Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dramatari Sang Seteru 

Perseteruan sentiasa berlaku, baik dalam dunia sukan, hiburan, politik mahupun kehidupan seharian. Jom ikuti apa kupasan Ad Samad perihal dramatari sang seteru.

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2022 6:20PM

oleh

Ad Samad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Let’s gooooo kill somebody ????”

~ Khamzat Chimaev di Twitter, 21 Disember 2021

Rome dan Parsi. USA dan China. Manchester United dan Liverpool. Adidas dan Puma. Richard dan Salahuddin. Leonardo dan Michelangelo. Ali dan Fraser. Batman dan Joker. Mahathir dan Anwar. Hadi dan konsistensi.

Gandingan nama-nama tersebut adalah antara kisah-kisah perseteruan epik yang masyhur.

Peminat sukan seni pertahanan diri terutamanya MMA (Mixed Martial Arts) pasti mengetahui perseteruan di antara McGregor dan Nurmagomedov atau Usman dan Covington atau Liddell dan Ortiz.

Sebelum pertarungan, sidang akhbar dan klip-klip video para petarung rancak memaparkan trash talk atau kata-kata yang membahan dan memperkecilkan satu sama lain. Di gelanggang mereka bergelutan, bertumbukan dan bersepakkan untuk mencedera dan mencacatkan lawan. Pertarungan mereka berisiko tinggi mengakibatkan kematian.

Memang kita amat menggemari perseteruan yang berkonflik tinggi, terutamanya yang melibatkan orang lain. 

Kita menyokong satu pihak dan membenci satu pihak lagi. Kita terhibur dengan keganasan yang mereka pamerkan. Kita puas melihat muka muka yang lebam, luka, pecah dan berdarah.

Meskipun kita nyilu melihat kaki atau tangan yang terkulai patah, kita akan terus menyaksikan pertarungan yang seterusnya bagaikan satu ketagihan yang tak terbendung. Mungkin keganasan yang mereka hidangkan adalah tempat kita melempias keganasan yang terpendam dalam diri yang selama ini kita simpan.

Sebagai penonton, hakikat yang sering kita terlepas pandang adalah; meskipun mereka musuh, mereka juga adalah rakan kongsi. 

Mereka saling memerlukan satu sama lain untuk membina kerjaya dan perniagaan, kemahsyuran serta kekayaan.

Mereka sama-sama melariskan tiket ke acara pertandingan dan penjualan pay-per-view di stesen TV berbayar.  

Kebolehan mereka melariskan penjualan akan menaikkan status mereka sebagai selebriti sukan dan meningkatkan kekayaan. 

Begitulah kehebatan sebenar petarung yang bernama Conor McGregor. Disamping kehebatan berlawan, beliau juga berkebolehan mempromosikan penjualan sesebuah pertandingan, sehingga menjadi ahli sukan terkaya di dunia dengan kekayaan berjumlah $180 juta pada 2021.

Tanpa seteru seperti Khabib Nurmagomedov atau Dustin Poirier, belum tentu McGregor dapat mencapai potensi dirinya yang sebenar. 

Setiap insan yang mencapai kehebatan, pasti memiliki para seteru yang setanding kehebatannya. Mereka bersaing antara satu sama lain kerana mempunyai cita-cita dan obsesi yang sama. Mereka saling mengerti. Tanpa sengaja, mereka mengangkat satu sama lain kepada kedudukan dan tingkatan yang lebih tinggi.

Dalam dunia muzik dan filem juga terdapat banyak perseteruan yang sohor.

Setelah perpecahan kumpulan The Beatles, Paul McCartney dan John Lennon menjadi seteru. Masing-masing menghasilkan lagu dengan gaya dan cita rasa tersendiri untuk memisahkan mereka daripada identiti The Beatles.

Masing-masing telah mempersenda satu sama lain dalam lagu-lagu ciptaan mereka, contohnya McCartney menghasilkan 'Too Many People' untuk mengutuk Lennon, manakala Lennon menghasilkan 'How Do You Sleep?' untuk mengutuk McCartney.

Prince dan Michael Jackson turut mempunyai perseteruan yang epik. Menurut Quincy Jones yang merupakan seorang penerbit lagu tersohor, kerana asyik dimalukan oleh Michael Jackson, Prince hampir hampir melanggar Michael Jackson dengan Limousinenya.

Di Malaysia, kelesuan industri muzik mungkin boleh kembali rancak sekiranya ada persaingan dan perseteruan terbuka, contohnya di antara Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah, atau M. Nasir dan Ramli Sarip, atau Joe Flizzow dan Malique, atau Aiman Tino dan Haqiem Rusli, atau Habsah Hassan dan Ad Samad. 

Dunia hiburan lebih meriah suatu ketika dahulu dengan adanya perseteruan di antara P. Ramlee dan Jins Shamsuddin dan ketika Ogy Ahmad Daud dan Erma Fatima berseteru. 

Mungkin ketidak-sebuluan di antara Hans Issac dan Ahmad Idham perlu diapi-apikan lagi sehingga marak terbakar.

Di dalam arena politik pula, jelas sangat perseteruan antara parti parti politik dan para individu di dalamnya demi mencapai kuasa.

Pergelutan dalam politik lebih berisiko tinggi daripada MMA. Sepak terajang di arena politik lebih kejam. Tatkala petarung MMA berisiko ditumbuk ke muka, petarung politik pula berisiko ditikam dari belakang.

Fitnah dan pengkhianatan adalah amalan biasa. Aib dibuka tanpa adab dan malu. Maruah tercemar sehingga ke anak cucu.  Perseteruan bukan sahaja bisa mengakibatkan mata lebam dan merengkok di penjara, malah dibunuh seperti Datuk Mohamad Taha Taib pada 1982 dan ribuan kes kes lain dari seluruh dunia.

Sebagai penonton, kita amat terpesona dengan drama dan konflik mereka. Kita menjadi emosional apabila politikus yang kita sokong dicemari oleh politikus yang kita benci.

Kita berkongsi mengulangi naratif yang kita dukungi di alam nyata dan maya. Kita sanggup berdemonstrasi di jalanan sambil membawa sepanduk yang mengecam seteru kepada dewa dewi yang kita puja.

Namun hakikatnya, seperti juga petarung MMA, setiap ahli politik yang berseteru adalah merupakan rakan kongsi. Mereka saling memerlukan untuk membawa masing masing kepada kejayaan membina kerjaya, kekuasaan dan kekayaan.

Mereka mempunyai cita cita dan obsesi yang sama, lalu memahami satu sama lain. Mereka ketahui laba dan risiko yang mereka hadapi. Mereka fahami undang-undang yang tersembunyi dalam permainan politik dan The Rules of Engagement.

Kalah atau menang tetap ada habuan dan manfaatnya, kerana kebanyakan masanya, politik adalah non zero-sum game. Iaitu, bukan semua kalah tangan kosong. Mereka tahu peranan masing-masing, sebagai pemerintah atau pembangkang.

Tiada siapa akan tidur lapar. Seperti Batman dan Joker atau Coyote dan Road Runner, dengan adanya perseteruan barulah ada cerita.

Mahathir, Anwar, Najib, Kit Siang dan Mahiaddin adalah rakan kongsi dan sekelab.

Oh ya, Hadi sekali.

Perkongsian atau pensyarikatan mereka telah membantu membentuk kerjaya yang berpanjangan dan menguntungkan buat diri masing-masing. Maka, tidak hairanlah paksi dan penjajaran mereka boleh berubah mengikut tempat dan masa.

Siapa sangka Mahathir dan Kit Siang boleh bersatu.  Lee Kuan Yew mungkin hidup semula, sekiranya diberitahu kepadanya. 

Dan, Mahathir dengan Anwar boleh berkawan semula dan kemudiannya berseteru kembali. Karpal Singh tepuk dahi di alamnya kini.

Konflik para politikus memukau kita sehinggakan kita sanggup mengorbankan emosi, tenaga, harta malah nyawa, semata-mata untuk menjadi pelakon ekstra tidak berbayar yang memegang watak si rakyat rambang tidak bernama di dalam persembahan pentas dramatari sang politikus tua tercinta.

Maka pandai-pandailah masing-masing menari dengan seteru masing-masing, goyang badan goyang pinggul hooray hooray hip hip hooray. - Getaran, 19 Januari 2022

Gambar: Fail dan Pexels

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 hari yang lalu

Menjelajah Potensi Pusat Data: Membuka Peluang Ekonomi Baharu Di Malaysia

2

Kolum 1 bulan yang lalu

Apabila AI Menjadi Peguam, Akauntan Dan Pemandu

3

Kolum 2 bulan yang lalu

Ruang Kecil, Impian Besar: Bagaimana Ruang Simpan Sendiri Buka Peluang, Potensi Untuk PKS

4

Kolum 2 bulan yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

Sorotan

1

Aktiviti Ketenteraan Israel Di Rafah Mimpi Ngeri Kemanusiaan - Ketua PBB

2

PM Doakan Faisal Halim Segera Sembuh Dan Kembali Teruskan Perjuangan Bola Sepak

3

Hidup Bersama Secara Aman Antara 10 Resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama

4

Mangsa Pokok Tumbang Sempat Diajar Mengucap – Saksi

5

Gaji Polis, Bomba Patut Naik Lebih Tinggi - Teresa Kok

6

KBS Pastikan Faisal Halim Dapat Rawatan Percuma Di ISN – Hannah

7

Malaysia Kekal Pendirian Tak Benar Syarikat Berdaftar Di Israel Jalan Aktiviti Dalam Negara

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 hari yang lalu

Menjelajah Potensi Pusat Data: Membuka Peluang Ekonomi Baharu Di Malaysia

oleh Nasser Ismail