Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Bukan Mandela Malaysia, Tetapi Anwar Lebih Daripada Itu

Kolum Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2022 7:55AM

Anwar mungkin Perdana Menteri Malaysia pertama sejak merdeka yang tidak bercadang untuk meninggalkan legasi gelaran, harta, monumen atau kekayaan untuk anak-anaknya - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sesuatu yang luar biasa berlaku di Malaysia minggu ini. Selepas pilihan raya umum yang sengit tanpa kemenangan jelas, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kebijaksanaan dan keberanian untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10.

Bagi mereka yang memerhati dari luar, ia adalah pemandangan luar biasa. Jadi, seseorang itu hanya boleh membayangkan betapa pentingnya ia dari sudut pandangan Perdana Menteri yang baharu dilantik itu.

Anwar ke Istana Negara untuk upacara mengangkat sumpah Khamis lalu dari Sungai Long bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, iaitu seorang wanita cemerlang dan berdikari yang menyokong perjuangan suaminya dalam menentang rasuah serta ‘ketaksuban’ di Malaysia selama 24 tahun.

Anwar Ibrahim ke Istana Negara untuk upacara mengangkat sumpah Khamis lalu dari Sungai Long bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - Gambar Fail
Anwar Ibrahim ke Istana Negara untuk upacara mengangkat sumpah Khamis lalu dari Sungai Long bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - Gambar Fail

Apabila Anwar dipenjarakan, beliau menyokong dan meneruskan perjuangannya dengan seikhlas mungkin dan gigih, selain menjadi Ketua Pembangkang wanita pertama di Malaysia.

Selepas mereka tiba di upacara itu, seorang daripada kenamaan yang hadir pada majlis mengangkat sumpah Anwar adalah Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, iaitu wanita pertama memegang jawatan terbabit dan dikenali sebagai hakim tegas terhadap rasuah atau salah guna kuasa.

Sama ada dalam kes rayuan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau bertegas terhadap kepentingan istimewa yang berkuasa lain (other powerful special interests), beliau membawa perlambangan kebebasan kehakiman yang diperjuangkan Anwar.

Ketika Anwar yang terdahulu sering dilabel sebagai ‘Perdana Menteri dalam penantian’ mengambil surat perlantikannya dan mula melafazkan sumpah jawatan, beliau pasti merasakan beratnya setiap perkataan dizahirkan, iaitu ikrar sudah lama diimpikannya.

Mungkin tiada ahli politik Malaysia yang menonjolkan dirinya di pentas dunia seperti dilakukan Anwar sebagai Menteri Kewangan Malaysia antara 1991 dan 1998.

Mungkin tiada ahli politik Malaysia yang menonjolkan dirinya di pentas dunia seperti dilakukan Anwar sebagai Menteri Kewangan Malaysia antara 1991 dan 1998 - Gambar Fail
Mungkin tiada ahli politik Malaysia yang menonjolkan dirinya di pentas dunia seperti dilakukan Anwar sebagai Menteri Kewangan Malaysia antara 1991 dan 1998 - Gambar Fail

Prestasi cemerlang beliau dalam mengubah ekonomi Malaysia dan mengharungi kesan krisis kewangan 1997, sambil dipuji seluruh dunia, mengancam ‘kepentingan tertentu’, sehingga membawa kepada pemecatan dan pemenjaraan berulang kalinya.

Malah, ia menyaksikan usaha berterusan pihak terbabit terhadap Anwar selama 24 tahun untuk merobek, menjatuh dan memusnahkan namanya, selain mengalahkan perjuangan untuk tadbir urus yang baik dan egalitarianism, iaitu kepercayaan bahawa seseorang perlu dilayan sama-rata diperjuangkannya.

Bermula pada September 1998, setiap kali ia kelihatan seperti Anwar sedang ‘mengangkat kepalanya’ dan mungkin mendapat kemenangan politik yang besar, sama ada penangkapan, keputusan mahkamah, ‘gerrymandering’ atau elemen lain melibatkan jentera kerajaan akan memintas dan menghalangnya daripada berkuasa.

Pemenjaraan berulang kali beliau atas perkara yang dipersetujui dunia adalah dakwaan direka yang sememangnya diketahui umum, seperti mata lebamnya disebabkan ditumbuk Ketua Polis Negara.

Namun, sering kita terlupa bahawa Pakatan Rakyat pimpinannya sebelum ini, memenangi majoriti 51.4 peratus undi popular pada PRU-13 pada tahun 2013, ‘kalah’ pada pilihan raya hanya kerana sistem pengundian pertama melepasi garisan penamat (first-past-the-post electoral system), dengan menyaksikan undi dibahagikan (apportioned). Apa sahaja tidak dipersetujui elit Malaysia yang berkepentingan khas, mereka semua nampaknya bersetuju dengan satu perkara, iaitu menghentikan Anwar dalam apa juga cara sekali pun.

Kebanyakan mereka yang mengorbankan hati nurani dan integriti mereka selama bertahun-tahun untuk menjatuhkan Anwar, kini tidak disokong, dijauhi pengundi, dikenali atas jenayah mereka oleh badan kehakiman atau diketepikan pengendali politik (political handler) mereka apabila sudah tiada kepentingan.

Tiada seorang pun yang hadir di Istana Negara pada istiadat diraja Khamis lalu untuk menyaksikan keseluruhan kegagalan mereka.

Bagi Anwar untuk benar-benar berjaya, beliau perlu mengubah politik Malaysia dan membawa anjakan paradigma dalam budaya politik negara - Gambar Fail
Bagi Anwar untuk benar-benar berjaya, beliau perlu mengubah politik Malaysia dan membawa anjakan paradigma dalam budaya politik negara - Gambar Fail

Sungguh menggembirakan melihat pasaran tempatan bertindak balas terhadap pelantikan Anwar dengan rali terbesar yang mereka tunjukkan dalam dua tahun, selain menyaksikan pasaran dunia bertindak balas melalui Ringgit dengan menunjukkan prestasi terbaiknya dalam pasaran mata wang sejak tahun 2016.

Memandangkan Anwar mengutamakan perjuangan menangani kos sara hidup yang melambung tinggi melibatkan rakyat Malaysia yang terkesan dengan krisis ekonomi global semakin serius, pelantikannya memberi isyarat besar yang meyakinkan untuk masalah itu ditangani.

Ketika beliau mula memerangi kemiskinan di samping membentuk Kabinetnya dan mengemudi gabungan yang rapuh, Anwar perlu bergelut untuk mewujudkan tadbir urus baik, memerangi rasuah dan memastikan kebebasan kehakiman.

Dengan rasuah ‘berakar umbi’ seperti didakwa Anwar sendiri, beliau harus menjangkakan dan bersedia memerangi pembangkang dan tipu daya yang paling hebat. Bagi mereka yang hidup dengan rasuah, ini bukan hanya soal dasar.

Mereka akan kehilangan segala-galanya, mata pencarian dan kebebasan mereka, jika beliau berjaya.

Anwar perlu bergelut untuk mewujudkan tadbir urus baik, memerangi rasuah dan memastikan kebebasan kehakiman - Gambar Fail Jabatan Penerangan
Anwar perlu bergelut untuk mewujudkan tadbir urus baik, memerangi rasuah dan memastikan kebebasan kehakiman - Gambar Fail Jabatan Penerangan

Sukar untuk berhujah menentang inisiatif anti-rasuah atau ketelusan dalam kerajaan, jadi penentangnya akan cuba menggambarkan Anwar sebagai orang luar, tidak patriotik, anti-Melayu dan anti-Islam, seperti mereka lakukan sepanjang beliau menjadi pembangkang.

Terpulang kepada Anwar dan orang di sekelilingnya untuk memastikan bahawa dari pejabat Perdana Menteri, beliau boleh menunjukkan kepada sebilangan besar rakyat Malaysia siapa dirinya dan mampu menyatukan mereka.

Anwar mempunyai kualiti paling penting sebagai ahli politik yang dapat menyatukan kerana beliau ialah ahli politik ‘kita’ dan bukan ahli politik ‘saya’.

Walaupun keperibadian hebat yang sudah dibina di sekelilingnya, Anwar cepat mengalihkan sebarang pujian atau sanjungan peribadi apabila berkongsi kredit kepada orang lain, dengan meletakkan mereka dalam perhatian serta melakukannya secara rendah hati dan keikhlasan yang membuat beliau disayangi pemimpin lain.

Sedangkan Anwar gemar menggelarkan dirinya sebagai ‘budak kampung’ kerana kasihnya kepada nikmat kehidupan paling sederhana, namun tidak ada yang sederhana mengenai salasilahnya.

Anwar mempunyai kualiti paling penting sebagai ahli politik yang dapat menyatukan kerana beliau ialah ahli politik ‘kita’ dan bukan ahli politik ‘saya’ - Gambar Fail
Anwar mempunyai kualiti paling penting sebagai ahli politik yang dapat menyatukan kerana beliau ialah ahli politik ‘kita’ dan bukan ahli politik ‘saya’ - Gambar Fail

Beliau dilahirkan dengan UMNO dalam darahnya apabila bapanya seorang ahli parlimen UMNO dan ibu beliau berperanan sebagai pengurus politik.

Beliau dituduh sebagai anti-Melayu kerana politik egalitariannya, walaupun keseluruhan pendidikan sarjananya ditumpukan kepada kajian budaya, sejarah dan kesusasteraan Melayu. Idea bahawa beliau akan menentang kepentingan orang Melayu yang sah tidak dapat diterima akal.

Justeru, adalah penting untuk beliau berjaya sebagai Perdana Menteri, dalam memujuk lebih ramai orang Melayu bahawa mereka tidak perlu takut kepadanya.

Malah, kepentingan mereka akan menjadi lebih baik menerusi medan permainan sama rata, sekali gus membolehkan mereka berkembang maju dan bersaing bukan sahaja dalam ‘perlindungan gelembung tindakan afirmatif bersubsidi selesa’ yang cuba dipujuk pihak lain, tetapi di seluruh dunia.

Kajian mendalam Anwar terhadap Bible tidak menjadikannya seorang Muslim yang kurang beriman, namun lebih kuat dan semakin yakin.

Seorang sekutu rakyat Palestin yang tidak apologetik, penentangan Anwar terhadap penderitaan yang dilakukan Israel ke atas rakyat Palestin tidak menjadi tumpul malah dipertajam, dengan penegasannya mengenai hak Israel untuk diwujudkan.

Anwar menunjukkan dalam pembangkang bahawa beliau mempunyai bakat untuk membawa Malaysia di pentas dunia - Gambar Fail
Anwar menunjukkan dalam pembangkang bahawa beliau mempunyai bakat untuk membawa Malaysia di pentas dunia - Gambar Fail

Beliau yakin dengan siapa dirinya. Malah penyeksaan dan bertahun-tahun masa dihabiskan dalam ‘keadaan paling gelap’ kerana dikurung bersendirian di dalam sel penjara mengerikan, tidak mampu membuat nilai atau prinsip politiknya goyah.

Sudah terbukti bahawa pelantikan Anwar menaikkan kedudukan Malaysia di peringkat dunia. Beberapa kerajaan yang sama ada secara lantang atau persendirian memprotes cara beliau dilayan sejak suku abad lalu, bertindak balas terhadap pelantikannya dengan semangat baru dan keinginan untuk melibatkan diri dengan Malaysia serta mengeratkan hubungan politik dan ekonomi dengan negara ini.

Anwar menunjukkan dalam pembangkang bahawa beliau mempunyai bakat untuk membawa Malaysia di pentas dunia. Sebagai Perdana Menteri, ini adalah hadiah yang akan memberi manfaat kepada beliau.

Di mana pun mereka berada dalam spektrum politik, tiada rakyat Malaysia dapat menafikan keikhlasan dibawa Anwar pada sidang media pertamanya pada Khamis, susulan pelantikannya.

Beliau serius dalam melaksanakan tanggungjawab itu dan melakukannya dengan baik, bertindak balas secara bertimbang rasa dan patuh kepada arahan Agong untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.

Beliau dengan rendah diri menerima kata-kata Agong bahawa ‘menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua’.

Beliau dituduh sebagai anti-Melayu kerana politik egalitariannya, walaupun keseluruhan pendidikan sarjananya ditumpukan kepada kajian budaya, sejarah dan kesusasteraan Melayu - Gambar Fail
Beliau dituduh sebagai anti-Melayu kerana politik egalitariannya, walaupun keseluruhan pendidikan sarjananya ditumpukan kepada kajian budaya, sejarah dan kesusasteraan Melayu - Gambar Fail

Pengajaran daripada mesej itu untuk setiap ahli politik adalah bahawa rakyat Malaysia sudah muak dan bosan dengan pergaduhan politik, mengenai ‘langkah’ dilakukan, dari  Kajang hingga Sheraton.

Tidak dinafikan beberapa gabungan ahli politik sudah merancang ‘langkah kreatif’ seterusnya untuk menjatuhkan Anwar, tetapi mereka mungkin mendapati diri mereka kalah dengan sejarah.

Pakar memberikan reaksi sinis bahawa perjalanan Anwar minggu ini adalah daripada ‘penjara ke istana’ seperti penghormatan beliau peroleh pada 16 Mei 2018, selepas dibebaskan dari penjara dan terpaksa berhadapan dengan ‘situasi memeningkan’ kerana dibawa terus ke istana untuk bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Muhammad V.

Beliau digelar sebagai Nelson Mandela Malaysia susulan kedua-dua pemimpin itu dipenjarakan kerana politik mereka dan berkuasa tidak lama kemudian.

Tetapi pengamatan sebegitu tidak memberi manfaat kepada Anwar. Itu bukanlah apa yang mentakrifkan beliau atau melayakkan beliau untuk mentadbir Malaysia dalam masa genting tersebut.

Anwar dilahirkan sebagai Melayu dan sentiasa beragama Islam. Tidak seperti Mandela Afrika dalam apartheid kulit putih Afrika Selatan, Anwar dilahirkan untuk berkuasa.

Dan beliau tidak dipilih secara langsung ke jawatannya dengan majoriti yang jelas seperti Mandela, sebaliknya Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri selepas tiada siapa yang memenangi majoriti mudah.

Sebagai seorang ahli politik yang teruji dalam pertempuran, tidak ada keraguan bahawa jika mana-mana rakyat Malaysia boleh menyahut cabaran dan menyatukan pasukan pesaing, ia adalah Anwar - Gambar Fail
Sebagai seorang ahli politik yang teruji dalam pertempuran, tidak ada keraguan bahawa jika mana-mana rakyat Malaysia boleh menyahut cabaran dan menyatukan pasukan pesaing, ia adalah Anwar - Gambar Fail

Beliau bukan Mandela Malaysia atau Barack Obama Malaysia. Tetapi sejarah menunjukkan contoh yang lebih sesuai dengan salasilah, prinsip dan intelek Anwar.

Ada seorang lagi ahli politik suatu ketika dahulu yang seperti Anwar, mempunyai keistimewaan untuk terjun ke dunia politik melalui sebuah parti politik mantap. Ahli politik itu juga, seperti Anwar, adalah daripada komuniti majoriti, tetapi lama-kelamaan semakin lantang menentang dasar diskriminasi dan membantu membentuk parti politik baharu.

Ahli politik itu juga, seperti Anwar, adalah seorang pemidato handal dan komunikator yang menarik.

Dan beliau tidak secara langsung memenangi pencalonan untuk jawatan Presiden Amerika pada Mei 1860. Sebaliknya, ahli politik tersebut dipilih berikutan tiada calon memperoleh majoriti jelas. Dan sama seperti perlu dilakukan Anwar dalam beberapa hari akan datang, Presiden Abraham Lincoln terpaksa mengumpulkan gabungan luas, satu pasukan pesaing untuk membawa negaranya melalui masa paling getir.

Anwar berkongsi kualiti lain dengan Presiden Amerika yang paling dihormati. Lincoln juga terkenal kerana menghulurkan tangan persahabatan kepada seterunya.

Pengabdian Presiden Amerika kepada anak-anaknya juga bersifat legenda. Anwar jarang menjawab soalan mengenai pengalaman pahitnya di penjara tanpa berkongsi kesedihannya kerana lima anak perempuan dan satu-satunya anak lelakinya, terpaksa bertahan melihat bapa mereka menderita serta dianiaya.

Dengan rasuah ‘berakar umbi’ seperti didakwa Anwar sendiri, beliau harus menjangkakan dan bersedia memerangi pembangkang dan tipu daya yang paling hebat - Gambar Fail Bernama
Dengan rasuah ‘berakar umbi’ seperti didakwa Anwar sendiri, beliau harus menjangkakan dan bersedia memerangi pembangkang dan tipu daya yang paling hebat - Gambar Fail Bernama

Sama ada mengajar atau belajar di sekolah berkaliber Oxford, Georgetown dan Johns Hopkins, seorang pelajar sejarah pintar seperti Anwar, sudah pasti melakar beberapa persamaan ini dan tahu bagaimana untuk mengambil halaman betul daripada buku Lincoln bagi membentuk kerajaan stabil.

Sebagai seorang ahli politik yang teruji dalam pertempuran, tidak ada keraguan bahawa jika mana-mana rakyat Malaysia boleh menyahut cabaran dan menyatukan pasukan pesaing, ia adalah Anwar.

Bagi Anwar untuk benar-benar berjaya, beliau perlu mengubah politik Malaysia dan membawa anjakan paradigma dalam budaya politik negara yang mana penyokongnya, sudah berada sejak sekian lama.

Anwar mungkin Perdana Menteri Malaysia pertama sejak merdeka yang tidak bercadang untuk meninggalkan legasi gelaran, harta, monumen atau kekayaan untuk anak-anaknya.

Anak sulung Anwar sendiri, Nurul Izzah dalam ucapan tahniah kepada bapanya berkata, legasi yang beliau harapkan untuk ditinggalkan bagi generasi akan datang bukanlah kebendaan, tetapi ‘cita-cita, prinsip dan nilai yang tidak boleh dibeli atau dijual’.

Nurul Izzah dalam ucapan tahniah kepada bapanya berkata, legasi yang beliau harapkan untuk ditinggalkan bagi generasi akan datang bukanlah kebendaan, tetapi ‘cita-cita, prinsip dan nilai yang tidak boleh dibeli atau dijual’ - Gambar Fail
Nurul Izzah dalam ucapan tahniah kepada bapanya berkata, legasi yang beliau harapkan untuk ditinggalkan bagi generasi akan datang bukanlah kebendaan, tetapi ‘cita-cita, prinsip dan nilai yang tidak boleh dibeli atau dijual’ - Gambar Fail

Sepanjang 24 tahun lalu, Anwar, keluarga beliau, partinya dan penyokong mereka mengharungi kemungkinan yang tidak dapat dibayangkan untuk menyampaikan mesej ringkas ini kepada rakyat Malaysia.

Walau apa pun dasar yang mungkin perlu dibuat Anwar untuk membentuk kerajaan campuran stabil, beliau, seperti Lincoln, akan ditakrifkan sama ada mampu untuk kekal berpegang pada prinsip terasnya semasa mentadbir dengan berkesan.

Selepas bertahun berjuang dan cuba menyedarkan rakyat Malaysia terhadap masa depan yang mungkin menanti mereka jika mereka menunjukkan potensi serta memperkasakan industri dan perniagaan akar umbi untuk berkembang maju, akhirnya Anwar akan mendapat peluang untuk menunjukkannya melalui tindakan, bukannya cakap-cakap. - Getaran, 28 November 2022

Penulis ialah wartawan Sri Lanka yang prolifik dan mantan Pengerusi Lake House, iaitu rumah penerbitan tertua di Sri Lanka.

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

Kerajaan Tidak Akan Berkompromi Dengan Tindakan Melampau, Jejas Kestabilan Negara

2

Semasa 4 hari yang lalu

Kejayaan Proses Evakuasi Keluarga Nadir Al-Nuri Bukti PM Prihatin Kebajikan Rakyat

3

Semasa 4 hari yang lalu

‘Terima Kasih PMX, Allah Sahaja Yang Dapat Membalas’ - Nadir Al-Nuri

4

Semasa 4 hari yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Situasi Di Asia Barat - PM

Sorotan

1

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

2

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

3

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

4

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

5

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

6

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright