Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ru'RASA 'Hadiah' Paling Mahal, Beri Kelegaan Kepada Mangsa Banjir

Kisah Kita Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2024 12:08PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PEKAN - Setiap kali mendung dan hujan lebat, hatinya pasti berdebar kerana rumah kayu yang didiami sejak 2007 di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Desa Al-Ayubi di Kampung Temai Hulu, sering dilanda banjir akibat limpahan Sungai Pahang yang terletak berhampiran kampung itu.

Keadaan yang berlarutan sejak berbelas tahun itu menyebabkan Zainumar Abu Bakar, 43, tidak lena tidur malam terutama pada musim tengkujuh, ekoran bimbang jika satu-satunya tempat berteduh itu dihanyutkan bah tanpa disedari.

Namun, nasib suri rumah itu mula berubah sejak Febuari tahun lalu apabila beliau dan 11 lagi keluarga di PPRT berkenaan menerima hadiah paling bermakna kurniaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di bawah proram Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru'RASA) iaitu sebuah rumah batu bernilai RM100,000.

Rumah yang dibina di kampung berkenaan hasil inisiatif Seri Paduka sendiri bersama Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan yang menyediakan perumahan yang selesa dengan ciri-ciri keselamatan dalam menangani musibah banjir, di beberapa daerah di negeri Pahang, terutama di kawasan sering dilanda banjir.

"Syukur dan lega kerana tahun ini tiada lagi episod ke pusat pemindahan sementara (PPS). Rumah sebelum ini memang sering dinaiki air, malah pernah sehingga ke paras pinggang, selain pernah berdepan 'banjir termenung' yang menyebabkan kami bermalam selama dua minggu di PPS.

"Saya juga takkan lupa pengalaman apabila sekolah yang menjadi PPS tempat kami berteduh turut dilanda banjir sehingga pasukan penyelamat terpaksa memindahkan kami sekali lagi. 

"Pernah juga berulang-alik ke PPS tiga kali dalam dalam satu musim tengkujuh kerana banjir berulang," katanya semasa ditemui BERNAMA, baru-baru ini.

Walaupun kerap dilanda banjir Zainumar, 43, berkata, beliau tidak pernah terfikir untuk berpindah atau membina kediaman lebih tinggi disebabkan kurang mampu memandangkan suaminya Abdul Maulut Musa, 43, hanya bekerja kampung dengan pendapatan harian.

Seorang lagi penerima Mariani Musa, 56, berkata, kurniaan rumah pada usia ini sangat bermakna kerana tidak lagi perlu bertungkus lumus memerah keringat mengemas barang setiap kali air sungai mula melimpah.

"Hendak beli rumah baru memang tidak pernah terlintas kerana ansuran bulanannya. Hendak dibina sendiri, di tanah mana pula boleh menumpang? Jika tiada rumah ini, memang akan terus tinggal di sana (rumah lama) dan hadap banjir selalu.

"Apabila semakin tua semakin penat rasanya hendak mengemas barang, membersihkan rumah selepas banjir. Walaupun dibantu anak- anak, namun terasa juga lelah jika setahun sampai beberapa kali perlu berpindah," katanya.

Mariani yang meniaga barangan runcit secara kecil-kecilan bagi menampung pendapatan suami Ahmad Ab Hamid, 66, yang bekerja sendiri berkata, beliau pernah mengalami kerugian besar apabila tidak sempat memindahkan barangan jualannya kerana air naik terlalu cepat.

Mariani juga bersyukur kerana masih 'ada rezeki' untuk terus berjiran dengan semua penduduk di PPRT Desa Al-Ayubi kerana beliau merasakan sudah 'serasi' dengan kejiranan itu, dengan sikap saling mengambil berat dalam kalangan mereka yang begitu kuat.

"Semuanya saling kenal. Bukan hanya ibu bapa, tapi sampai ke anak cucu kami tahu. Apa-apa berlaku senang untuk saya minta bantuan dan kami juga sudah 'masak' dengan sikap semua. Seronok jika kita dapat tinggal di persekitaran yang kita selesa.

"Kalau ada rezeki, saya harap dapat berjumpa dengan Tuanku Agong (Al-Sultan Abdullah) sebab mahu menjunjung kasih kerana Seri Paduka prihatin dengan nasib kami di sini dan rumah ini merupakan hadiah tidak ternilai dan paling bermakna yang pernah saya terima dalam hidup." katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Masjid, Surau Diminta Adakan Solat Hajat Doakan Keselamatan Mangsa Banjir

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Bengkel Tawar Baik Pulih Kereta Terjejas Banjir Secara Percuma

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Mangsa Banjir Di Terengganu Meningkat, PPS Dibuka Di Kemaman

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat