula cuma RM1.10 untk SGD1!

Berseronok Di Kota Tinggi
Aku kurang travel ketika membesar, tetapi selain dari Singapura, kerap juga aku ke Kota Tinggi untuk melawat makcik dan sepupu-sepapat di sana. Dan kalau dah sampai ke 'Kota, sudah pasti kami akan menuju ke Air Terjun untuk berkelah. Ah, masih lagi aku boleh bayangkan air sejuknya yang jernih dan cukup nyaman. Sambil makan sandwich sardin dan epok-epok, rasa liat sangat nak balik walau sudah seharian di sana.

Makan Sedap Pada Hari Gaji
Makan di luar juga kami jarang sangat, tapi bila tiba hari gaji, arwah ayah akan selalu bawak pulang makanan kegemaran kami seperti rojak Singapura dari Rojak Asma atau mee dari Hwa Mui. Dan kalau dapat keluar pula, port biasa ketika itu adalah gerai di belakang Dewan
Jubilee Intan, di mana aku akan pesan hidangan yang sama setiap kali, nasi ayam goreng (tidak sama dengan nasi dan ayam goreng) dan ais kacang.

Berpiknik Di Pantai Lido
Percaya atau tidak, dulunya air di Pantai Lido selamat untuk bermandi-manda, dan persekitarannya sesuai untuk berkelah. Ah, the good ‘ol days…

M.Zulkifli merupakan teraju utama getaran.my dan seorang bekas majistret. Beliau cukup gemar mengumpul trivia mengenai dekad 1980an.

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 bulan yang lalu

Apabila AI Menjadi Peguam, Akauntan Dan Pemandu

2

Kolum 1 bulan yang lalu

Ruang Kecil, Impian Besar: Bagaimana Ruang Simpan Sendiri Buka Peluang, Potensi Untuk PKS

3

Kolum 2 bulan yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

4

Kolum 2 bulan yang lalu

Mendalamkan Makna ‘Agenda Bumiputera Sebagai Agenda Nasional’

Sorotan

1

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

2

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

3

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

4

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

5

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

6

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia