web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pondok Omar Zabedah, Talian Hayat Golongan Memerlukan

Kisah Kita Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2021 2:54PM

Pondok Sedekah Omar Zabedah terletak di hadapan villa Omar Ali di Kampung Baru.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR : Pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak setahun lalu menyaksikan sejumlah besar rakyat kehilangan sumber pendapatan.

Kesan pandemik ini masih dirasai walaupun selepas sektor ekonomi beroperasi semula seperti biasa.

Untuk golongan yang memiliki banyak tanggungan termasuk komitmen bulanan, beban kewangan itu pastinya berat untuk dihadapi, apatah lagi apabila memikirkan keluarga dan insan tersayang di rumah.

Rentetan kesusahan, ramai yang mencari jalan singkat dengan membuat pinjaman dari institusi kewangan tidak berlesen atau Ah Long, manakala sebahagian besar lagi berdepan tekanan psikologi seperti kemurungan.

Menyedari semua kepayahan itu, Azizah Omar, 56 mengambil inisiatif mewujudkan sebuah pondok sedekah, bagi membantu golongan memerlukan.

Azizah Omar
Azizah Omar

Wanita berhati mulia yang juga pemilik rangkaian butik Omar Ali itu berkata, pondok terbabit, dikenali sebagai Pondok Sedekah Omar Zabedah dilengkapi dengan pelbagai barangan keperluan asas, khusus untuk golongan terbabit.

Menurut beliau, pelbagai berita mengenai kepayahan rakyat mendorongnya untuk turut sama berkongsi rezeki, bagi meringankan beban mereka.

“Saya amat terkesan apabila mendapat tahu ada yang terpaksa mengehadkan jumlah makanan di rumah dan mencatu perbelanjaan, semata-mata untuk memastikan kelangsungan keluarga.

“Belum lagi mereka yang terpaksa mengemis bantuan ramai demi sesuap nasi, apabila gagal mencari pekerjaan sesuai selepas diberhentikan,” katanya kepada Getaran ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Saling berbahagi rezeki, Azizah turut mengalu-alukan orang ramai menyumbang pelbagai barangan keperluan asas, untuk diletakkan di pondok berkenaan.

Pondok sedekah ini terbuka untuk sesiapa sahaja yang memerlukan tanpa mengira agama atau bangsa.
Pondok sedekah ini terbuka untuk sesiapa sahaja yang memerlukan tanpa mengira agama atau bangsa.

Terletak di hadapan villa Omar Ali di Kampung Baru di sini, projek berkenaan jelas Azizah, adalah manifestasi cinta mendalam kepada kedua ibu bapa yang sudah lama meninggal dunia.

“Nama Omar Zabedah adalah nama mereka, dan buat saya, pondok ini satu penghormatan buat kedua ibu ayah, yang sekian lama mendidik saya dengan pelbagai nilai murni.

“Niat saya, segala kebaikan yang terhasil dari Pondok Sedekah Omar Zabedah ini, biarlah pahalanya mengalir seperti sungai untuk mereka,” katanya.

Usahawan gigih itu menarik perhatian, kedua ibu-bapanya tidak pernah gagal membantu golongan memerlukan sepanjang hayat mereka, justeru usaha murni berkenaan akan diteruskan selagi terdaya.

"Kedua orang tua saya dulu juga suka membantu mereka yang dalam kesusahan, jadi saya bertekad meneruskan amal ini dengan harapan, semua pahala itu mengalir untuk mereka di alam sana,” katanya sebak.

Pondok Sedekah Omar Zabedah baru-baru ini tular di Twitter, apabila dimuat naik anak perempuan Azizah, yang mengajak orang ramai menguar-uarkan berita itu, supaya dapat disampaikan kepada golongan memerlukan.

Mengulas lanjut Azizah berkata, idea menggerakkan projek itu terlahir selepas menjalankan sesi temuduga calon pekerja syarikatnya.

“Dalam satu sesi, ada seorang calon diberhentikan kerja kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), walaupun sebelum ini menerima gaji yang agak lumayan iaitu sekitar RM5,000 sebulan.

Pondok Sedekah Omar Zabedah dilengkapi dengan pelbagai barangan keperluan asas.
Pondok Sedekah Omar Zabedah dilengkapi dengan pelbagai barangan keperluan asas.

“Bayangkan bagaimana beliau mahu menyara keluarga apabila pendapatannya terputus tiba-tiba, ditambah dengan komitmen bulanan yang masih perlu dijelaskan tanpa mengira kesukaran dilalui,” katanya.

Senario itu jelas beliau, menguatkan keinginannya untuk menubuhkan pondok berkenaan pada kadar segera.

"Pondok sedekah ini terletak di hadapan Omar Ali Villa, Kampung Baru, dan terbuka untuk sesiapa sahaja yang memerlukan.

“Datanglah, tiada tapisan akan dibuat tanpa mengira agama atau bangsa. Selama mana mereka memerlukan, datanglah ke sini,” katanya.

Azizah memberitahu, pihaknya juga sedang merancang untuk meletak beberapa jenis susu formula bayi, memandangkan ada di kalangan golongan memerlukan itu sukar mendapatkan bahan berkenaan kerana harga yang agak tinggi.

“Ramai yang tak mampu sediakan susu formula bayi sekarang kerana harganya yang mahal, dan kita akan bantu setakat mana termampu,” katanya. - Getaran, 8 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

YSIJ Hulur 1,000 Bakul Makanan, Baiki Rumah Mangsa Banjir Di Batu Pahat

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tekanan Antarabangsa Meningkat Paksa Israel Buka Laluan Ke Gaza

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Majlis Kewangan Negara Setuju Tambah Pemberian Kepada Kerajaan Negeri Tahun Ini

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

3

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

4

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

5

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

6

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi