web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Apa yang menarik tentang Piala Malaysia 2021? Kuala Lumpur City!

Kolum Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2021 10:11AM

Syamim Yahya (kiri) cuba merebut bola dari pemain KL City FC Hadin Azman ketika aksi pertama separuh akhir Piala Malaysia pada Sabtu. - Gambar dari Facebook KL City FC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Isnin lalu saya menulis di blog saya, Foul! apa sebenarnya yang menarik tentang Piala Malaysia tahun ini.

Berdasarkan pada empat pasukan yang akan berentap pada separuh akhir kedua malam esok, tumpuan saya adalah pada Kuala Lumpur City FC.

Saya tidak berniat untuk menidakkan pasukan-pasukan yang lain, yang atas kertas dikatakan “favourite” yang lebih gah dan mempunyai sejarah yang lebih hebat.

Berbekalkan agregat 1-1, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menentang Terengganu. Suka atau tidak, JDT, merupakan pasukan terbaik di Malaysia. Terengganu pula telah mempamerkan aksi yang agak baik sepanjang musim dan mampu melakarkan sejarah tersendiri di Stadium Sultan Ibrahim.

Atas kertas, kedua-dua pasukan ini memang layak ke separuh akhir Piala Malaysia.

Separuh akhir kedua yang akan berlangsung adalah di antara Melaka United FC dan Kuala Lumpur City FC. Melaka United dan Kuala Lumpur City seri 1-1 dalam perlawanan separuh akhir pertama.

Apa yang menarik adalah kebangkitan Kuala Lumpur City. Pasukan ibu kota tersebut telah menunjukkan aksi yang agak konsisten sepanjang musim ini.

Kebangkitan skuad anak didik Bojan Hodak telah serba sedikit menyuntik semangat para penyokong yang telah lama kecewa dengan prestasi buruk pasukan kesayangan mereka.

Pernah sekali pasukan Kuala Lumpur menghadapi isu kewangan. Saya masih ingat lagi kempen “Selamatkan KLFA” pada tahun 2011 di mana peminat serta pemerhati sukan tanah air mengumpul dana untuk menolong Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur.

Reaksi segelintir penyokong yang sanggup ‘menyerbu’ padang apabila Kuala Lumpur City menang dalam perlawanan suku akhir menunjukkan betapa terujanya mereka dengan kejayaan pasukan ibu kota.

Jika Kuala Lumpur City berjaya mengalahkan Melaka United sekali gus melangkah masuk ke perlawanan akhir Piala Malaysia, mereka akan melakarkan sejarah baharu dengan menamatkan penantian selama 32 tahun.

Ini kerana kali terakhir skuad ibu kota beraksi di final Piala Malaysia ialah pada tahun 1989 di mana mereka muncul juara.

Melaka United juga tidak kurang hebatnya. Pasukan dari bandaraya bersejarah itu telah menunjukkan kepada peminat bola sepak tempatan bahawa dengan berbekalkan motivasi yang tinggi, aspirasi dapat dikecapi.

Tidak kira apa yang berlaku malam esok, kebangkitan Kuala Lumpur City tetap menjadi antara sorotan menarik Piala Malaysia 2021. - Getaran, 25 November 2021

Haresh Deol seorang wartawan yang mempunyai pengalaman dalam media sejak tahun 2000. Beliau adalah pemenang dua kali Anugerah Institut Akhbar Malaysia dan merangkul tujuh anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM). Beliau boleh dihubungi di akaun Twitternya @HareshDeol.

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 4 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 5 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH