web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bengkel Tawar Baik Pulih Kereta Terjejas Banjir Secara Percuma

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2023 9:07AM

Pemilik bengkel berkata beliau tergerak untuk menghulurkan bantuan itu, apabila melihat banjir kali ini yang disifatkan antara yang terburuk pernah berlaku - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLUANG - Sebuah bengkel kereta DRS Auto di daerah ini menawarkan perkhidmatan membaik pulih kereta yang terjejas banjir secara percuma, bagi membantu mangsa yang terkesan bencana itu.

Pemiliknya Mohammad Naim Yacob, 38, berkata beliau mengambil inisiatif itu, kerana memahami beban mangsa yang terpaksa menanggung kerugian akibat musnah harta benda dan sebagainya, akibat bencana itu.

Beliau berkata beliau tergerak untuk menghulurkan bantuan itu, apabila melihat banjir kali ini yang disifatkan antara yang terburuk pernah berlaku.

“Saya nak bantu mana-mana kereta yang terkesan akibat banjir, saya akan membantu secara percuma dan semampu yang saya boleh buat, yang penting sampai kereta boleh dihidupkan dan pemilik boleh guna.

“Kalau boleh mana-mana kereta yang dah tenggelam banjir, saya harap jangan hidupkan dulu, telefon saya dan saya akan datang ke tempat mangsa dan baiki sehingga enjin dia hidup semula,” katanya ketika ditemui di bengkelnya, di sini, hari ini.

Bapa kepada tiga orang anak itu, kini telah menerima sebanyak tiga kereta yang dimasuki air banjir.

“Saya anggarkan boleh baiki anggaran 10 kereta satu hari, bergantung pada masa dan jenis kerosakan.  

“Antara perkhidmatan yang kita boleh buat pada kereta yang dah kena banjir ni kita cuci dan ganti minyak hitam, tembak angin untuk keluarkan minyak dan ganti penapis angin,” katanya yang mana kos sebenar menelan kira-kira RM200.

Dia yang telah mempunyai bengkel kereta selama 15 tahun itu juga, bercadang mengajak beberapa teman lain yang mempunyai bengkel atau kemahiran membaiki untuk turut serta ke Chaah, Segamat, memandangkan kawasan itu terjejas teruk.

“Dari segi pengangkutan, kita takkan kenakan apa-apa. Seikhlas hati dan percuma,” katanya.

Sebelum ini, tular mesej Whatsapp Mohammad Naim yang menawarkan perkhidmatan percuma itu kepada warga Kluang yang terjejas banjir. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Malang Memang Tidak Berbau

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kalau Boleh Bersabarlah, Semua Orang Nak Cepat

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

'Lesen Terbang' Ke Ni

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek