web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Teori Minum Timah Ibarat Minum Wanita Melayu

Kolum Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2021 11:00AM

Rusnah Aluai

oleh

Pearl Lee

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tersembur air kopi saya apabila mendengar kata-kata Rusnah Aluai di Dewan Rakyat semalam. 

Mengulas tentang isu arak jenama Timah baru-baru-ini, Rusnah, yang merupakan Ahli Dewan Rakyat Pakatan Harapan Tangga Batu berkata: “Ini tidak bagus untuk wanita sebab dibayangkan Timah itu adalah wanita Melayu ... Kak Timah, Mak Timah, Makcik Timah ... Apabila kita minum wiski itu, seolah-olah kita (me)minum WANITA Melayu.”

Saya benar-benar tidak faham tentang mesej yang ingin disampaikan Ahli Parlimen Tangga Batu ini.

Berdasarkan teori Rusnah, saya tertanya-tanya jika mereka yang minum wiski Monkey Shoulder, seolah-olah minum monyet atau terasa seolah-olah minum burung ketika minum wiski jenama The Famous Grouse.

Pokoknya, tidak pernah terlintas di pemikiran bahawa saya seolah-olah minum dinosour jenis Tyrannosaurus ataupun Maiasaura apabila minum Milo dinosaur.

Saya cukup yakin tiada sesiapa yang membayangkan mereka minum wanita Melayu ketika minum wiski Timah.

Jadi, apa sebenarnya mesej yang ingin diutarakan apabila Rusnah membuat perumpamaan sedemikian di Dewan Rakyat semalam?

Sebagai seorang wanita yang bergelar Profesor Madya dan juga bekas pensyarah undang-undang, Rusnah telah mensia-siakan peluangnya di Dewan Rakyat untuk mengutarakan pendapat yang lebih bernas dan berdasarkan fakta (ataupun undang-undang sedia ada) untuk kukuhkan alasan bahawa arak jenama Timah mengelirukan. 

Saye melihat teori Rusnah ini sebagai suatu penghinaan kepada kaum hawa, terutamanya wanita Melayu.

Rusnah sendiri yang telah membuka kotak pandora dan hanya Rusnah sahajalah yang mungkin boleh menutup kotak ini. - Getaran, 29 Oktober 2021

Pearl Lee merupakan pengasas bersama dan pengarang urusan portal berita Twentytwo13. Hubungi beliau melalui Twitter @pearllee22.

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Kerajaan Sedia Pinda RUU Pembaharuan Semula Bandar - PM

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Sokongan Malaysia Terhadap Perjuangan Palestin Berprinsip - Mohamad Hasan

4

Politik 1 tahun yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga