Berita Terkini

7 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dr Foodpanda Gigih Berusaha, Tak Kisah Berlelah Demi Keluarga

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2021 7:37AM

Bukan calang-calang orang, Mohd Akmal seorang pemegang PhD dalam jurusan Bioteknologi Farmaseutikal.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GAMBANG - Jangan sesekali menilai buku berpandukan kepada kulit, kerana kebenaran yang bakal disingkap seringkali melebihi apa dibayangkan.

Hakikat ini dibuktikan dengan begitu tepat oleh Mohd Akmal Azhar, 36, yang bukan hanya memiliki semangat sekeras waja, tetapi turut bersulam segunung keazaman.

Berbekal kasih sayang dan sokongan padu keluarga tercinta, penghantar makanan Foodpanda ini menarik perhatian sekelip mata, apabila kisahnya menggenggam ijazah Doktor Falsafah (PhD) tular di media.

Memilih jurusan Bioteknologi Farmaseutikal, kursus itu sememangnya bukan calang-calang dan menuntut fokus yang amat tinggi.

Pernah berkhidmat sebagai pensyarah selama enam tahun di Universiti Pahang (UMP) di sini, bapa lima anak itu terpaksa menjadikan Foodpanda sebagai sumber pendapatan apabila kontraknya tidak disambung UMP pada tahun 2017.

Menurut beliau, keputusan menyambung pengajian ke peringkat PhD diambil selepas UMP menawarkan pembiayaan selama tiga tahun bagi menyiapkan tesis PhD berkenaan.

“Memandangkan UMP hanya menawarkan pembiayaan untuk tiga tahun (pengajian) sahaja, saya perlu mencari sumber pendapatan sendiri apabila memasuki tahun keempat pengajian PhD.

“Dengan kepayahan untuk mencari kerja tetap dan kemudiannya datang pula COVID-19, jadi saya fikir, kerja sebagai penghantar makanan adalah yang paling mudah dimohon dan sejak tahun lalu, inilah rutin harian saya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Memiliki anak yang masih kecil, berusia antara dua hingga 10 tahun itu, Akmal mengakui jadual kerja sebagai penghantar makanan sangat mencabar, terutamanya ketika beliau perlu menyiapkan tesis PhD tersebut.

Isterinya pula bertugas sebagai guru di sebuah sekolah dekat pekan Jaya Gading, di sini.

Tesis Mohd Akmal
Tesis Mohd Akmal

“Kalau dulu, saya buat kerja ini dari pagi sampai petang sahaja, sebelah malam saya tumpu sepenuhnya terhadap tesis.

“Tapi sekarang (tesis) sudah siap, jadi saya ada banyak masa untuk buat kerja ini (penghantar makanan),” katanya lagi.

Ditanya mengenai peluang pekerjaan selepas tesis PhD siap, Mohd Akmal yang turut memiliki Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam bidang pengajian Bioteknologi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, setakat ini beliau masih belum menerima sebarang tawaran kerja tetap daripada mana-mana pihak.

“Memang UMP ada membiayai pengajian PhD saya untuk tiga tahun, tapi ketika itu tidak ada perjanjian antara saya dengan mereka (UMP), kalau saya siapkan PhD, tidak bermakna saya akan ditawarkan kerja di sana,” katanya.

Ketika diminta berkongsi pengalamannya sebagai penghantar makanan, Mohd Akmal berkata, beliau menghabiskan masa antara 10 hingga 12 jam sehari untuk menghantar pesanan pelanggan di sekitar bandar raya Kuantan.

Keluar rumah sekitar jam 9 pagi setiap hari, tugas menghantar makanan itu akan dilakukan seberapa banyak yang boleh, memandangkan jarak kediamannya dengan bandar raya itu mencecah 50 kilometer.

“Sekarang saya perlu kerja kuat sikitlah, isteri saya sedang sarat dan dijangka melahirkan anak keenam kami dalam masa dua minggu lagi.

“Saya akui kerja ini ada risiko tapi saya bersyukur, sekurang-kurangnya ada juga kerja untuk dijadikan sumber pendapatan,” katanya.

Beliau mengakui, sering berdepan pertanyaan pelanggan, antaranya mengapa memilih pekerjaan sebagai penghantar makanan, namun mereka akhirnya faham selepas diberitahu, tugas itu demi meneruskan kelangsungan hidup.

“Ini semua adalah untuk ‘survival’ dan ramai lagi ‘rider’ yang bukan calang-calang, ramai yang ada ijazah sarjana muda,” katanya.

Mohd Akmal turut berterima kasih kepada pelbagai pihak yang memberikan sokongan kepadanya selepas kisah mengenai pengorbanan dilakukan untuk kelangsungan hidup dan menjelaskan bahawa dia tidak pernah menyesal dengan langkah diambilnya itu.

“Kerja macam ini pun boleh bantu saya belajar benda baru, boleh belajar ‘soft skill’ apabila berdepan dengan kerenah pelanggan,” katanya.

Getaran difahamkan, kisah Mohd Akmal bukan sahaja mencuri perhatian orang kebanyakan, bahkan dia turut diundang menghadap Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang tertarik dengan semangat ditunjukkan pemuda berkenaan. - Getaran, 30 September 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 minggu yang lalu

Ungu, Ratu Rock Ella Bakal Bersatu Dalam Satu Konsert

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Tiada Kegiatan Hidupkan Semula Ajaran Ayah Pin Dikesan Di Pahang

3

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Maut Lori Bertembung

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Lori Balak Maut Digilis Jentera Berat

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 2 jam yang lalu

MH17 Dorong Dr Rabi’ah Adawiyah Sertai Forensik Pergigian