web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mangsa Banjir Di Terengganu Meningkat, PPS Dibuka Di Kemaman

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2022 9:26AM

Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 599 orang daripada 154 keluarga setakat 8 pagi ini. - Gambar hiasan oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 599 orang daripada 154 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 308 orang daripada 85 keluarga, malam semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu dalam kenyataan pagi ini memaklumkan Kemaman menjadi daerah baharu dilanda bencana alam itu dengan tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam tadi.

“Di Kemaman PPS yang telah dibuka adalah Dewan Abdul Rahman Limbong menempatkan 235 mangsa daripada 51 keluarga; Sekolah Kebangsaan (SK) Kemasik seramai 28 mangsa daripada sembilan keluarga; manakala SK Kampung Baru Kerteh seramai 21 mangsa daripada lapan keluarga,” menurut kenyataan itu.

Di Kuala Nerus pula 133 mangsa daripada 33 keluarga ditempatkan di SK Tok Jembal dan 76 mangsa (19 keluarga) kini berada di SK Bukit Nanas manakala di Kuala Terengganu 44 mangsa (14 keluarga) ditempatkan di SK Atas Tol manakala 16 mangsa (enam keluarga) di SK Chendering.

Tiga PPS masih beroperasi di Setiu iaitu SK Kampung Seri Kasar menempatkan 25 mangsa (tujuh keluarga); Balairaya Kampung Bukit Nenas dengan 13 mangsa (empat keluarga) dan Surau Mak Bakas seramai lapan mangsa (tiga keluarga).

Sementara itu di Pahang, hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan lima daerah dilanda banjir dengan lapan PPS dibuka bagi menempatkan 537 mangsa daripada 160 keluarga setakat 8 pagi. 

Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang memaklumkan daerah Temerloh mencatatkan bilangan mangsa tertinggi dipindahkan ke PPS iaitu seramai 380 orang diikuti Lipis (79 orang), Jerantut (34 orang), Bera (25 orang) dan Raub (19 orang). 

Selain itu, dua sungai di Pahang turut melepasi amaran bahaya iaitu Sungai Lipis di Batu Malim, Raub dan Sungai Triang, Bera. 

Ramalan cuaca menjangkakan hujan pada sebelah petang di Kuantan, Pekan, Jerantut dan Rompin manakala ribut petir akan melanda beberapa kawasan di Temerloh, Maran, Raub, Cameron Highlands, Bentong dan Bera. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 4 hari yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Maut Di Pelantar Minyak: ‘Hanya Allah Yang Tahu Perasaan Saya Ketika Ini’ - Isteri Mangsa

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Di Pelantar Minyak: PETRONAS Sahkan 3 Maut

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 16 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 9 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad