Berita Terkini

10 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Penulis Skrip Mampu Raih Pendapatan Lumayan

Meski negara dilanda pandemik COVID-19, pendapatan penulis skrip terkenal, Wan Mahani Wan Hassan tidak terjejas kerana sentiasa dicari syarikat produksi dan stesen televisyen untuk penghasilan projek-projek akan datang.

Karier Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2021 5:02PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penulis skrip, mungkin tidak ramai yang punya idea tentang kerjaya ini. Maklumlah, ia bukanlah kerjaya yang akan ‘disuakan’ oleh kebanyakan ibu bapa apabila berbicara tentang kerjaya pilihan dengan anak-anak. Bahkan, ada juga yang menganggap kerjaya di belakang tabir ini tidak menjamin masa hadapan. Mengapa begitu? Ini kerana kebiasaannya seorang penulis skrip bekerja sendiri, tidak terikat dengan mana-mana syarikat. 

Sesuai dengan perubahan masa, kerjaya sebagai penulis skrip seharusnya tidak dipandang sebelah mata. Ini kerana, jika anda benar-benar komited serta bijak menterjemah sebuah kisah untuk tatapan umum, penulisan skrip mampu meraih pendapatan lumayan 

Ingat, sebuah filem, telefilem mahupun drama tidak mungkin terhasil tanpa kehadiran seorang penulis skrip. Insan inilah yang merencanakan jalan cerita, lengkap dengan segala butiran yang diperlukan bagi menghidupkan jalan cerita.

Menurut penulis skrip tersohor, Wan Mahani Wan Hassan, 47, untuk menjadi seorang penulis skrip, seseorang itu perlu bersedia dari segi mental dan emosi. Selain itu perlu punya minat yang tinggi kerana tanggungjawab yang perlu digalas oleh seorang penulis skrip bukanlah enteng. Sebaliknya, memerlukan ketajaman pemikiran, peka dengan trend semasa serta bebas daripada genre penulisan orang lain.

“Saya tidak nafikan, penulisan skrip mendatangkan pendapatan yang cukup lumayan jika anda merupakan seorang penulis skrip yang bagus serta menjadi rebutan penerbit dan stesen televisyen. Bayaran untuk skrip sebuah telefilem adalah di antara RM4,000 ke RM6,000. Manakala untuk drama bersiri bayarannya di antara RM1,500 ke RM2,000 untuk satu episod. 

"Bagaimanapun, kadar ini bergantung kepada keberadaan anda dalam industri. Jika anda orang baru dan naskhah anda masih belum terbukti kehebatannya, bayarannya mungkin sedikit rendah. Jadi, congaklah sendiri berapa bayaran yang boleh diperolehi sekiranya ‘job’ yang diperolehi tidak pernah putus. Selain itu, saya juga mahu berkongsi bahawa sepanjang tempoh pandemik ini, pendapatan saya tidak terjejas kerana pihak produksi dan stesen televisyen masih mencari untuk penghasilan projek-projek akan datang.

"Tetapi, untuk menjadi seorang penulis skrip, anda kena ada minat yang mendalam, bersedia mental dan emosi kerana bebanan tugas nanti bukan sedikit. Lebih-lebih lagi jika anda perlu menulis untuk drama bersiri. Banyak rujukan yang perlu dilakukan, bukan hanya berimaginasi.

"Senang cerita, tanggungjawabnya berat. Mungkin ramai tidak tahu, seorang penulis skrip bukan sahaja menulis dialog, tetapi dia juga perlu mencipta suasana, menjelaskan ekspresi wajah serta props yang perlu ada untuk sesebuah adegan itu. Semua elemen ini harus bersatu dengan harmoni jika mahu naskhah yang dihasilkan meninggalkan kesan di hati penonton,” ujar Wan Mahani panjang lebar.

Drama Ayahanda hasil garapan Wan Mahani yang diadaptasi daripada novel berdasarkan kisah benar hasil tulisan Allahyarham Azizi Abdullah
Drama Ayahanda hasil garapan Wan Mahani yang diadaptasi daripada novel berdasarkan kisah benar hasil tulisan Allahyarham Azizi Abdullah

Dalam masa sama, penulis yang pernah dijulang sebagai Juara Anugerah Telenovela 2018 (Kategori Adaptasi Novel ke Telefilem) ini memberitahu seorang penulis skrip juga harus mendapat sokongan keluarga, terutamanya jika sudah berkeluarga. Ini kerana apabila seseorang penulis terikat dengan ‘deadline’, dia akan memberi fokus kepada naskhah terbabit tanpa mempedulikan hal-hal lain.

“Sokongan keluarga memang sangat-sangat diperlukan. Jika keluarga atau suami tidak beri sokongan padu, percayalah tugas penulisan skrip ini tidak akan berjaya. Saya bersyukur kerana baik suami mahupun anak-anak memahami serta menyokong minat saya dalam penulisan skrip. Jujurnya apabila saya mula bekerja untuk satu-satu projek, saya beri tumpuan sepenuhnya. Kerja-kerja rumah terpaksa saya lepaskan kepada suami. Anak-anak saya juga pandai bawa diri,” kongsi Wan Mahani lagi.

Drama yang menjadi bualan ramai sehingga ‘trending’ di media sosial ini juga diinspirasikan daripada kisah benar.
Drama yang menjadi bualan ramai sehingga ‘trending’ di media sosial ini juga diinspirasikan daripada kisah benar.

Setiap pekerjaan yang kita lakukan pasti ada cabaran atau kekangan yang harus dilalui, namun pasti tersisip keseronokan dan kepuasan kepada empunya diri. Bagi Wan Mahani, menulis skrip memberikan satu kepuasan yang cukup bermakna buat dirinya. Biarpun tidak mendapat perhatian seperti pengarah, namun dia puas apabila naskhahnya menjadi bualan ramai, sohor di media sosial, malah tercalon untuk anugerah berprestij.

“Sebelum menceburkan diri dalam penulisan skrip, saya dahulu merupakan penulis dan editor majalah biarpun mempunyai kelayakan akademik dalam pengkhususan filem. Apabila penulisan majalah tidak lagi memberi keseronokan dan kepuasan yang saya inginkan, saya cabar diri untuk lakukan sesuatu yang berbeza. Oleh kerana tidak boleh lari daripada penulisan, saya pilih penulisan skrip untuk berkarya dan syukur bidang ini memberi kepuasan yang saya impikan. 

"Setiap kali naskhah atau cerita saya menjadi bualan ramai seperti ‘Andainya Takdir’ dan ‘Ayahanda’ yang bersiaran baru-baru ini, saya cukup bangga dan mampu tersenyum puas. Hati lebih berbunga-bunga apabila ada pula yang berjaya mendapat pencalonan di beberapa anugerah hiburan tempatan. Biarlah tidak menang pun, tetapi pencapaian ini cukup manis untuk saya kenangkan sendiri.

"Segala susah-payah akhirnya membuahkan hasil dan yang paling penting sekali, kisah yang saya tulis meninggalkan kesan dan memberi teladan kepada penonton. Tidak kisahlah apa pun genre yang dipaparkan, namun setiap cerita pasti ada mesej yang diketengahkan", ujar Wan Mahani mengakhiri perbualan. - Getaran, 11 Ogos 2021

Antara skrip drama dan telefilem nukilan Wan Mahani

  1. 3 Mawar Dara - Telefilem, RTM, 2009
  2. Gulai Labu Ikan Masin -  Telefilem, RTM, 2009
  3. Obsesi Trauma – Telefilem, RTM, 2009
  4. Kerana Khilaf Itu – Telefilem, TV9, 2011
  5. Sudu & Garfu – Telefilem, TV3, 2011
  6. Mahligai Itu Milikku – Telefilem, TV9, 2011
  7. Bukan Takdir Aku – Telefilem, TV9, 2012
  8. Semontel Cinta Kita – Telefilem, TV9, 2012
  9. Ayah – Telefilem, Astro Oasis, 2012
  10. Setia Hujung Nyawa – Slot Akasia, TV3, 2012 
  11. Racun Ibu – Telefilem, TV3, 2013
  12. Nur Hikmah – Telefilem, Astro Oasis, 2013
  13. Ramadan Jangan Ambil Nyawaku – Telefilem, RTM, 2013
  14. Setia Hujung Nyawa Raya – Telefilem, TV3, 2013
  15. Dosa Seorang Suami – Slot Azalea, TV3, 2014
  16. Playboy Itu Suami Aku – Slot Akasia, TV3, 2014
  17. Kemaafan Terindah – Telefilem, TV3, 2014
  18. Tersuka Tanpa Sengaja – Astro Ria, 2015
  19. Bila Hujan – Telefilem, RTM, 2015
  20. Jangan Ambil Anakku – Telefilem, RTM, 2016
  21. Bila Tiba Saatnya – Telefilem, TV3, 2016
  22. Andainya Takdir – Slot Samarinda, TV3, 2017
  23. Encik Suami Mat Salih Celup – Slot Dahlia, TV3, 2017
  24. Andainya Takdir 2 – Slot Samarinda, TV3, 2018
  25. Bisu - Telefilem, TV3, 2019
  26. Dosa Semalam – Telefilem, TV3, 2020
  27. Batik Zakiah – Telefilem, TV3, 2020
  28. Salahkah Aku – Telefilem, Salam HD, 2020
  29. Mia Diyana – Telefilem, Salam HD, 2020
  30. Ayahanda – Slot Lestary, TV3, 2021

Kredit poster: TV3




 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 6 hari yang lalu

Nabila Huda Tetap Promosikan Pelangi Yang Hilang, Walaupun Kena ‘Scam’

2

Filem & TV 8 bulan yang lalu

Pengarah Telefilem Kesal Masih Belum Terima Imbuhan Dana RM200,000 Dimenangi Di ASA2022

3

Selebriti 10 bulan yang lalu

Kenapa Janna Nick Sanggup Seksa Diri Untuk Bersenam? Bukan Pasal lelaki Atau Nak Nampak Seksi, Tapi Ini Sebabnya…. 

4

Selebriti 11 bulan yang lalu

‘Belajar Bahasa Isyarat Ini Umpama Belajar Menari’ – Ismail Izzani Akui Seronok Apabila Dapat Belajar Ilmu Baharu 

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 30 minit yang lalu

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN