Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Berjenama Tidak Bermakna Kaya, Bersederhana Tidak Semestinya Papa

Dalam pada lambakan jutawan baru yang gemar 'tayang' harta benda, wujud juga kelompok hartawan yang tidak menjaja kehidupan peribadi melainkan yang berkaitan dengan perniagaan yang dijalankan.

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2021 5:40PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru-baru ini saya ada berbual dengan seorang usahawan yang amat berjaya namun orangnya teramat merendah diri.

Dalam pada perolehan syarikatnya yang besar hingga mampu menyumbang dana lebih RM10 juta setahun untuk tabung pembangunan asnaf sahaja, saya bertanyakan bagaimana pula cara dia berbelanja untuk diri sendiri?

Adakah dia seorang yang bermewah-mewah, pakai LV dan Gucci?

“Hmm… kemeja ni pun saya beli di Aeon,” ujarnya sambil jari tercari-cari label baju yang sedang dipakai.

“Kalau saya nak membeli barang mahal pun, mungkin sekadar jam tangan sahaja.”

Usahawan ini bukanlah orang tempatan pertama yang saya temui, yang menolak untuk menonjolkan diri dengan penampilan berjenama dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Dalam pada lambakan jutawan baru yang gemar flash harta benda seperti rumah, kereta dan sebagainya, wujud juga kelompok hartawan yang tidak menjaja kehidupan peribadi melainkan yang berkaitan dengan perniagaan yang sedang dijalankan.

Mereka lebih merendah diri, amat bersederhana, tidak hadap publisiti.

Saya juga pernah bertemu dengan seorang wanita berkedudukan, yang langsung tidak ambil pusing pun mengenai pengaruhnya di dalam masyarakat. Pakaiannya seperti orang kebanyakan, beg pun biasa-biasa sahaja.

Padahalnya pada waktu itu, setiap wanita menayang status melalui beg yang dijinjit yakni beg Birkin daripada Hermes. Keluarga wanita itu tadi dengan keluarga Hermes saling mengenali.

Beberapa kali dia disua beg Birkin secara percuma namun setiap kali juga dia akan menolaknya mentah-mentah.

“Tiada apa yang harus saya buktikan kepada orang lain. It’s just a bag.”

Jelas sekali di era ini, label mewah bukan lagi penanda aras kepada status sesiapa.

Mungkin ini persepsi mereka yang datang dari old money (harta yang diwaris). Adakah golongan new money atau OKB (orang kaya baru) pula di sebaliknya? Bagi saya, jawapannya adalah ya dan tidak.

Di suatu sudut, ramai menikmati kekayaan yang baru dikecapi ini dengan berbelanja sakan, ‘membeli’ sebuah kehidupan yang selama ini diangan-angankan.

Mereka berkongsi gaya hidup baru ini secara berlebihan di media sosial, mereka memakai baju dengan nama jenama terpampang terpampang merata-rata, senantiasa ingin check-in di setiap lokasi ‘atas’ yang sedang trending.

Malah, senario hari ini meyaksikan lebih ramai golongan pertengahan yang sanggup berhabis demi demi barangan berjenama berbanding mereka yang benar-benar berduit.

Kerana hampir kesemua barangan mewah hari ini pun sudah mulai ‘menjual’ jenama sendiri sebagai accessible luxury menerusi koleksi tertentu yang hadir dengan tanda harga mampu beli.

Dari pakaian, barangan kulit, gajet hingga ke kereta, apabila harga semakin kompetitif, orang makan gaji sekali pun kini sudah mampu membeli dan merasa memakainya. Moral of the story, pakai jenama tidak semestinya kaya.

Jika diamati kelompok hartawan di arena antarabangsa, billionaire industri teknologi seperti Mark Zuckerberg cuma menyarung sneakers, berbaju-T kelabu dan berseluar jeans walau ke mana sahaja.

Ini termasuklah Jeff Bezos dengan gaya signature berbaju-T polo. Mereka terlalu kaya dan berkuasa sehinggakan mampu mengubah kod pakaian umum sampaikan yang lain pun sama menurutinya.

Mungkin inilah yang dikatakan ‘the new luxury’. Masakan yang trending masa kini adalah fesyen streetwear sehinggakan jenama mewah pun mengadakan kolaborasi untuk koleksi sneakers hingga ke baju-T.

Mengikut sebuah kajian rambang yang direkodkan oleh Elizabeth Currid-Halkett melalui bukunya, The Sum of Small Things, kelompok ultra-rich kini melihat simbol status menerusi pelaburan aset, selain kemampuan seseorang untuk mendapatkan khidmat kesihatan yang terbaik serta kemampuan untuk memasukkan anak-anak ke dalam institusi pendidikan yang paling berprestij.

Ini adalah dua industri yang direkodkan mengalami peningkatan pada harga secara signifikan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Kemungkinan impak daripada pandemik juga turut menekan industri mewah agar lebih kompetitif dan dalam masa sama, industri kesihatan serta pendidikan bertambah mahal berdasarkan permintaan yang luar biasa.

Penulis tersebut turut mendakwa, golongan kaya-raya kian menolak materialisme sebagai cara untuk meletakkan diri mereka di dalam liga yang tersendiri. “Golongan elit baru ini mengangkat ilmu sebagai kapital dan menolak materialisme.”

Oleh itu, ramai isteri hartawan hari ini memilih untuk terus berkerja – berbanding dahulu, ramai wanita jadi lady of leisure pun sudah cukup bangga.

Saya kira era high society juga sudah hampir malap. Zaman kemuncak 15 tahun lalu di mana masyarakat mengagungkan who’s who di dalam gelanggang sosial atasan tidak lagi relevan.

Jemputan eksklusif ke parti-parti tertutup dengan wanita-wanitanya dalam Herve Leger dan Roberto Cavalli, itulah waktunya apabila jenama berbicara sebagai penentu status di mata mereka yang melihat. 

Sekarang, penampilan luaran seseorang tidak boleh lagi dinilai dengan semudah itu. Hari ini sekali pun anda sekadar berselipar masuk butik mewah, tiada siapa yang berani menghakimi.

Begitulah gelagat sesetengah kelompok si kaya masa kini. Mereka tidak perlu membuktikan apa-apa kepada sesiapa. Tidak perlu ada tulisan Dior terpampang di dada, tidak perlu berjaket penuh monogram untuk beritahu staf butik yang diri itu kaya.

Ya, memiliki barangan berjenama itu sebuah kepuasan tetapi tidak bagi semua. Lebih-lebih lagi selepas pandemik, mentaliti masyarakat umum semakin berubah.

Penilaian semula kepada apa yang penting dalam hidup telah menyebabkan timbangan permintaan memberat kepada kesihatan dan ilmu. Material bukanlah segala-galanya.

Selain itu, kesan pandemik membuatkan orang kita menjadi semakin pemurah. Selain ilmu dan kesihatan, tanggungjawab sosial menjadi salah satu cabang ‘pelaburan’ terpenting.

Ramai usahawan hari ini sudah mulai menyemai budaya baru ini di dalam perniagaan masing-masing kerana mereka kian sedar bahawasanya konsep berkongsi rezeki inilah kekayaan yang sebenar. - Getaran, 7 November 2021

Semua gambar hiasan: Pexels dan Unsplash

Isu Pada

Langkah Kanan Nadhir Nasar & Nabil Aqil

06 Nov 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 4 hari yang lalu

Adab Menghadiri Rumah Terbuka

2

Refleksi 4 minggu yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Apabila AI Menjadi Peguam, Akauntan Dan Pemandu

4

Kolum 1 bulan yang lalu

Ruang Kecil, Impian Besar: Bagaimana Ruang Simpan Sendiri Buka Peluang, Potensi Untuk PKS

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat