Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Cerita Kahwin, Bersederhana Bukan Melecehkan…

Sakan juga majlis kahwin diadakan sekarang. Tidak perlu menunggu cuti sekolah atau hujung minggu. Kolumnis kami, Wirda Adnan bercerita tentang hal nikah kahwin pada zaman pandemik ini.

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2022 2:34PM

Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Menjalani pernikahan tidak semudah membalikkan telapak tangan, tetapi juga tidak sesulit yang pujangga katakan.”

Pertengahan Disember dan Januari ini, hari Sabtu dan Ahad saya menghabiskan masa menghadiri majlis-majlis perkahwinan malah ada dua kali pada hari bekerja. Nampaknya ramai mengambil peluang mengahwinkan anak tanpa perlu menunggu cuti sekolah. 

Ingat dulu-dulu majlis kahwin kebiasaan hanya pada musim cuti sekolah supaya senang saudara-mara dari jauh hadir. 

Itu alasan utama tapi kini rata-rata cekup peluang yang ada sementara dibenarkan mengadakan majlis, kerana keadaan semasa tidak boleh dirancang. Esok lusa mungkin lockdown semula. 

Ramai takut keadaan berulang, ada yang sehingga tiga empat kali tertangguh dan akhirnya lupakan sahaja hasrat mengadakan majlis sebab anak atau menantu sudah berisi dan tak cantik naik pelamin. 

Kesian bila ada wang pendahuluan tidak dikembalikan dan ada dalam kalangan kawan-kawan yang rugi besar kerana terpaksa membatalkan majlis last minute.

Betul ramai juga merasakan inilah peluang terbaik mengadakan kenduri-kendara, tidak perlu beria-ia sangat. Tidak perlu berhabisan mengahwinkan anak, hiasan minimal dan tetamu juga terhad; keluarga paling terdekat dan mereka yang di depan mata, yang dirasakan mesti dijemput. 

Ramai menjadikan ia satu jenaka, gesa dan paksa anak cepat cari pasangan, sebab mak ayah kata elok kahwin sekarang kerana tidak payah keluar belanja besar, jemput 20 orang pun memadai.  

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Begitulah ada yang seringkas-ringkasnya mengadakan majlis. Seorang teman cuma hidangan enam semeja di rumahnya, dia suami isteri, besan dan pengantin.

Seyogia, rencah hidup dengan manusia yang pelbagai ragam. Kerana tidak semua faham dalam konteks siapa dan siapa perlu dijemput jika tetamunya amat terhad? 

Seorang teman menyatakan kekecewaan dan geramnya kerana tidak dijemput.

“Okey 80 tetamu. Tapi takkan tidak boleh selit I seorang lagi sedangkan semua dalam group dijemput. Dan kenapa call individually? Kemudian tayang kat FB dan IG, aduh sakit hati,” katanya dalam nada yang upset.

Teman yang terpaksa mendengar keluhan, terkedu, “I tak tahu nak jawab masalah ini sebab bukan kenduri I.” Menutup bicara, “You tanya sendiri kenapa you tidak dijemput?”

Dengar kawan-kawan, betul mungkin kita di dalam satu WhatsApp group tetapi belum tentu orang itu merasakan kamu antara yang paling dekat di hatinya. 

Betul kamu di dalam satu kumpulan tetapi dia juga punya banyak lagi WhatsApp group; group adik-beradik, sepupu sebelah emak, sebelah ayah, geng sekolah rendah, kolej, universiti, geng teh tarik, geng kutu, geng parti, geng masjid, group main golf oh beratus lagi. 

Jadi kita jangan merasa kita ini penting dan orang lain tidak. Jika  tidak dijemput, sendiri fahamlah, you're not her priority, jadi jangan kecewa atau marah.

Namun ada juga situasi sesetengah sudah dijemput, malah sudah RSVP (bila diminta berbuat demikian) tetapi tiba hari tidak pula hadir tanpa alasan yang kukuh. 

“Malaslah nak pergi. Dia buat kenduri kat situ saja, kenduri pun biasa-biasa.” 

Tetapi kenapa kamu tidak siang-siangkan kata tidak dapat hadir? Ini sifat orang tak reti bahasa, tak dijemput marah, dijemput tidak pula datang. 

Begitu juga adanya jenis manusia, yang sudah dijemput, mengeluh tentang tempat duduknya pula. Kenapa dia diletakkan jauh dari meja VVIP atau meja pengantin? 

Mengadu lagi, kenapa orang lain duduk depan tapi dia di belakang? Kenapa kawan-kawannya diberi meja special sedangkan dia didudukkan entah dengan siapa?

Aduh, sendiri mesti faham, terima seadanya, duduk di belakang tidak bermakna dia mengkelaskan kamu orang bawahan, wallahualam.

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Berbeza dengan cerita ini. Saya teringat pula kisah kawan saya yang selalu bercerita mengenai keluarga satu ini. Daripada apa yang diceritakan mereka ini amatlah akrab. 

Beberapa kali juga pada majlis-majlis kecil yang kawan saya adakan, kawan bergelar Datin ini hadir, kadang dia seorang, kadang seluruh ahli keluarga. 

Bila kawan saya mengadakan majlis kahwin anaknya beberapa tahun lalu, satu meja dia dan keluarganya sahaja dan kedudukan meja pun paling dekat dengan meja pengantin. 

Kawan tambah cerita, anak mereka pun membesar bersama, selalu anak-anak si Datin di rumahnya dan sementelah dia ada dua pembantu rumah, dahulu sewaktu anak kawannya masih kecil kerap jugalah diletakkan di situ, sementara dia mengerjakan aktivitinya. Cerita kawan kadang-kadang emak anak tidur di rumahnya.

Memberitahu betapa akrabnya hubungan mereka, waktu sama, siapalah dia kalau bukan kawan saya yang bertanggungjawab menaikkan nama kawannya ini sehingga dia terkenal. 

Dengan wajahnya dulu sering terpampang di akhbar dan di majalah tempat kawan saya ini bekerja, kerana cantik sangat gambarnya, ramailah teruna, duda malah laki orang pun terpikat. 

Pendek cerita sudah tentu dia memilih yang terbaik, yang teruna dan yang terkaya, walaupun perempuan ini berstatus janda.

Ada kawan masa senang memang cepat lupa kisah-kisah silam. Maka berkahwinlah si anak Datin bukan seorang, bukan dua, tiga, oh sampai empat.  

Kawan saya tadi tidak sekali pun menerima jemputan. Majlis pertama mungkin terlupa, kedua, mungkin ramai sangat VVIP yang wajib dijemput tetapi ketiga, keempat, ya dia masih tidak di dalam senarai tetamu-tetamunya tadi.

Terasa tak di hati? Bohong kalau tidak. Dan kalaulah anda dalam situasi kawan saya, anda sepatutnya faham, you're not relevant anymore

Ya, memang dulu you're her best buddy, she needs you tapi waktu kamu sudah expire, dia sudah terkenal, kaya-raya dan tidak memerlukan kamu lagi… fullstop!

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

"Pernikahan itu bukan hanya menyatukan dua insan, melainkan menyatukan dua keluarga."

Satu lagi yang amat menarik perhatian saya, ada saya sebut tadi perkataan bersederhana. Bersederhana bukan bermakna melecehkan. Saya teringat dijemput untuk sebuah majlis pertunangan. 

Difahamkan tarikh dan waktu pun ditentukan oleh pihak perempuan, yang tidak sabar-sabar minta lelaki datang meminang. 

Pihak perempuan juga yang menentukan jumlah bekas untuk dibawa. Sebagai anak pertama yang akan berkahwin, sudah tentu si ibu beria-ia untuk menghias. Walaupun cuma tiga bekas ia dihias secantiknya.

Waktu hadir, berkata di hati, mereka macam tidak bersedia apa pun. Betul memang tidak bersedia langsung. Saya tidak nampak pun bekas-bekas balasan pihak perempuan.

Adat meminang dimulakan dan kemudian menyerahkan bekas hantaran bersama sebentuk cincin. Masih belum dikeluarkan bekas hantaran.

Waktu makan pun langsung tidak berhidang cantik, (kami faham keluarga mereka keluarga sederhana) tetapi bila hidangan diletakkan atas karpet tidak berlapik (saya tak boleh terima, come on, sediakan seperah (kain lapik), betul tak?)

Sewaktu pulang alangkah terperanjatnya kami kerana alahai seperti campak aja, adalah seketul dua bunga-bunga plastik kecil yang dicampak atas buah-buahan.

Begitu juga kuih-muihnya, bukan sahaja dalam raga lama tidak berhias, bekas kuih plastik itu masih melekat harganya. Adat, tiga bekas dibalas lima oleh pihak perempuan, tetapi yang diterima cuma dua sahaja.

Di rumah pihak lelaki, ahli keluarga yang lain sudah menunggu rombongan pulang, masing-masing excited untuk melihat bekas hantaran. 

Semua terkejut, sempat seorang daripada mereka berkata, “Takkan begini kot, mereka ini tak tahu adatkah?”

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Kadang kita terlupa untuk menjaga air muka orang. Kita juga lupa untuk menyeronokkan hati anak kita yang bakal berkahwin. Betul mungkin kesempitan wang tetapi tidak bermakna kita tidak boleh berseni sedikit. 

Ini tidak, keluarga sebelah rasa seperti dihina. Tolong ya ibu-ibu, itu bukan sederhana, itu betul-betul memalukan.

Dan saya teringat satu lagi cerita teman. Kerjayanya perancang perkahwinan, menghias bekas hantaran dan pelamin antara tugasnya. 

Katanya sebuah van disediakan khas hanya untuk mengisi bekas-bekas hantaran kerana perjalanan jauh dan ditakuti bunga-bunga ada yang layu atau rosak. 

Maka disediakan sekotak lagi bekal bunga untuk majlis pertunangan nun ke Utara. Teman juga diminta turut serta bagi membantu membereskan hal itu, jangan ada satu pun bunga layu. 

Sesuai dengan kedudukan keluarga pihak lelaki, secantik-cantik hantaran katanya.

Tetapi yalah, bakal menantu orang kampung. Melihat keadaan rumah pihak perempuan pun boleh tahu keadaan keluarga ini. 

Kata teman, berjamu sakan juga mereka menyambut kedatangan wakil meminang. Dipendekkan cerita, waktu berbalas bekas, muka Puan Seri mencemik dan terus muncung. 

“Buruk sangatkah hantarannya?” tanya saya mendengar cerita. “What do you expect from them?” Pada mata I cantik jugalah, beria juga mereka tapi kampung taste lah.”  

Muka Puan Sri mencuka sehingga tidak bersalam dengan bakal besan. Masa pulang bila sampai di satu selekoh, dia meminta pemandu berhentikan kereta. 

Tahu apa yang dilakukan? Diambilnya semua bekas balasan dan dicampakkan ke dalam parit tepi jalan. “Aku tak mahu kawan-kawan aku menertawakan aku,” katanya.

Ini contoh manusia sombong dan bongkak.

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Cerita bab kahwin elok saya tamatkan rencana dengan kisah minggu lalu. Kawan saya menikahkan anaknya dengan mas kahwin sejuta. RM1,000,000.

Semua ternganga. “Tapi duit mereka cuma 250 ribu Paun Sterling sahaja,” kata teman dan ia hajat menantu saya memberikan sejumlah itu kepada isterinya.  

I’ve planned long enough for my beautiful wife-to-be, and for the most historical event in my life,” katanya bila si ibu mempersoalkan mengapa terlalu banyak. Itu cerita teman bila suara-suara di belakang yang tidak senang dan mempersoalkan jumlah yang teramat besar ini macam jual anak. 

Pada saya biarlah, kedua-dua pihak happy, yang kita hendak mengata kenapa? AllahuAkbar. 

Asy-Syaikh Ibnu Utsaimin berkata, “Mas kahwin merupakan mahar dan dinamakan mas kahwin kerana pemberian kepada wanita merupakan bukti ketulusan sang pelamar.” (Syahu Bulughul Marom).

- Getaran, 29 Januari 2022

Semua gambar: Pexels

Isu Pada

Elizabeth Tan Menghitung Hari

29 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 4 bulan yang lalu

Umpama Telur Di Hujung Tanduk: 7 Masalah Perhubungan Yang Sukar Dipulihkan

2

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

OKU Akad Nikah Guna Bahasa Isyarat, Penterjemah

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Perkahwinan Bawah Umur Catat Peningkatan Di Sarawak - NGO

4

Selebriti 11 bulan yang lalu

Jarang Menangis, Air Mata Scha Al Yahya Tumpah Saat Bercerita Tentang Mahligai Perkahwinan Yang Sudah 11 Tahun Dibina

Sorotan

1

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

2

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

3

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

4

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

5

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

6

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright