Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Berpanas, Kalis Makian, Kerja Penyelia Tapak Bukan Perkara Mudah!

Biarpun bidang tugas ini banyak didominasi kaum lelaki, namun Farahin memilih bidang yang mencabar ini dan tidak kisah berpanas mahupun berhujan di tapak pembinaan.

Karier Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2022 4:25PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika kita memandu di lebuh raya, sesekali kita akan melintasi tapak pembinaan tak kiralah tujuan pembangunan perumahan mahupun pembinaan lebuh raya. Namun, pernahkah anda terfikir, siapakah tulang belakang sesuatu projek pembinaan agar ia berjalan lancar?

Dalam artikel kali ini, kita akan berkenalan dengan seorang wanita, Nur Farahin Jamaluddin yang bekerja sebagai penyelia tapak dengan fokus persekitaran.

Biarpun bidang tugas ini banyak didominasi kaum lelaki, namun gadis kelahiran Sabah ini memilih bidang yang mencabar ini dan tidak kisah berpanas mahupun berhujan di tapak pembinaan.

Nur Farahin Jamaluddin
Nur Farahin Jamaluddin

Bila bermula? Ceritakan kisah anda mula menceburkan diri dalam bidang ini. 

Mempunyai ijazah dalam pengkhususan Kesihatan Persekitaran dari UniKL MESTECH, saya mengorak langkah pertama ke dalam dunia pembinaan bermula daripada latihan industri. 

Dalam banyak-banyak projek yang ada, siapa sangka saya bertanggungjawab membantu mengendalikan projek berkaitan lebuh raya.

Awalnya agak kekok namun saya anggap sahajalah ia sebagai perkara baharu untuk saya pelajari. Lama kelamaan ia jadi sangat menyeronokkan memandangkan saya belajar sesuatu yang berbeza di setiap tapak pembinaan.

Boleh cerita lebih lanjut bidang tugas pekerjaan anda?

Bertugas sebagai penyelia tapak persekitaran sebenarnya hampir sama sahaja dengan tugas penyelia tapak yang lain. Cuma, saya bertanggungjawab untuk fokus kepada kerja-kerja perlindungan terhadap alam sekitar termasuklah air, udara dan bunyi. 

Saya perlu memastikan kerja-kerja pembinaan sesuatu projek yang dijalankan mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar. 

Contohnya sekarang saya sedang mengendalikan sebuah projek tapak pembinaan yang berdekatan dengan sungai.

Saya perlu memastikan kerja-kerja yang dilakukan di dalam tapak tidak akan menjejaskan sungai berdekatan. Maka, air dari tapak pembinaan akan dilepaskan ke dalam tanah dan bukannya terus ke sungai.

Apakah cabaran yang paling besar sepanjang bertugas?

Cabaran paling besar yang pernah saya hadapi ialah jika terjadi sesuatu di luar kawalan seperti banjir di kawasan penduduk atau berlaku tumpahan minyak.

Sekiranya terjadi peristiwa sebegini, pasukan kecemasan akan digerakkan walaupun ketika itu sudah larut malam ataupun masing-masing sedang bercuti. Ia bergantung kepada tahap serius sesuatu keadaan.  

Ini kerana, jika lambat bertindak, ia akan memberikan kesan yang lebih buruk kepada penduduk yang tinggal di sekitar tapak pembinaan itu. 

Selain itu, ketahanan emosi juga merupakan cabaran yang perlu dititikberatkan. Bayangkan, jika berlaku banjir atau limpahan minyak, sudah tentu kitalah yang akan berhadapan dengan kemarahan penduduk.

Dalam keadaan itu, penting untuk kita mengawal emosi dan pada masa yang sama mengatur strategi untuk menangani keadaan ini.

Adakah yang berangapan ia pekerjaan yang dilakukan kaum lelaki, komen anda?

Memang selalunya tugas penyelia tapak pembinaan memang didominasi kaum lelaki. Namun, tak ada diskriminasi asalkan kita rajin untuk belajar dan tidak malu bertanya.

 Sekarang, hampir kesemua rakan sepasukan saya adalah wanita yang tak lokek berkongsi ilmu dan pengalaman.

Harapan dan nasihat kepada mereka, terutamanya wanita yang ingin menceburi bidang ini?

Jika anda ingin serius di dalam bidang ini, pastikan anda mempunyai mental dan fizikal yang kuat. Anda mestilah seorang yang tahan lasak. Jika melakukan kesilapan, tidak mengapa kerana dari situ kita akan belajar. 

Jika kita melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan ikhlas dan baik, barulah majikan dan orang sekeliling akan nampak usaha kita itu. - Getaran, 10 April 2022

Gambar: Ihsan Nur Farahin Jamaluddin

Isu Pada

Zee Avi Masih OK!

09 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Nurhaliza Tidak Halang Anak Ikut Jejak Langkahnya Jadi Penyanyi

2

Refleksi 1 tahun yang lalu

Golongan Melayu B40 Perlu ‘Fasih Mandarin’ Untuk Kerjaya!

3

Karier 1 tahun yang lalu

Kena Langgar 6 Kali, Tulang Terkeluar, Ubai Amir Dedah Cabaran Sebagai 'Stuntman'!

4

Karier 1 tahun yang lalu

“Ramai Tak Percaya Saya Doktor Gigi” – Dr Surendran

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 16 jam yang lalu

Tesla Turunkan Harga 2 Model EV Mulai Hari Ini