Berita Terkini

14 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Secantik Rina Dan Pergertian Cantik Itu Sendiri

Cantik. Adakah ia hanya terletak pada rupa fizikal seseorang? Minggu ini kolumnis kami, Wirda Adnan, mengupas tentang segala hal cantik, luar dan dalam.

Kolum Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2021 9:00AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Nothing makes a woman more beautiful than the belief that she is beautiful.” Sophia Loren

Saya mulakan kisah yang masih hangat diperkatakan dan menjadi trending di media sosial tentang Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rina Harun, 47, yang kini sudah kurus dan cantik. Ramai memuji dan tidak kurang mengeji.

Kata Rina dia rajin bersenam dan berbasikal serta mengamalkan diet khas. Ramai juga mengatakan untuk mendapatkan penurunan badan yang begitu ketara dalam masa singkat caranya hanya melalui pembedahan yang disebut ‘vertical sleeve gastrectomy’ (VSG).

Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut terutama tentang VSG, tapi pada saya apa pun orang kata, menteri wanita ini sudah berjaya menguruskan badannya dan dia kelihatan sangat cantik lagi very presentable, syabas! Seharusnya begitulah, bila diri rasa lebih confident, bila yakin diri menebal banyak perkara boleh dilakukan. “Yes there is nothing more attractive than confidence, once you see your own beauty, so will everyone else.” 

Silapnya dia terlalu ghairah untuk menunjukkan ‘the new Rina’, seyogia mengundang dan membuka ruang orang mengata dan menambah ligat dia dikutuk bila mana menggunakan ruang pejabatnya beraksi di hadapan kamera dan bertukar-tukar pakaian.

Nah, dalam keadaan api kemarahan sedang membara di kalangan rakyat yang marah dengan pentadbiran negara kini, demikianlah dia menjadi bahan carut dan maki hamun.  “Helo, kamu menteri bukan peragawati. Kami rakyat mahu menteri yang bekerja bukan menteri bergaya." Dan banyak lagi kata-kata kesat dan menjelikkan dilemparkan kepadanya, cukup membuat kita semua beringat dan berhati-hati apabila mahu melakukan sesuatu, sekalipun untuk tujuan baik dan bermanfaat. 

Saya berharap dengan Rina sekarang yang cantik (eloklah juga dia sebagai ‘model’ kepada semua wanita, ’di mana ada kemahuan di situ ada jalan'  dan selepas ini berkuranganlah wanita-wanita gemuk yang konon menjadi punca suami kahwin lain).

Tetapi ingat Rina, tugasmu sebagai Menteri KPWKM ada banyak lagi hal-hal wanita, khasnya tentang pembangunan keluarga dan masyarakat, tentang menaik taraf ekonomi dan hak sama rata serta tiada diskriminasi terhadap kaum sejenismu, telah pun dipertanggungjawab ke atas bahu kamu. Rina, ini yang wajib kamu jaga, urus dan laksanakan segera!

Namun cerita cantik Rina membuat ramai wanita terkesan. Mereka cemburu dan mahu jadi sepertinya. Teman yang mengendalikan salon tiba-tiba sahaja mendapat banyak panggilan dan pertanyaan bagaimana boleh menjadi secantik Rina.

Tiba-tiba sahaja mendapat big business, ada mengambil pakej setahun dengan urutan dan rawatan menguruskan badan (sudah tentu salonnya tidak mengendaikan VSG kerana itu hanya boleh dilakukan di klinik khas dan hospital oleh pakar bedah bertauliah.)

Betul apa dikatakan oleh seorang penulis novel dan drama, Charles Reade, “Beauty is power.”  Demi cantik manusia bisa melakukan apa sahaja sekalipun mungkin mengancam nyawa sendiri.

Gambar fail
Gambar fail

Apa itu cantik?

Sukar menjelaskan kerana cantik itu relatif. Apakah benar penilaian cantik hanya berdasarkan keindahan pada wajah dan lekuk tubuh semata? Atau kita sendiri yang menciptakan batas-batas diskriminatif atas cantik itu sendiri.

Namun tahukah anda, lelaki tertarik pada wanita lebih kerana perilakunya, serta wanita sendiri mempersepsikan dirinya 'cantik', pun atas dasar perilaku yang membuat dirinya menarik. Penelitian-penelitian lain pun membuktikan faktor bukan fizikal dapat meningkatkan daya tarik fisikal. Kerana kecantikan fizikal itu pun dapat berubah pada sesuatu waktu. Saat kecantikan fizik telah hilang, maka perilakumulah yang menolong kamu terlihat tetap cantik.

Dalam artikel berjudul ‘The Truth About Beauty’, cantik adalah apa pun yang secara seksual menarik perhatian lelaki: bentuk badan yang menarik, bibir mungil, dagu runcing dan mata iris, rambut hitam beralun, tinggi lampai dan kulit licin, glowing. Dale Archer dalam artikelnya di ‘Psychology Today’ pula berkata bahawa cantik secara tidak sedar sering kali dikaitkan dengan sifat-sifat lain seperti pintar, manis, atau pandai bergaul.

Diringkaskan, definasi cantik sebenarnya bukan diukur daripada kesempurnaan fizikal seseorang namun ia bergantung pada kekuatan fizikal dan rasa percaya pada diri untuk berhadapan dengan orang ramai.

“Bukan pakaian, sepatu atau perhiasan yang membuat kita cantik, tapi kebaikan hati dan senyuman, itulah kecantikan sesungguhnya.”

Ramai ingat dengan pakaian mahal, dengan sepatu dan tas berjenama ia dapat menambah kecantikannya. Tidak dinafikan serba sedikit ‘kuasa’ wang untuk memiliki barangan itu dan mempamerkan kepada umum boleh menutupi mata orang ramai dan kamu dipandang cantik.

Begitu pun kalau kamu perasan, mereka yang terlalu mendewakan hartanya dan menunjuk-nunjuk apa yang dia ada, dan melaram serba mewah, membeli membabi buta dan menampalkan ke muka, ke dada, ke badan lengan dan sebagainya, kekadangnya kamu akan nampak seperti clown.

Jadi untuk menentukan kamu cantik, bukan itu wahai sahabatku, tetapi kejujuran dan keikhlasan hati, lebih-lebih lagi jika sanggup menghulurkan kepada yang memerlukan, dilakukan dengan rasa rendah hati, bukan menunjukkan.

Memberi tanpa memikirkan balasan, dan sentiasa dalam peribadi yang lembut serta senyuman yang menawan, itulah kecantikan sesungguhnya. Begitu juga ramai berhabisan membeli alat solek dan perawatan kecantikan.

Bukan tidak digalakkan bersolek berhias, teruskan kalau kerana itu ia menambah keyakinan pada diri, tetapi jika hati hitam dan bersarang kebencian samalah seperti apa yang disebut oleh pelakon lagenda, Audrey Hepburn, “Makeup can only make you pretty on the outside but it doesn't help if you’re ugly on the inside, unless you eat the makeup.”

“Sesiapa pun bisa melihat wanita cantik, tapi hanya si bijak yang melihat hati cantiknya.”

Cantik luaran, ya itu dikatakan amat penting untuk mengecap pelbagai kelangsungan dan keindahan hidup tetapi jangan lupa, cantik dalaman sesungguh ia jauh lebih penting. Siapa kata ia dapat disorok kerana tempatnya di dalam?

Oh tidak, hati bersarang dengan rasa dengki, cemburu, sakit hati dan menabur fitnah itu mudah dikenali pada perbuatan dan percakapan, malah raut muka. Jadi untuk dilihat cantik lagi dihormati, buangkan hati yang penuh sifat busuk dan khianat itu.

“Wanita yang cantik tanpa peribadi mulia, umpama kaca mata yang bersinar-sinar, tetapi tidak melihat apa-apa.” Jika di mata manusia pun sudah dilihat apatah lagi di mataNya, jangan sampai Dia murka, diberikannya kecantikan wajah dan tubuh, dibenarkan lahir tanpa cacat dan cela malah diberikan rezeki melimpah, namun kamu khianati diri kamu sendiri.

Melihat orang senang, kamu yang berang. Melihat orang bahagia, kamu cuba bunuh kebahagiaannya. Melihat orang bijak, kamu hina dan kamu tabur fitnah untuk mengaibkan dirinya. Sahabat, hentikan perbuatan keji ini, suci kan jiwa supaya terserlah kecantikan luaran dan dalaman.

“Kunci keindahan yang sesungguhnya adalah jika seseorang menjaga dan memperhatikan kecantikan dan keindahan hatinya.”

“Keyakinan adalah rahsia kecantikan. Tidak ada kecantikan yang menarik tanpa keyakinan.”

Satu hal yang pasti, anda mungkin boleh menipu mata orang tetapi tidak boleh menipu diri sendiri. Ya, jadilah kamu seorang yang yakin diri, yang bertanggungjawab, yang adil, yang tidak menindas orang dan tidak bermuka-muka, inilah kecantikan.

Saya teringat pernah bekerja dengan seorang ketua, yang wajahnya elok lagi kaya, yang lembut tutur bicaranya di hadapan kita, yang nampak amat mengambil berat tentang setiap pekerjanya, yang konon begitu memahami akan nasib dan perasaan  anak buah dan sebagainya.

Semua sayang dia, tetapi cuma seketika kerana kemudian semua bohongan bagi mendapatkan perhatian dan populariti terserlah akhirnya. Dalam senyum dan tawanya dia menikam orang dari belakang.

Mungkin hari ini dia telah mendapat balasannya. Dia ingat dengan menutup bisnesnya, dia akan menyelamat jutaan wangnya tetapi tidak. Wang yang berjuta itu lenyap dengan pelbagai kerosakan berlaku dalam hidupnya dan dengan jatuhnya nilai ringgit, seluruh perniagaan yang lain juga runtuh termasuk bisnes suaminya.

Itulah kadang-kadang kita lupa doa orang yang teraniaya, Allah kabulkan. Jadi sahabat, fikir dulu sebelum buat.

Saya juga teringat pernah menulis ayat ini, a happy woman is a beautiful woman. Ya, be happy always, bersederhana dalam segala hal, buangkan rasa tidak mahu kalah dan ukur baju di badan sendiri.

Jadilah diri anda sendiri, bercantik-cantik untuk diri sendiri, be your own kind of beautiful, jangan cantik untuk orang lain, percaya pada diri sendiri dan yakin ketika berhadapan dengan orang ramai.

Elak perkara yang boleh membuat diri tidak gembira seperti mengurangkan keinginan untuk memiliki apa yang tidak boleh dicapai. Elak berbandingkan diri dengan orang lain terutama mereka yang jauh lebih berada dan berjaya daripada anda.

Dengan ini anda akan rasa lebih tenang, bahagia dan cantik selalu.

Sepatah kata Coco Chanel, ‘‘Beauty begins the moment you decide to be yourself.” - Getaran, 27 Februari 2021

Wirda Adnan adalah Pengasas dan Ketua Pengarang majalah atas talian majalahwm.com Beliau juga merupakan bekas pengarang majalah Wanita selain pernah menjadi Pengarang Urusan untuk majalah-majalah urban terulung Bahasa Melayu seperti EH!, GLAM, dan GLAM LELAKI.

Isu Pada

Syahir Rosdi

27 Feb 2021

Berita Berkaitan

1

TARA 6 bulan yang lalu

Nak Cantik Tak Semestinya Mahal, Dapatkan Rundingan Terlebih Dahulu

2

Selebriti 11 bulan yang lalu

Sertai Peraduan Vogue Challenge, Norish Karman Minta Haneesya Hanee Kurangkan Berat Badan

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Datuk Seri Vida Akui Pernah Bayar RM33,000 Untuk Potong Usus Tetapi Tak Jadi Buat Sebab Takut

4

Politik 1 tahun yang lalu

Penduduk Berbeza Pendapat Kemampuan Rina Untuk Menang Di Sepang

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Kolum 6 jam yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan