Berita Terkini

20 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Menantu Atau Mentua Yang Hantu? (Bhg. 2)

Sedarkah anda bahawa banyak perkahwinan hancur kerana campur tangan mentua. Ibu bapa, elak kawal hidup anak menantu dan jangan terlalu meminta-minta. Ini bahagian kedua tulisan kolumnis kami, Wirda Adnan.

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2021 3:26PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sambungan....

(Baca bahagian pertama tulisan ini di sini)

Teman, dia sudah pergi buat selama-lamanya kerana kanser. Betul, sebahagian daripada kisah hidupnya yang diceritakan kepada saya menjadi memori yang ‘hidup’ dalam sanubari. 

Menerusi perkahwinan pertamanya, dia pernah memberitahu saya, “Aku bercerai angkara familinya menuduh aku bermacam-macam, membuat cerita yang bukan-bukan, sehingga anak dalam kandungan ini pun mereka tuduh hasil hubungan aku dengan lelaki lain.

“Mereka sengaja reka cerita untuk memisahkan aku dengan suami. Apa lagi, suami pun jenis percaya tanpa usul periksa. Mak mentua bahagia kerana dia dapat menantu baharu yang dia yakin, perempuan itu jauh lebih sesuai.”

“Aku hanya mampu menangis bila suami bawa masuk perempuan dalam rumah dan bertukar-tukar perempuan.

“Katanya, 'Awak ingat awak hebat, nah ini balasannya. You just see what I can do, kalau awak tidak suka awak boleh berambus dari rumah ini. Awak ingat awak bijak, then tell me, anak siapa yang awak kandung itu?'” 

Rupa-rupanya semua perancangan sang mentua. Mereka cerita yang teman menggunakan ayat pengasih untuk memikat anaknya. Mana mungkin anaknya jatuh cinta dengan dia. 

Apa kurangnya dia dengan wanita yang dijodohkan dengan bekas suami? Dia juga orang berada, tak kalah dengan mereka. Tidak sanggup bermadu dalam rumah sendiri akhirnya teman keluar rumah membawa perut yang hanya menunggu masa untuk melahirkan.

Selepas itulah kakinya sering melangkah ke masjid. Di rumah Allah jiwanya setenang-tenangnya, menelaah ilmu agama, pelbagai hukum-hakam nikah kahwin dia tahu.

Lima tahun kemudian teman bertemu jodoh dengan Harun. Dia menyangka Harun lain daripada bekas suaminya. Rupa-rupanya dia dikecewakan lagi.

Jika suami pertama lelaki kasanova, Harun pula anak Mak. Harun tidak sekali pun cuba membelanya, malah Harun menuduh dia tidak pandai ambil hati ibunya.

“Mengapa yang lain ngam dengan mama tetapi you tidak. Mungkin you silap doa kot. Kalau sudah bertahajud tengah malam dan tak dapat hidayah, I tak tahu nak cakap apa,” ejek Harun apabila dia lebih banyak berzikir daripada menonton filem. 

‘Jangan engkau katakan engkau tahu segalanya tentang anak lelakimu, engkau hanya tahu dia sebatas anak, bukan suami dan anakmu pun mempelakukan engkau hanya sebatas ibu, bukan isteri’.

Teman sering juga mohon nasihat saya. Banyak yang saya titipkan, antaranya untuk dia sendiri mencuba menjadi menantu yang lebih baik, banyakkan bersabar dan jangan ambil hati. Mengingati hari lahir, ulang tahun perkahwinan ibu ayah dan memberikan hadiah. 

Satu hari saya percaya rasa benci bertukar simpati, kemudian cinta akan terdetik di hati. Bila ditegur, dimarahi, anggaplah dia mak sendiri dan jangan sesekali ambil hati. 

“Kalau mereka rasa sebab you tidak pandai bergaya dan mereka malu bermenantukan you, jadi melaramlah. Go and get one or two branded bags, kalau itu yang dibebelkan.”

Teman mengikut ‘arahan’ berhabis jugalah dia tetapi kata orang, kalau sudah tidak suka, apa pun dibuat tak akan membuat mereka sayang. 

Nasihat terakhir saya, setelah puas memberi pelbagai kata-kata semangat untuk memperbaiki silaturahim, saya mencadangkan dia berpisah sahaja jika itu lebih membahagiakan dia dan Harun.

Sebab katanya sehingga basah kuyup tikar sejadahnya setiap malam mengenangkan nasibnya. Apa gunakan berkahwin kalau hidup berasingan dan sampai bila?

Entah apa yang dicakapkan pada Harun, satu petang Harun menghubungi saya. Saya dituduh oleh Harun telah menghancurkan rumah tangganya. “Perempuan apakah you bila memberi nasihat untuk bercerai… dan bla bla.”  

Saat itu saya bersumpah pada diri, tidak akan dan tidak mahu lagi menjadi penasihat rumah tangga kepada teman termasuk rakan yang lain juga. Saya dikutuk oleh Harun mengatakan saya perempuan dajal, yang akan Allah laknat. Nauzubillah.

‘Hormati dan sayangi mentuamu, sebagaimana engkau menghormati dan menyayangi ibu kandungmu. Kerana bagaimanapun dia, dia yang telah mengandung dan melahirkan suamimu.’

Sekalipun mereka membenci, teman tidak patah hati dan sentiasa berdoa untuk kebaikan keluarga mentua. Teman mencari kesalahan diri, mungkin betul kata suaminya, ada yang tidak kena pada diri. 

“Aku cuba menjadi isteri solehah, yakni terus taat kepada suami sekalipun ditinggalkan dan diperbodohkan. Lagipun aku tahu aku tidak akan hidup lama, biarkan aku ‘berpaut’ pada akad nikahku kerana perempuan yang berkahwin setiap ibadah dilipatgandakan pahala berbanding yang bujang.” 

‘Salah satu yang bisa menghancurkan rumah tangga adalah orang tua kita.’

Jangan pernah (terutama) isteri dan suami suami bercerita masalah rumah tangga kepada orang tuanya. Selesaikan masalah rumah tangga berdua tanpa perlu sampai ke pengetahuan keluarga. Jangan anggap remeh!

Anda, mahu jadi mentua seperti apa kelak? Fikir, jika sayangkan anak cuba jangan terlalu ikut hati dan jangan sesekali masuk campur dalam urusan rumah tangga mereka.

Ibu bapa berhak dan wajib menasihati, tetapi jangan kerana menyampah kepada menantu kamu yang meletakkan syarat-syarat tertentu. 

Banyak perkahwinan hancur kerana campur tangan mentua. Elak kawal hidup anak menantu dan jangan terlalu meminta-minta. Ada mentua memaksa anaknya duduk bersama, konon untuk mengurangkan bajet, waktu sama menyekat kebebasan anak menantu.

Ada mentua terlebih meminta, baru saya terima aduan, si menantu yang gaji tidak sampai RM3,000, gaji anak RM1,800 dipaksa anak menghantar RM1000 sebulan kepadanya. Berpada-padalah wahai sang ibu, lalu pasangan tadi belum dua tahun kahwin sudah bercerai. 

Si emak meminta-minta pada anak, anak mendesak suami, suami pula ada tanggungan di kampung, waktu sama bayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).  

Ingat wahai ibu, tolong jangan sesekali mendoakan yang tidak baik untuk anak cucu kerana mulut ibu masin. Sebaliknya doakan kebahagiaan rumah tangga mereka dan anak juga selalu doakan untuk melembutkan hati mentua.

 Jika anda mengalami kesulitan, amalkan doa ini selepas solat lima waktu: 

مَآ اَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْاٰنَ لِتَشْقٰٓى

اِلَّا تَذْكِرَةً لِّمَنْ يَّخْشٰى

تَنْزِيْلًا مِّمَّنْ خَلَقَ الْاَرْضَ وَالسَّمٰوٰتِ الْعُلٰى. اَلرَّحْمٰنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوٰى

Ertinya: Kami tidak menurunkan Al-Qur'an ini kepadamu (Muhammad) agar engkau menjadi susah, melainkan untuk menjadi peringatan untuk orang yang takut (kepada Allah). Al-Quran  yang diturunkan daripada Tuhan, yang mencipta bumi dan beberapa langit, Iaiitu Allah (Yang Maha Pengasih yang bersemayam diatas 'Arasy (QS,Thaha: 2-5).

- Getaran, 20 November 2021

Gambar hiasan: Pexels
 

Isu Pada

Gemilang Seni Iman Troye

20 Nov 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 3 hari yang lalu

Adab Menghadiri Rumah Terbuka

2

Refleksi 4 minggu yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

3

Refleksi 1 bulan yang lalu

Self Healing’ Pada Bulan Ramadan, Bikin Ibadah Makin Khusyuk

4

Refleksi 2 bulan yang lalu

Menangani Krisis Kejantanan

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Kolum 12 jam yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan