Berita Terkini

9 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Industri Fesyen Di Era Corona

Semua sektor ekonomi memang terjejas teruk gara-gara penangan pandemik COVID-19, namun industri fesyen mempunyai cabarannya yang tersendiri untuk bergelut dengan krisis ini. Bekas Ketua Pengarang majalah Bahasa Melayu paling bergaya Malaysia, GLAM berkongsi pendapatnya tentang isu ini.

Kolum Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2021 11:59AM

Gambar: Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setahun yang lepas, tiada terlintas langsung di kotak minda ini akan suasana kehidupan yang sebegini rupa – wajib ada penjarakan sosial, mesyuarat secara maya di Zoom, tidak boleh bersentuhan, bersalaman malah perlu memakai pelitup muka setiap masa. Seluruh dunia dibelenggu ketakutan akibat musuh yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar yakni virus COVID-19. Situasi genting pandemik itu sendiri asalnya agak asing malah tidak terjangkau dek akal oleh generasi masa kini. Namun dengan kuasa Tuhan, ia benar-benar berlaku dan realitinya amat memeritkan. Setiap sudut kehidupan menerima tempiasnya tanpa mengira darjat, bangsa atau usia.

Bergelumang di dalam industri fesyen lebih dua dekad, fashion was the last thing on my mind di kala khabar mengenai kerakusan virus ini merentap normaliti dalam kehidupan harian. Saya pasti kebanyakan orang berfikiran sama kerana di waktu kritikal sebegini, hanya perkara asas diutamakan. Industri fesyen secara khususnya, jelas terkesan dengan penangan pandemik yang entah bila akan berkesudahan ini. Dengan tidak semena Minggu Fesyen di seluruh dunia terpaksa dipersembahkan secara digital, syarikat-syarikat fesyen pantas meminda modul pemasaran agar selaras dengan situasi semasa. Kita tidak perlu memandang terlalu jauh, cukup sekadar pemerhatian di dalam negara kita sendiri yang menyaksikan cabaran demi cabaran yang tidak kurang hebatnya.

Setahun lepas, konsep fashion disruption (penggugatan fesyen) dirujuk pada trend yang memecah tradisi dan luar norma. Hari ini, memang fesyen itu melalui fasa disruption dalam erti kata yang sebenar-benarnya. Apabila ekonomi mulai tergugat, industri fesyen global sama jatuh. Masyarakat sekarang lebih berhati-hati dalam merancang kewangan dan berfikir dua kali untuk berbelanja pada sesuatu yang bukan keperluan. To splurge on clothes? Sedikit janggal bunyinya di saat pandemik ini, lebih-lebih lagi di kala masyarakat disarankan untuk duduk rumah malah berkerja pun digalakkan dari rumah. Mahu berfesyen sekali pun, kebebasan bersosial amat terbatas. Tiada majlis keraian, tiada acara berkumpulan.

Impak yang tidak dapat dibendung hasil perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan telah membuatkan kompleks-kompleks membeli-belah terpaksa ditutup pada jangka waktu tertentu dan seterusnya merencatkan arena peruncitan fesyen secara keseluruhannya. Ada penggiat fesyen terpaksa gulung tikar, ada yang tidak mampu lagi menggaji pekerja selain gaji dipotong. Sewa kedai (walau diberi pengurangan) tetap perlu dilunaskan, tempahan koleksi musim hadapan masih harus diperjelaskan. Di saat ini, untunglah jenama yang sudah sedia memiliki laman e-dagang sendiri tanpa perlu bergantung pada jualan secara fizikal, bricks and mortar.

Tahukah anda sebilangan jenama fesyen antarabangsa terpaksa melangkau musim akibat stok yang sedia ada masih gagal dijual? Dalam erti kata lain, banyak kes koleksi musim bunga/panas 2020 masih memenuhi butik hingga limpahan stok di gudang. Kerugian berganda diselaraskan dengan logik di mana koleksi luruh/sejuk langsung tidak dibawa masuk. Ditambah pula dengan rantaian bekalan dari luar negara yang turut terganggu kerana situasi COVID-19 di negara-negara berkaitan, sesungguhnya keadaan ini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Itu belum lagi menyentuh perihal media fesyen yang kian terjejas apabila klien-klien fesyen mulai bergantung kepada influencer dengan jutaan pengikut untuk publisiti pantas dan berkesan.  

Walaupun dalam pada itu, ada pula segelintir jenama mewah dilaporkan mengaut untung luar jangka di kala pandemik ini. Di saat ramai berada dalam kekangan kewangan, golongan berduit mengambil kesempatan membeli-belah. Dikhabarkan akibat larangan ke luar negara, kelompok ini beralih kepada pelaburan barangan mewah khususnya yang memiliki nilai selepas jualan seperti jam tangan. Berbicara dengan mereka dari lapangan berkaitan, ia suatu yang tidak dijangka dan perkembangan positif ini diharap berterusan bagi merancakkan kembali industri yang sedang kelam. 

Bilakah arena fesyen akan kembali berjalan seperti biasa? Di Malaysia atau di mana sahaja di serata dunia, semua menunggu vaksin dan menanti keberkesanannya. Kemudian, masa untuk memulihara kembali ekonomi di penghujung 2021 nanti. Walau bagaimanapun, dengan segala yang kita semua sudah tempuhi sejak awal tahun lalu, apa-apa pun mungkin berlaku. Ramalan hanya tinggal ramalan. Apa yang paling penting adalah hari ini. Keselamatan, kesihatan, kecukupan. Bagi yang bernasib baik dan kurang terkesan, be fashionably responsible. Lihat di sekeliling anda. Biar buta fesyen, jangan buta hati. - Getaran, 29 Januari 2021  

Mula berkecimpung di dalam dunia penulisan fesyen sejak 2004, Suzie Adnan adalah bekas Ketua Pengarang kepada majalah fesyen unggul tanah air, GLAM. Bergelar graduan Sarjana Muda Seni Reka Fesyen di UiTM, beliau turut berpengalaman di dalam lapangan peruncitan fesyen mewah ataupun 'luxury retail'. Ibu kepada dua cahaya mata ini kini menyediakan khidmat konsultasi di dalam bidang-bidang berkaitan.

Isu Pada

Kaka Azraff

29 Jan 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 minggu yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

2

Muzik 2 bulan yang lalu

Tak Perlu Keliru, Era Tetap Stesen Radio Nombor Satu Malaysia Yang 'Legit'

3

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 3 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Kolum 2 jam yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan