web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ayam Ratu Pekan Jadi Rebutan, Boleh Cecah RM8,000 Seekor

Kisah Kita Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2021 8:05AM

Samsul Azwan memberi makan ayam-ayam ratu di rumah kebunnya di Kampung Permatang Pasir, Pekan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PEKAN -  Bila disebut mengenai ayam ratu, mungkin ramai belum mengetahui mengenai kewujudan sejenis baka ayam kampung dijadikan model dalam pertandingan ayam hiasan yang sangat terkenal di selatan Thailand. 

Fenomena ayam ratu walaupun tidak sehebat kegilaan rakyat terhadap ayam serama dan ayam laga, namun tetap mempunyai kelompok peminat tersendiri. 

Bukan sahaja mula mempengaruhi sebahagian penduduk di Pantai Timur Semenanjung sekitar tahun 2014, ayam ratu turut mempunyai peminat dari Utara Semenanjung, Melaka, Sabah dan Sarawak, selain turut digemari pengumpul haiwan hiasan dari Asia Barat. 

Bagi Samsul Azwan Mohd Soaud, 41, beliau mula berminat dengan kecantikan bentuk ayam ratu kira-kira enam tahun lalu dan membelanjakan RM1,000 dengan membeli sepasang ayam ratu baka Leung Hang Khao (LHK) dari Thailand yang baharu berusia dua bulan. 

"Itu adalah pelaburan pertama saya selepas sekian lama mencari hobi yang sesuai dengan jiwa. 

"Sebelum ini, ada kawan mencadangkan untuk saya memelihara ayam serama, tapi bila saya buat kajian dan pembacaan, ayam serama bukanlah hobi yang sesuai untuk saya ketika itu. 

"Memang sejak kecil saya minat memelihara ayam, terutamanya ayam kampung. Ada satu hari ketika lepak bersama kawan-kawan, mereka ada sebut mengenai ayam ratu dan selepas itu saya mula mencari maklumat mengenainya dan kemudiannya timbul minat untuk cuba memiliki ayam ratu," katanya ketika ditemui di perkarangan rumah kebun miliknya di Kampung Permatang Pasir, dekat Pekan. 

Rumah kebun seluas 0.4 hektar itu kini memiliki kira-kira 400 ayam ratu pelbagai peringkat usia, membabitkan empat jenis baka iaitu LHK, Super Green, Kai Dang dan Thaothong Hang Khao (THK) yang semuanya berasal dari Thailand.

 Samsul Azwan bersama baka ayam ratu digelar Mambo
Samsul Azwan bersama baka ayam ratu digelar Mambo

Selepas hampir empat tahun mengusahakan rumah kebun itu, Samsul Azwan mengakui sangat berpuas hati kerana ia adalah hobi yang paling secocok dengan minatnya. 

"Komuniti peminat ayam ratu di Malaysia semakin berkembang dan jumlahnya bertambah setiap tahun. 

"Sebelum kedatangan COVID-19, boleh dikatakan hampir setiap bulan kami akan berkumpul dan menyertai pelbagai pertandingan di seluruh negara. 

"Saya sendiri pernah ke Thailand untuk melihat kaedah penganjuran pertandingan ayam ratu dan pengetahuan itu kami kongsi bersama dengan peminat ayam ratu tempatan," katanya yang bertugas di sebuah agensi kerajaan negeri Pahang. 

Samsul Azwan berkata, sejak kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020, banyak aktiviti membabitkan peminat ayam ratu terpaksa ditangguhkan dan ditunda. 

Bagaimanapun, bagi memastikan komuniti itu terus segar, beliau bersama rakannya menggunakan platform media sosial Facebook dengan mewujudkan akaun khas untuk peminat ayam ratu berkongsi perkembangan ayam ratu masing-masing. 

"Kami ada dua akaun Facebook yang dikhaskan untuk peminat dan pemilik ayam ratu. Kumpulan itu dinamakan 'Peminat Ayam Ratu Malaysia' yang kini mempunyai 16,000 ahli dan 'Ayam Baka Baik Malaysia' dengan 24,000 ahli. 

"Melalui kumpulan Facebook itu jugalah, ramai yang berhubung dengan saya dan menempah baka ayam ratu untuk koleksi mereka. 

"Pelanggan saya juga datang dari seluruh pelusuk negara dan dua minggu lalu, seorang peminat haiwan hiasan dari Kuwait menawarkan RM8,000 untuk seekor ayam ratu yang saya miliki," katanya. 

Ditanya mengenai latihan atau kursus pernah diikuti bagi menjaga ayam ratu miliknya, Samsul Azwan berkata, semuanya diperoleh melalui pengalaman dan tidak pernah mengikuti kursus secara formal. 

Beliau yang memiliki Diploma Kejuruteraan Am dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) Kuantan mengakui pada awalnya agak sukar menguruskan rumah kebun itu. 

"Jauh sangat bidang pengajian dan benda yang saya buat sekarang. Namun disebabkan minat, saya belajar perlahan-lahan dan sentiasa mencari bahan bacaan berkaitan cara menguruskan kebun atau ladang ternakan. 

"Saya juga bertuah kerana ayah sering memberikan khidmat nasihat percuma bagi memastikan semua urusan di rumah kebun ini sentiasa dalam keadaan terurus," katanya. 

Menurutnya, permintaan menggalakkan terhadap ayam ratu terutama di pantai timur membuka peluang kepadanya terbabit dalam industri menghasilkan telur, benih dan ayam dewasa sejak lebih dua tahun lalu dan sehingga kini, ramai peminat ayam ratu menghubunginya untuk mendapatkan baka ayam ratu yang terbaik. 

Katanya, baka ayam ratu terpilih mampu dijual pada harga bermula RM300 dan ada peminat ayam ratu dari Thailand turut mendapatkan baka dari rumah kebun diusahakannya. – Getaran, 22 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

2

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin