Berita Terkini

1 jam yang lalu: Proton umum X90 kenderaan tenaga baharu pertamanya 1 jam yang lalu: Wanita warga emas maut, suami dirawat di ICU selepas makan ikan buntal 1 jam yang lalu: Jumlah import Sarawak meningkat 45.5 peratus kepada RM34.29 bilion pada 2022 - MITI 1 jam yang lalu: Cadangan wajibkan tingkatan enam beri kesan kepada kemasukan ke matrikulasi, IPT 1 jam yang lalu: Chang sertai lawatan PM ke China, intai peluang pelaburan berkaitan sains, teknologi, inovasi

IKUTI KAMI


Hilang Isteri Secara Mendadak, Bapa Tabah Besarkan 6 Anak Kecil

Kisah Kita Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2021 7:35AM

Kisah Nazri pernah tular hingga mendapat perhatian Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KEPALA BATAS - Bukan mudah membesarkan enam anak kecil tanpa kehadiran seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu. 

Namun, itulah hakikat yang terpaksa ditempuh Nazri Ahmad, 39, selepas Allahyarhamah isterinya, Natasha Mik’yal Abdul Wahab, 38, meninggal dunia secara mengejut pada 6 Februari lalu akibat serangan asma.

Kisah Nazri yang membesarkan enam anaknya yang berumur antara 12 hingga tiga tahun itu pernah tular di media sosial pada Mac lalu, sehingga mendapat perhatian Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Nazri (kiri) bersama isteri Natasha Mik’yal Abdul Wahab dan anak-anak.
Nazri (kiri) bersama isteri Natasha Mik’yal Abdul Wahab dan anak-anak.

Nazri ketika ditemui Getaran di kediaman kakaknya di Lahar Minyak, di sini, berkata, beliau bersyukur apabila Allahyarhamah isterinya sempat mendidik setiap anak dengan tugasan di rumah, bagi mengajar mereka erti berdikari sejak kecil.

“Saya dan isteri adalah anak yatim piatu, jadi kami mahu anak-anak kami berdikari dan membiasakan diri dengan kerja-kerja di rumah.

“Sebagai contoh, hal berkaitan pakaian akan diuruskan dua anak lelaki saya, manakala anak perempuan sulung saya akan bertindak sebagai ketua yang membantu menguruskan semua urusan kediaman,” kata anak kelahiran Pulau Pinang ini.

Nazri berkata, sebagai seorang bapa, beliau akui adakalanya tewas dalam hal berkaitan emosi, terutamanya apabila anak-anak meluahkan rasa rindu kepada ibu mereka.

Katanya, Natasha meninggal dunia ketika anak bongsunya masih menyusu badan dan perkara itu sedikit sebanyak menduga dirinya sebagai seorang lelaki, disamping turut mengajar erti sabar dan ketabahan.

“Sebagai seorang lelaki, apabila hal berkaitan kudrat dan wang ringgit, saya kuat dan saya tahu mampu hadapinya. Tetapi saya tewas dengan emosi,” katanya, sebak.

Nazri turut menyifatkan Allahyarhamah isterinya itu bukan sekadar pasangan hidup, malah sahabat sejati dan tulang belakang dalam mengusahakan perniagaan perkhidmatan The Kalut Runner (TKR) sejak 2017.

Nazri mencari rezeki dengan mengushakan perniagaan ‘personal shopper’.
Nazri mencari rezeki dengan mengushakan perniagaan ‘personal shopper’.

Beliau berkata, Natasha yang bekerja secara sambilan sebagai pengurus kandungan media sosial sering membantunya apabila berkelapangan, dan perniagaan perkhidmatan itu mula rancak selepas mereka sekeluarga berpindah ke Shah Alam, Selangor tahun lalu.

Malah, katanya, malam sebelum pemergian Natasha, dia dan Allahyarhamah isterinya itu sempat menyiapkan tempahan barangan yang dibeli di Ikea, Cheras, sesuai dengan tugas sebagai personal shopper ketika itu.

“Ikea Cheras adalah kenangan terakhir kami. Sehingga kini, kalau ada tugasan pembelian di gedung itu, saya akan segera siapkan dan enggan berlama di situ,” katanya.

TKR, kata Nazri, adalah sebahagian daripada saksi jatuh bangun kehidupan mereka selama 13 tahun melayari bahtera sebagai suami isteri, dan beliau bersyukur apabila perniagaannya itu semakin mendapat perhatian ekoran arahan perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Bukan mudah meneruskan hidup tanpa isteri tercinta tetapi saya tidak akan sesekali menyerah kalah.

“Seperti mana saya berjuang keseorangan, anak-anak turut berjuang tanpa seorang ibu di sisi,” katanya.

TKR yang mengendalikan pelbagai segmen penghantaran di sekitar Lembah Klang boleh dihubungi di talian 019-4799099. - Getaran, 20 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Penduduk Dapat Perkhidmatan Terbaik Jika Lebih Banyak PBT Di Pulau Pinang

2

Kisah Kita 1 bulan yang lalu

Tukang Kasut Tabah Urus 4 Anak Sendirian

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Ratusan Ribu Orang Termasuk Pelancong Asing Rai Thaipusam Di Pulau Pinang

4

Muzik 2 bulan yang lalu

Konsert Pradeep Kumar Di Pulau Pinang Sabtu Ini

Sorotan

1

Kementerian, Jabatan Diminta Anjur Majlis Ilmu Untuk Hidupkan Bulan Ramadan - Anwar

2

SPRM Nafi 2 Pegawainya Dalang Isu Rasuah Libatkan Syarikat Korporat

3

Tempoh Reman Penyerang Kamal Adli Dilanjutkan Seminggu Lagi