Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kenali Edin Komeng - Pengarah Filem Dan Drama Pendek Media Sosial

Menjadi pengarah dalam pembikinan filem atau drama pendek bukanlah mudah seperti yang disangka walaupun hanya untuk tayangan di platform media sosial.

Karier Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2022 9:10AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kemajuan platform media sosial pada zaman ini telah memberikan peluang kepada ramai individu membikin filem atau drama pendek mereka sendiri.

Sama ada melalui Facebook, Instagram, YouTube mahupun Tiktok, platform ini menjadi tempat untuk mereka berkarya seterusnya menjadikan ia sebuah kerjaya. 

Tambahan pula, menjadi pengarah dalam pembikinan filem atau drama pendek bukanlah mudah seperti yang disangka walaupun hanya untuk tayangan di platform media sosial. 

Ia bukan sahaja memerlukan kemahiran daya fikir yang tinggi, malah tanggungjawab yang dilaksanakan perlu diteliti dengan baik bagi mencipta isi kandungan video yang luar biasa seterusnya mendapat tarikan penonton. 

Getaran berpeluang menemu ramah salah seorang pengarah filem dan drama pendek media sosial yang bernama Muhammad Izzuddin Hamdi bin Mohamad Asri atau lebih dikenali dengan nama Edin Komeng di platform media sosial.

Dia merupakan pengasas kepada syarikatnya yang bernama Amboi Dot Com.

Bilakah Amboi Dot Com ditubuhkan dan berapa ramai ahli pasukan?

Saya mula membentuk organisasi Amboi Dot Com ini pada Februari 2017. Mula-mula pasukan saya tidaklah ramai kerana pada peringkat permulaan produksi saya ini bertukar-tukar ahli atas sebab yang tertentu.

Jadi sekarang Alhamdulilah, saya mempunyai 10 ahli pasukan yang bersama-sama membangunkan nama Amboi Dot Com malahan saya sudah anggap mereka seperti keluarga saya sendiri.

Mengapa pilih pekerjaan seperti ini dan memilih konsep video sedemikian?

Secara asasnya ia bermula daripada jiwa saya yang suka membuat video. Selain itu, ketika saya belajar di UiTM Shah Alam pun, kami sudah mempunyai beberapa tugasan untuk menghasilkan video yang menarik.

Jadi dari situ saya mula memasang niat untuk mempunyai sebuah empayar pembikinan video sendiri dan Amboi Dot Com nama diberi. 

Bercakap mengenai konsep video, saya akan pastikan setiap video perlu memberikan pesan dan manfaat dalam dunia hiburan.

Tambahan pula, penceritaan yang saya bawakan juga tidak semestinya dalam bentuk serius. Terdapat juga elemen lawak, sedih dan banyak lagi bagi menarik minat orang ramai untuk mengikuti video dan menjadikan ia sebagai teladan.

Antara karya yang saya anggap masterpiece ialah Dendam OKU, Drama Komeng dan banyak lagi

Siapakah idola dan mengapa?

Idola saya dalam dunia pembikinan filem atau drama ini ialah sutradara Rashid Sibir. Ini disebabkan konsep setiap cerita yang dibuat olehnya berjiwa rakyat dan berkisarkan realiti hidup orang kita.

Lagi satu sebab, sentuhan emosi dan nilai murni yang diterapkan sesuai dengan garapan jalan ceritanya. Pada saya setiap drama atau filem yang dihasilkan olehnya berkualiti dan tidak merapu. 

Cabaran yang tidak boleh dilupakan?

Bercakap mengenai cabaran, ya pada awalnya banyak yang perlu ditempuhi dan turun naik itu perkara biasa. Cabaran yang sering kali dialami ialah saya perlu memastikan duit cukup pada setiap bulan untuk membayar kos overhead

Saya tidak mahu menjadi majikan yang tidak membayar gaji kakitangan, menganiaya orang namanya tu. Pernah saya katakan pada diri saya selepas saya membuat keputusan untuk berhenti kerja di sebuah  agensi swasta dan membuka Amboi Dot Com ini, “Kalau dalam tempoh lima tahun aku tak boleh teruskan, aku akan tutup syarikat aku dan mula berkerja makan gaji semula.”

Alhamdulillah, setelah tahun ketiga syarikat ini ditubuhkan, saya dapat melihat perkembangan yang berjaya saya lakukan hari demi hari, sehingga kini.

Apakah matlamat yang ingin dicapai oleh Amboi Dot Com 10 tahun lagi?

Saya memasang impian untuk membuat filem layar lebar sendiri dan mempunyai rumah produksi yang besar seperti Dhar Mann Studios.

Dalam masa yang sama, saya ingin mencipta banyak lagi saluran video di bawah satu payung.

Malah sekarang juga, saya sudah mula menaikkan beberapa saluran baharu di bawah Amboi Dot Com menerusi platform media sosial untuk memperluaskan lagi empayar saya. - Getaran, 8 Mei 2022

Isu Pada

Sharifah Amani – Anak-Anak Kita, Masa Hadapan Kita

07 May 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Nurhaliza Tidak Halang Anak Ikut Jejak Langkahnya Jadi Penyanyi

2

Refleksi 1 tahun yang lalu

Golongan Melayu B40 Perlu ‘Fasih Mandarin’ Untuk Kerjaya!

3

Karier 1 tahun yang lalu

Kena Langgar 6 Kali, Tulang Terkeluar, Ubai Amir Dedah Cabaran Sebagai 'Stuntman'!

4

Karier 1 tahun yang lalu

“Ramai Tak Percaya Saya Doktor Gigi” – Dr Surendran

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 6 jam yang lalu

Tesla Turunkan Harga 2 Model EV Mulai Hari Ini