Berita Terkini

10 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Mengapa Kisah Jebat Masih Kesah

Biarpun Jebat hanyalah satu watak dari kisah dongeng, seringkali ia berkesan memberi inspirasi dan pengajaran bagi membentuk keperibadian positif insan, malah meniup semangat sesebuah bangsa. Ad Samad berkongsi kupasannya.

Kolum Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Apr 2022 11:00AM

Gambar ilustrasi Hang Jebat: Sumber Wikipedia

oleh

Ad Samad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Di Malaysia, antara kisah-kisah purba yang masyhur sehingga ke hari ini adalah hikayat Hang Jebat. Sama ada Hang Jebat adalah kisah benar atau dongeng bukanlah perkara terpenting. Yang penting adalah kisahnya berguna dan memberi inspirasi serta pengajaran kepada kita.

Andainya Jebat hanyalah satu watak dari kisah dongeng sekalipun, namun seringkali kisah-kisah dongeng berkesan memberi inspirasi dan pengajaran bagi membentuk keperibadian positif insan, malah meniup semangat sesebuah bangsa.

Sebagai contoh, keberanian Jebat yang mempunyai pemikiran sendiri dan menuntut keadilan demi seorang sahabat sehingga sanggup menentang rajanya, telah menyentuh emosi kita sehingga kita berhasrat — meskipun kita gagal — untuk menjadi seorang yang berani, seorang penegak kebenaran dan seorang yang mempunyai semangat setia kawan yang tinggi sepertinya.

Watak Jebat berintegriti dan mengagumkan.

Dongeng bukan sahaja mampu membentuk keperibadian insan, malah seperkara yang lebih penting dan berguna adalah; dongeng menjadi instrumen untuk menyatukan pemikiran sesebuah bangsa. 

Contohnya, watak Ibu Pertiwi adalah satu dongeng atau mitos yang berguna untuk menaikkan semangat patriotisme sehingga terungkapnya ucapan seperti “Berjuanglah demi Ibu Pertiwi!”. 

Mengenai semangat patriotisme, ‘negara’ juga adalah satu dongeng. Negara wujud di dalam bentuk konsep di imaginasi kita. Sempadan yang memisahkan Malaysia dengan Thailand adalah satu garisan imaginasi.

Pemikiran yang bersatu akan mudah untuk digerakkan kepada satu arah tuju yang sama, dan menjadi kunci kejayaan sesuatu kaum apabila menghadapi konflik dan cabaran seperti bencana alam, wabak atau peperangan.

Untuk mengukuhkan dan menyatukan pemikiran setiap anak bangsa, kisah-kisah dongeng bukan setakat dipertuturkan oleh ibu bapa dan penglipur lara, tetapi juga akan diserapkan ke dalam pelbagai upacara berkumpulan, malah menjadi upacara keagamaan.  Upacara itu akan sentiasa diulang laku untuk diperkukuhkan ke dalam sanubari penganutnya. 

Natijahnya, sesuatu bangsa atau kaum itu bukan sahaja memiliki pemikiran yang sealiran tetapi terlatih dan mudah untuk melakukan pelbagai perkara bersama atau berkumpulan, cohesively.

Gambar: Annie Spratt
Gambar: Annie Spratt

Seperkara lagi, dongeng merangsang kreativi.

Bangsa yang mempunyai banyak cerita-cerita dongeng, pastinya adalah bangsa yang kreatif. Imaginasi dan kreativiti akan memangkin penghasilan lebih banyak bahan rekaan dan penciptaan pelbagai peralatan dan teknologi yang akan memajukan bangsa itu. Terutamanya teknologi pertanian, penternakan dan peperangan.

Kesimpulannya, kesaktian kisah-kisah dongeng adalah ia membentuk peribadi, menyatukan anak bangsa dan memangkin kreativiti.

Permasalahannya adalah apabila sesuatu dongeng itu telah bersebati dengan pemikiran dan emosi para insan, maka insan akan kemudiannya menghadapi kesukaran membezakan di antara dongeng dengan realiti.

Justeru, janganlah kita terlalu yakin akan keupayaan kita membezakan dongeng dengan realiti, walaupun setinggi mana jua tahap pendidikan kita.

Tamingsari (tiga dari kiri) - Gambar Wikipedia
Tamingsari (tiga dari kiri) - Gambar Wikipedia

Berbalik kepada kisah Hang Jebat.

Puluhan, mungkin ratusan para pengawal istana malah ribuan tentera Raja tidak boleh mengalahkan dan menangkap Jebat seorang? Kerana Jebat telah menjadi kuat dan kebal akibat memiliki keris Tamingsari? Lalu beliau tidak lut keris, parang, panah, lastik dan tombak? Tamingsari mempunyai kuasa ajaib dan sakti? Hanya setelah Tamingsari berjaya diambil dari beliau barulah beliau bisa dicederakan dan luka parah tetapi masih sempat mengamuk dan membunuh berpuluh (malah ratus?) orang lagi? Masuk akalkah cerita ini?

Persoalan-persoalan di atas hanyalah retorik yang tidak meminta jawapan, kerana realiti tidak lagi penting mengenai hikayat Hang Jebat.

Yang penting adalah kesan hikayat itu kepada perasaan dan jati diri kita.

Hari ini, kita sebagai satu bangsa dan sebuah negara berhadapan dengan krisis integriti dan kompetensi.

Ketiadaan integriti dari peringkat menteri ke penjawat awam di peringkat bawahan, di mana korupsi dan penyalahgunaan kuasa telah berleluasa sehingga menjadi wabak dan bencana yang sedang menghumban negara ke liang longkang. 

Jawatan-jawatan penting dan tinggi, dari peringkat menteri ke ketua-ketua kementerian dan jabatan, dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah diberikan kepada mereka yang bukan paling layak.

Sebaliknya jawatan-jawatan penting diberikan kepada individu yang akan menjaga kepentingan kelompok para elit yang berkuasa dan kaya-raya.

Gambar oleh Sadiq Asyraf
Gambar oleh Sadiq Asyraf

Natijahnya, mereka yang diberikan amanah akan dan telah gagal melaksanakan tanggungjawab mereka kepada bangsa dan negara.

Malah, ketidakupayaan mereka bertambah ketara sehingga mengancam nyawa rakyat ketika negara dibadai dengan bencana yang tiba-tiba melanda, seperti perihal banjir yang berlaku pada Disember 2021 yang lalu.

Kelemahan kepimpinan, pengurusan dan pelbagai kekucar-kaciran jelas terpampang untuk disaksi dan dirasai rakyat, yang tatkala itu sedang juga bergelut dengan bencana COVID-19.

Untuk merubah keadaan dan mengeluarkan negara dari kebinasaan, kita mungkin memerlukan waktu untuk menyediakan para kader atau anak bangsa generasi baharu yang bakal menjadi pemimpin masa depan dengan menerapkan ke jiwa-jiwa mereka akan kisah keberanian, kepahlawanan dan integriti Hang Jebat.

Gambar hiasan AFP
Gambar hiasan AFP

Kisah Jebat mesti terus kita kesah.

Malah, karyawan dan penglipur lara atau tukang karut masa kini perlu mencipta dongeng-dongeng moden yang menekankan watak-watak yang berintegriti dan kompeten.

Para kader metaforikal itu nanti akan mendewasa dengan keberanian dan kepahlawanan untuk menentang dan membersihkan negara daripada para penzalim, pemakan rasuah dan ‘penyalah guna’ kuasa.

Seperkara lagi mengenai Jebat; bagi kebanyakan rakyat marhaen yang dilahirkan selepas perang dunia kedua, iaitu setelah rakyat mengecapi pendidikan dengan lebih baik dan demokrasi semakin mekar, watak Jebat telah menjadi seorang wira.

Gambar Hiasan AFP
Gambar Hiasan AFP

Tatkala dahulunya, Jebat adalah watak antagonis. Beliau penderhaka. Beliau jahat.

Tatkala dahulunya, watak wira atau protagonis adalah sahabatnya. Iaitu watak yang telah difitnah oleh pembesar istana lalu dihukum bunuh oleh Raja tanpa usul periksa. Watak itulah juga yang kemudiannya menggunakan tipu muslihat untuk membunuh Jebat, iaitu satu satunya insan yang cuba menuntut keadilan bagi pihaknya.

Hari ini, kita tidak mahu lagi watak seperti sahabat Jebat itu sebagai wira. Iaitu watak yang hanya membuta tuli memperjuangkan segala kemahuan dan kehendak para bangsawan sahaja.

Sebaliknya kita perlukan watak yang berani menentang kecurangan para elitis dan ningrat.

Kita perlukan watak yang akan memperjuangkan nasib rakyat.

Wira rakyat.

Jebat. - Getaran, 13 April 2022



Ad Samad adalah penulis lirik yang telah lebih 20 tahun menulis untuk artis artis popular dan mendambakan hidup di dalam sebuah masyarakat yang mempunyai budaya pemikiran saintifik serta citarasa seni halus yang tinggi

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 minggu yang lalu

PM Temui Pemimpin Industri Jerman Di Berlin

2

Karier 1 bulan yang lalu

Yayasan Peneraju Hasrat Lahir 3 Jenis Pemimpin Dalam Kalangan Bumiputera

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Ujian Sebenar Pemimpin Adalah Ketika Dia Berkuasa - PM

4

Politik 8 bulan yang lalu

Pulau Pinang Tak Goyah, Kekal Teguh Di Belakang PM - Guan Eng

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera