web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Yayasan Afdlin Shauki Bawa Keceriaan Musim Perayaan Kepada Penghuni Rumah Pangsa

Kisah Kita Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2022 6:21PM

Afdlin (dua kanan) bersama Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil mengagihkan paket bantuan kepada penduduk Rumah Pangsa Air Panas. - Gambar oleh Anne Abdul dan Marcella Biddulph

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yayasan Afdlin Shauki dan Yayasan Vinod Sekhar membantu golongan yang kurang bernasib baik meraikan Tahun Baharu Cina dalam acara sederhana namun sangat bermakna yang diadakan semalam.

Pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki melawat rumah pangsa Air Panas di Setapak bersama dengan pasukannya yang membawa bersama 150 paket makanan dan bekalan yang diagihkan kepada semua penduduk.

“Penerima paket bantuan, yang mengandungi barang makanan seperti nasi dan limau mandarin, kebanyakannya datang daripada komuniti Cina.  

“Kami juga berkongsi bekalan tersebut dengan warga emas yang tinggal di kawasan ini,” kata ketua pegawai PETRA Vision Works itu, menambah yang beliau juga menyampaikan paket angpau kepada para penduduk.

Selaras dengan semangat “Keluarga Malaysia” di mana tiada siapa pun tercicir, lagi-lagi dalam musim perayaan ini, usaha amal jariah ini bertujuan untuk membantu golongan kurang bernasib baik di kawasan perumahan kos rendah.  

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, juga hadir memeriahkan suasana.

“Saya menjemputnya hadir dan dia dengan berbesar hati turut serta dalam acara hari ini, lebih-lebih lagi wajah beliau dikenali di kawasan Air Panas ketika bertugas di bawah kawasan pilihan raya Setiawangsa sebelum berpindah ke Lembah Pantai,” kata Afdlin.

Afdlin menambah Fahmi gembira kerana berpeluang bertemu dengan beberapa rakan lama di kawasan itu.

Beliau juga amat berterima kasih bukan sahaja kepada Fahmi tetapi juga kepada Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRA Datuk Dr Vinod Sekhar.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Vinod kerana memberi sumbangan kepada acara ini di mana kita membantu membawa keceriaan kepada penduduk komuniti ini,” kata Afdlin mengulas atas usaha kerjasama dalam menganjurkan dan menjayakan acara tersebut. - The Vibes, 30 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

'Ya, Saya Sudah Berkahwin Semula' - Afdlin Shauki

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Sedih Rakan Lama Sakit, Afdlin Doakan Vinod Segera Sembuh

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

‘High Council’: Macam Mana Boleh Bocor Dua Episod? Mungkin Strategi Pemasaran

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Wow! Giler Banyak Koleksi Barang Mainan Afdlin Shauki, Yang ‘Rare’ Pun Ada, Semua Dia Nak Jual 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat