Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


NASOM Perkenalkan Inisiatif ‘Give Back Friday’ Bantu Golongan Terkesan

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2021 7:35AM

Zuairiyah sedang menyiapkan pek barangan keperluan asas melalui inisiatif Give Back Friday untuk diagihkan kepada keluarga yang terjejas akibat PKP.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Pengagihan barangan keperluan asas melalui program Give Back Friday diperkenalkan Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) Cawangan Kuantan sejak April lalu, berjaya membantu ramai keluarga yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

 Walaupun inisiatif itu baru saja dimulakan, namun ia mendapat sokongan dan sumbangan daripada pelbagai pihak yang ingin turut serta menghulurkan sumbangan.

 Jika sebelum ini, NASOM lebih menumpukan kepada pengagihan pek makanan siap dimasak kepada golongan memerlukan, namun inisiatif Give Back Friday yang menumpukan kepada pengagihan barangan keperluan asas nyata memberi lebih manfaat.

Sukarelawan NASOM sedang menyusun pek barangan keperluan asas melalui inisiatif Give Back Friday untuk diagihkan kepada keluarga terjejas akibat COVID-19.
Sukarelawan NASOM sedang menyusun pek barangan keperluan asas melalui inisiatif Give Back Friday untuk diagihkan kepada keluarga terjejas akibat COVID-19.

Penasihat NASOM Kuantan, Zuairiyah Mohd Noor berkata, pengagihan barangan keperluan asas dilihat lebih praktikal berbanding pek makanan yang diagihkan sebelum ini.

“Kalau kita berikan pek makanan, mungkin seorang dua sahaja dari ahli keluarga yang dapat, tapi melalui bantuan barangan keperluan asas, mereka boleh masak sendiri dan makan bersama semua ahli keluarga.

“Jadi, dari situ kami fikir adalah lebih bagus jika kita beri bantuan barangan dan sejak wabak (pandemik) COVID-19 melanda negara kita, memang banyak keluarga terjejas sumber pendapatan dan kehilangan pekerjaan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Zuairiyah berkata, seramai 16 guru yang terbabit secara aktif dalam NASOM Give Back Friday bertanggungjawab membeli, membungkus dan menghantar sendiri barangan keperluan asas kepada keluarga memerlukan di sekitar bandar raya Kuantan, Temerloh dan Pekan.

Katanya, setiap pek barangan keperluan asas bernilai RM120 itu disediakan menggunakan dana sendiri pada peringkat awalnya, sebelum turut mendapat sumbangan daripada pelbagai pihak.

Antara barangan keperluan asas melalui inisiatif Give Back Friday diusahakan NASOM Kuantan.
Antara barangan keperluan asas melalui inisiatif Give Back Friday diusahakan NASOM Kuantan.

“Biasanya sepanjang minggu kami akan kenal pasti terlebih dahulu senarai nama penerima sebelum membeli barangan keperluan asas. Jadi, kami pastikan semua barangan dibungkus selewat-lewatnya hari Khamis supaya ia dapat disampaikan kepada penerima pada hari Jumaat.

“Setiap kali penghantaran pek barangan itu dilakukan, kita akan simpan rekod penerima bagi memastikan proses pengagihan bantuan tambahan lebih mudah diselaraskan selepas itu,” katanya.

Beliau turut mengakui menerima kerjasama baik daripada pemborong barangan keperluan asas yang sanggup menawarkan diskaun jauh lebih murah kepada NASOM bagi menjayakan inisiatif Give Back Friday ini.

Orang ramai yang ingin menyumbang kepada inisiatif Give Back Friday diperkenalkan NASOM Cawangan Kuantan boleh menghubungi talian 09-5671070 bagi mendapatkan maklumat lanjut. - Getaran, 4 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Tiada Kegiatan Hidupkan Semula Ajaran Ayah Pin Dikesan Di Pahang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Maut Lori Bertembung

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Lori Balak Maut Digilis Jentera Berat

4

Semasa 1 bulan yang lalu

701 Termasuk 22 Wanita Ditahan Atas Kesalahan Berkaitan Dadah

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 1 hari yang lalu

Sekolah, PIBG Kerjasama Wujudkan Tandas Pintar Bagi Keselesaan Murid