Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sang Pendita Mahakarya Tok Guru Agok Penjaga Suci Gunung Ledang (Koleksi Cerita Ringkas Spanapurba)

Kolum Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2021 11:29AM

oleh

Jo Haq

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

26 September 2015

Sudah 27 hari Zaki camping dan mendaki Gunung Ledang.

Dia berpusing-pusing keliling gunung kononnya hendak mencari erti kehidupan. Diredahnya belukar. Diseberangnya tujuh sungai. Dikacau hantu jembalang syaitan jin pelbagai.

Berbekalkan biskut Marie dan air mineral Spritzer sahaja. Air dari dedaunan pokok jati hutan menjadi sumber untuk membersihkan muka.

Dia tidak mandi. Badannya bau hapak tidak seperti kambing Boa. Giginya tidak tergosok. Janggutnya tidak tercukur sehingga rupanya pun dah macam beruk.

Tapi Zaki tidak endah kesusahan itu semua. Dia sudah bertekad untuk mencari jawapan. Mencari jawapan mengenai rahsia yang terbesar yang akan memberi makna kepada kehidupan Zaki.

Rahsia yang selama ini dia mencari. Mencari dari seorang pendita yang menghuni Gunung Ledang. Orang kata kalau nak cari pendita ni kena sabar. Apabila kita sudah sabar secukupnya barulah pendita itu akan muncul.

Zaki masih sabar. Dia berbisik seorang diri di tengah-tengah hutan belukar Gunung Ledang, "Wahai Sang Pendita Mahakarya Tok Guru Agok Penjaga Suci Gunung Ledang. Dimanakah dikau?”

"Oi! P****k! Aku kat sini hah! atas pokok asam jawa ni. Apa yang ko membebel sorang-sorang dalam hutan?

Dah 27 hari aku tengok kau menilau macam anak babi hilang maknya. Baru hari ini ko nak tanya dimana aku? Kalau kau tanya hari pertama dulu kan aku boleh sahut terus. Bodoh!”

Zaki bersabar. Dia tahu yang Pendita Agok cuma mahu cuba try test tengok kecekalan dirinya dengan maki hamun itu tadi, "Wahai Sang Pendita Mahakarya Tok Guru Agok Penjaga Suci Gunung Ledang. Apakah rahsia alam yang perlu aku amalkan agar dapat aku bahagia di dunia ini?”

"Senang saja jawapannya. Kau mari sini aku nak bisik.”

Zaki pun memanjat pokok asam jawa sehingga sampai ke Pendita Agok lalu dia pun duduk di atas ranting besar sebelah Pendita Agok sambil menepis-nepis kerengga yang menggigit-gigit tangannya, "Ya Sang Pendita Mahakarya Tok Guru Agok Penjaga Suci Gunung Ledang, apakah jawapannya anak ini tumpang bertanya?”

Pendita Agok pun menunduk sehingga bibirnya sampai ke telinga Zaki lalu dengan nada halus lagi suci dan lembut dia membisik, "Yooooossssofffff Taaaayyyyooooobbbbb....... ”

Akauntan yang dalam tubuhnya mengalir darah seni. Suka mengembara untuk mengecap pengalaman di negara orang. Bekas pengurus lima syarikat siaran televisyen tempatan. Kini aktif menghasilkan kompilasi cerita ringkas, sajak, puisi dan lirik berbahasa Melayu. Novel Spanapurba akan menemui pembaca pada penghujung 2021.

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 tahun yang lalu

Dr Zamri Dan Pontianak Kebaya Merah (Koleksi Cerita Ringkas Spanapurba)

2

Kolum 2 tahun yang lalu

YAB, Saya Tuntut Hak Saya (Koleksi Cerita Ringkas Spanapurba)

3

Kolum 2 tahun yang lalu

Hadiah Untuk Boboi (Koleksi Cerita Ringkas Spanapurba)

4

Kolum 2 tahun yang lalu

Mencari Octopus Di Bulan (Koleksi Cerita Ringkas Spanapurba)

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 hari yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan