web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gamers Wanita Jana Pendapatan 5 Angka

Karier Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2021 5:16PM

Roslinda Embran atau MissRose Gaming - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu ketika dahulu, permainan video hanyalah satu kegiatan mengisi masa lapang bagi menghilangkan kebosanan, malah sering dianggap membuang masa dan tidak berfaedah.

Zaman bagaimanapun kian berubah, dan serentak dengan itu, stigma masyarakat terhadap aktiviti berkenaan turut bertukar.

Tiada siapa menyangka, hobi yang ada kalanya menelan masa sehari suntuk itu mampu menjana pulangan lumayan, malah melebihi pendapatan ditawarkan mana-mana syarikat.

Mereka bukan lagi sekadar menghabiskan masa dengan menyelesaikan misi atau fasa tertentu, sebaliknya turut berkomunikasi bersama penonton dan memberi maklum balas mengenai permainan berkenaan.

Dikenali sebagai streamer, kerjaya ini semakin popular di serata dunia, malah menghasilkan barisan pemain profesional termasuk yang berjaya bergelar jutawan.

Pencapaian cemerlang itu turut melayakkan mereka menerima tajaan syarikat pembangun permainan dan gergasi telekomunikasi.

MissRose Gaming sedang mengendalikan penstriman langsung PUBG.
MissRose Gaming sedang mengendalikan penstriman langsung PUBG.

Secara asasnya, Streamer adalah individu yang berperanan memberi komentar terhadap sesuatu permainan video dan mereka juga boleh menjadi pemain, sambil kemahiran mereka dipertontonkan kepada pihak lain menerusi media sosial atau siaran langsung di Internet.

Peluang kerjaya baru ini juga menjanjikan jumlah pendapatan bulanan sehingga lima angka, sekali gus membuka peluang untuk semua peminat tegar menjana pendapatan masing-masing.

Kerjaya ini kini tidak lagi dikuasai golongan lelaki semata-mata, malah turut melebarkan pengaruh dalam kalangan wanita, khususnya di negara barat.

Nama-nama streamer terkenal seperti LegendaryLea ,KittyPlays dan Kaceytron adalah golongan wanita yang terkenal dalam kerjaya sebagai Streamer permainan video.

Ada juga Streamer terdiri dari pelajar universiti dan pekerja tetap, yang akhirnya memilih untuk menceburi bidang ini sepenuh masa.

Bidang tersebut juga tidak lagi menjadi milik generasi muda semata-mata, malah dibarisi pelbagai lapisan masyarakat.

Roslinda Embran, ibu kepada enam anak tidak pernah menyangka  akan memperoleh pendapatan lima angka sebulan, menerusi PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) iaitu permainan tempur dalam talian.

Berperwatakan ceria serta menghiburkan, ganjaran lumayan itu adalah bonus buat suri rumah tersebut, walaupun sekadar duduk di rumah.

Lebih dikenali sebagai Lynda Embran, beliau pernah meraih sehingga RM18,000, sekali gus mengukuhkan niatnya untuk meneruskan kerjaya sebagai seorang Gamers.

Memiliki 703,000 pengikut di laman Facebooknya iaitu MissRose Gaming, Lynda adalah idola untuk anak muda yang meminati kerjaya ini.

Kesungguhan dan komitmennya tidak boleh dipertikaikan, malah beliau sentiasa bersungguh-sungguh setiap kali beraksi bersama penonton.

“Pertama kali menerima pendapatan sebanyak RM18,000, saya tidak pernah menyangka kerjaya yang asalnya hanya hobi ini kini menjadi rezeki buat kami sekeluarga,” katanya kepada Getaran.

Walau nampak menghiburkan, kerjaya itu tidak terlepas daripada cabaran dan dugaan tersendiri.

“Saya tidak terlepas daripada kata-kata kurang enak atau kecaman, namun ia tidak mematahkan semangat untuk terus bergiat dalam bidang ini.

“Kerjaya saya sebagai Gamers pernah dipertikaikan memandangkan saya wanita serta sudah mempunyai keluarga dan anak. Tetapi setiap kali ada yang mula bertanya, saya jawab mudah sahaja,  ini adalah pekerjaan dan kerjaya saya,” katanya.

Lynda berkata, pembabitannya dalam bidang itu bermula dari bawah dan kemahiran berkomunikasi adalah kriteria terpenting untuk memastikan seseorang mampu bertahan.

“Kalau tidak ada skill pun tak apa, asalkan boleh menghiburkan serta berinteraksi dengan penonton.

“Sebelum ini saya hanya pemain amatur,  kemudian bertukar menjadi sumber pendapatan selepas saya diminta untuk membuat siaran langsung di Facebook oleh abang ipar saya,” katanya lagi.

Selain Lynda yang cukup dikenali dengan MissRose Gaming, terdapat beberapa lagi Gamers wanita di Malaysia yang hebat beraksi, berpengaruh serta dikenali ramai antaranya Mimi Haney,  Ramona Azween Zaharuddin, Ashley Boay Mei Ying dan Aubrey Sarah Yong. - Getaran, 4 Ogos 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

2

Semasa 2 tahun yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kajian SSPA Ambil Kira Waktu Kerja Penjawat Awam Wanita - Anwar

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?