Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


MSG Memudaratkan: Mitos Atau Fakta?

Penggunaan MSG dalam masakan bukanlah perkara baharu di negara ini. Tetapi adakah benar MSG memudaratkan kesihatan?

Kolum Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2021 8:50AM

Gambar: Edgar Castrejon, Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi mereka yang mengutamakan kesihatan dalam pemakanan, pelbagai kontroversi dikaitkan dengan penggunaan dan pengambilan MSG. Tapi apakah kebenaran di sebalik semua dakwaan ini dan adakah ia betul-betul dapat menimbulkan masalah kesihatan yang dikatakan ramai seperti asma, sakit kepala dan juga risiko kerosakan sel-sel otak?

 

Apakah itu MSG?

MSG diperkenalkan pada 1908 oleh seorang ahli biokimia yang bernama Kikunae Ikeda. Beliau telah mengambil inspirasi untuk mencipta MSG daripada rasa savori yang didapati daripada kombu (sejenis rumpai laut) yang merupakan bahan asas untuk pelbagai makanan dan sup jepun.

Kejayaannya telah membawa kepada satu serbuk yang dapat menyerlahkan lagi rasa umami (rasa savori yang selalu dikaitkan dengan daging) dalam suatu hidangan.

Singkatan untuk Monosodium Glutamate, MSG merupakan satu makanan tambahan (juga ditulis sebagai E621) yang digunakan untuk menambah rasa pada pelbagai hidangan dan makanan.

Ia merupakan sejenis garam asid glutamat yang merupakan sejenis asid amino yang wujud secara semula jadi dalam badan manusia dan kebanyakan bahan makanan.

MSG dihasilkan melalui proses penapaian sesetengah jenis kanji (seperti ubi kayu). Kemudian, ia dikeringkan dan dijadikan bentuk serbuk yang digunakan dalam proses masakan dan juga pengilangan makanan seperti makanan segera serta makanan tin.

 

Bagaimana timbulnya ketakutan pada MSG?

Walaupun Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika Syarikat meletakkan MSG sebagai bahan yang cukup selamat untuk dimakan, tetapi masih lagi ramai yang meragui kesan sampingan daripada pengambilan makanan tambahan ini. 

Asid glutamik (yang ada dalam MSG) berfungsi dalam badan kita sebagai penghantar neuron (sekumpulan bahan kimia yang menghantar isyarat untuk fungsi badan dalam otak).

Ini menjadi asas ini untuk membentuk hujah di mana pengambilan MSG secara berlebihan akan merangsang sel-sel otak secara ekstrem. Menyokong hujah ini, pada sekitar 1969, satu kajian telah menunjukkan kerosakan sel-sel otak dalam tikus yang telah disuntik kuantiti MSG yang banyak.

Tetapi kajian ini telah mendapat tentangan kerana kuantiti yang telah disuntik pada tikus-tikus ini adalah terlalu melampau dan tidak mungkin kuantiti sebegitu dapat wujud dalam darah manusia dengan pengambilan MSG sebagai makanan tambahan. 

Namun demikian, pada masa kini masih lagi ramai yang mengaitkan pengambilan MSG dengan sakit kepala dan rasa kurang selesa badan lain yang dikenali di kebanyakan dunia barat sebagai ‘sindrom restoran Cina.’

Nama sindrom ini timbul kerana kebanyakan restoran dan cara masakan orang Asia menggunakan MSG dan ramai di negara kontinental merasai kesan sampingan tersebut setelah menjamah makanan di restoran makanan Asia/Cina.

 

Jadi bolehkah MSG digunakan?

Meskipun ada sesetengah orang yang lebih sensitif terhadap penambah perisa makanan ini (termasuk saya), namun rata-rata kajian oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah Antarabangsa di Amerika Syarikat, Eropah, Australia dan New Zealand menunjukkan bahawa tiada bukti kukuh untuk menyokong kesan-kesan sampingan negatif daripada penggunaan MSG.

Nasihat saya senang sahaja, kalau nak digunakan, sama seperti apa-apa sahaja bahan perasa seperti garam. Sebaik-baiknya, ia haruslah digunakan dengan kesederhanaan.

Sekiranya anda atau ahli keluarga anda rasa bahawa ia menimbulkan ketidakselesaan, tidak perlulah digunakan lagi.

Keenakan hidangan masih dapat dicapai dengan pelbagai jenis bahan makanan dan cara masakan yang lain.

Semudah menggunakan serbuk ikan bilis yang dibuat sendiri ataupun mereneh kuah, kari, atau gulai lebih lama atas api perlahan dapat meningkatkan rasa hidangan anda. - Getaran 22 Mac 2021.

Berita Berkaitan

1

Sukan 5 hari yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 3 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan