Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Sempurnakah Si Dia Jika Hanya Cantik Luaran?

Penting sangatkah wajah yang cantik untuk dijadikan isteri? Penting sangatkah pada seorang mentua, menantu yang jelita, anak orang kaya?

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Mar 2022 6:07PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Don’t be fooled by outside beauty. The real beauty is on the inside.”

Penting sangatkah wajah yang cantik untuk dijadikan isteri? Penting sangatkah pada seorang mentua, menantu yang jelita, anak orang kaya? 

Seronok sangatkah dipuji pada hari persandingan yang menantu awak cantik, anak Raja, anak orang berada?

Best sangatkah mendapat pujian menantu awak itu persis bintang filem Bollywood Deepika Padukone atau tinggi lampai macam Kendall Jenner misalnya, bangga sangatkah bila dipuji sebegitu?  

"Apa yang hendak dibanggakan sangat menantu cantik? Yang menjadi kriteria wajib kepada anak untuk dia memilih pasangan?", tulis hantaran pesanan ringkas seorang anak kenalan kepada saya.

“Sehingga ibu saya tidak mahu tahu sama ada wanita pilihan saya itu baik atau tidak. Dia tidak tanya pun wanita pilihan saya itu tahu bersolat dan mengaji, ada kerjaya yang bagus bukan kerjanya menipu atau perempuan yang pemalas dan pengotor.

Gambar Hiasan, Unsplash
Gambar Hiasan, Unsplash

“Bila saya bawa pulang kekasih untuk diperkenalkan kepada mama, saya sedih, mama tidak menyambut tangannya, mencuka, kemudian meninggalkan kami terpinga-pinga.

“Pada hal mama yang menjemput ‘dia’ makan malam. Hidangan siap di meja dan mama sebaik melihatnya terus masuk ke bilik.”

Why mama? Mama yang suruh bawa girlfriend Adam have dinner with the family, right?”

“Eh, dengar sini, mama is expecting Tengku Shila not that kampung looking girl. I told you right, mama tidak sudi jadikan dia menantu, nanti apa orang kata?”

What do you mean apa orang kata?” 

Shut up and get lost, the food on the table is not even for her tonight. Biar dia basi di situ, pada dia yang makan.” 

Dan tentunya Adam tidak dapat membuktikan kepada ibunya saat itu, bahawa Zainab sebaiknya pilihan kerana yang tampak di luar tidak seindah di dalam. 

Si ibu mahu mendengar nama yang diperkenalkan kepadanya, Tengku Shila Tengku Amin, bukan Zainab Rauf, anak pemandu teksi. 

Tentu Adam tidak dapat memutihkan kulit sawo matang Zainab kerana sememangnya dia dilahirkan berkulit gelap dan tentu Adam tidak dapat membuka hati Zainab bagi membuktikan kepada ibunya, betapa budak kampung ini berjiwa murni berhati mulia, pandai berzanji dan mengaji. Tidak tinggal solat dan ada duit tidak perlu tunggu tua bagi mengerjakan ibadah Haji. 

Ya, Hajah Zainab Rauf pada usianya 27 tahun, sejak mula bekerja sudah menyimpan sebagian gaji dan duit bonus untuk menunaikan rukun Islam ke lima. Adam terkunci mulut bila mendapat tahu Zainab memilih menabung untuk urusan Haji bukan membeli beg LV. 

Zainab tidak pun menunggu suami yang akan membawanya mengerjakan Haji. 

Gambar Hiasan, Unsplash
Gambar Hiasan, Unsplash

Bila Zainab bercerita, dadanya sebak kerana kata Zainab dia tidak tahu bila jodoh mendatangi? Lagipun panggilan-Nya untuk ibadah Haji sudah diterima, dia wajib pergi mengiringi ibunya ke sana.

Adam mahu menikahi Zainab kerana faham; ‘Seorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” - Riwayat Bukhari dan Muslim.

Adam amat faham, ‘Janganlah kamu kahwini wanita kerana kecantikan mereka, kerana kemungkinan kecantikan akan menghancurkan mereka sendiri. Dan janganlah kamu kahwin kerana harta mereka, kerana mungkin harta itu menyebabkan mereka derhaka. Tetapi kahwinlah mereka atas dasar agama. Sesungguhnya hamba yang berkulit hitam, tetapi beragama adalah lebih baik.” Hadis Riwayat Ibnu Majah. 

‘Jika orang lebih peduli tentang bagaimana mereka tampak di dalam dari di luar, dunia akan menjadi tempat yang lebih menyenangkan untuk hidup,’

“Beauty is not just a white girl, it’s so many different flavours and shades.” Queen Latifa. 

Putih atau hitam tiada bezanya pada Dia yang menghidupkan kita. Allah menjadikan setiap umatnya dengan keistimewaannya yang tersendiri.

Tentang saya ini, tidak tinggi cantik, tetapi diberikan hati yang langsung tidak cemburu melihat orang yang wajahnya bagai bidadari malah mengagumi ciptaan-Nya. 

Besarnya rahmat Dia menyediakan saya kecantikan yang lain dalam diri ini, diberi-Nya tubuh badan yang sihat, yang boleh melangkah ke mana juga.

Diberi-Nya akal dan fikiran yang cantik, yang dapat membezakan antara buruk dan baik, diindahkan hati ini dengan perasaan kasih dan sayang, tiada hasad dan dengki, tiada benci dan iri melihat kejayaan orang lain. 

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

Disediakan-Nya ahli keluarga yang saling mengasihi, bertanggungjawab, yang beriman dan beramal kepada-Nya.

Bukankah malang bagi keluarga yang punya harta melimpah, anak menantu cantik dan tampan tetapi tidak disuntik jiwa secantik rupa. 

Insan yang cantik adalah mereka yang bersederhana, berwawasan, setia, mandiri, jujur, berakhlak baik, hidup ada prinsip dan beragama. Kerana melihatnya menyenangkan hati walaupun dengan penampilan amat sederhana. 

Inilah kosmetik yang kekal abadi baik sewaktu hidup mahupun setelah kamu pergi. ‘Kosmetik’ inilah yang akan kekal cantik dan sebaik-baiknya harta peninggalan. 

Kamu akan sentiasa diingati akan kecantikan hati dan akan disebut daripada satu generasi ke generasi.

Adik-adik dan anak-anakku sekalian, ingat kalau kamu dipilih kerana rupa kamu yang cantik, benar ia membanggakan, tetapi kalau kamu dipilih kerana dalamanmu yang lagi cantik, itu lebih mengagumkan. 

“Kerana kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.” Dr. Hamka. 

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

Imam al-Son’ani menyebut, Nabi SAW memerintahkan para pemuda sekiranya mereka menjumpai perempuan yang baik agamanya dan cantik pekertinya, maka jangan mereka berpaling untuk mengubah pilihan kepada perempuan lain. 

Sementara al-fiqh Al-Manhaji menyebut, ‘Hikmah pemilihan wanita yang beragama dan berakhlak adalah kerana agama akan terus kukuh bersama-sama peredaran zaman. 

‘Manakala akhlak pula akan terus mantap bersama hari-hari yang berlalu, di samping pengalaman hidup. Apabila setiap pasangan menjadikan agama dan akhlak sebagai asas pemilihan, ia lebih menjamin kelangsungan cinta dan kasih sayang yang berkekalan. 

‘Ini bermaksud bahawa manusia tidak perlu mengambil kira faktor keturunan dan kecantikan. Sebaliknya, sekiranya itu sahaja ciri-ciri yang ada pada seorang perempuan, maka pemilihan berdasarkan agama adalah yang terbaik.’ - Getaran, 26 Mac 2022

Isu Pada

Coach Eddy Berbicara Tentang Kecergasan Dan Menjadi Pilihan Selebriti

26 Mar 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Sarat Hamil Tapi Positif Ganja, Wanita Dan Suami Ditangkap Bawa 10KG Dadah

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Selepas Bertengkar Dengan Isteri Ditahan

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Sebutan Semula Kes Bekas Tentera Bunuh Isteri 22 Januari 2024

4

TARA 6 bulan yang lalu

Nak Cantik Tak Semestinya Mahal, Dapatkan Rundingan Terlebih Dahulu

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA