web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerana Kasih, Uzair Fauzi Pilih Jadi Penggali Kubur

Kerana kasih yang tidak terhingga buat arwah nendanya, jejaka kelahiran Pulau Pinang ini buang rasa takut untuk turun ke liang lahad demi menguruskan destinasi terakhir insan yang paling dikasihi itu. 

Karier Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2022 5:22PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun bergelar anak kepada seorang penggali kubur, hati jejaka bernama Muhamad Uzair Muhamad Fauzi ini tidak pernah terdetik untuk mengikut jejak langkah bapanya sehinggalah dia kehilangan insan tercinta iaitu nenda kesayangannya pada 2017.

Ketika itu anak jati kelahiran Kampung Pisang, Air Hitam, Pulau Pinang ini tekad untuk menguruskan destinasi terakhir nendanya dan menghiraukan perasaan takut yang pernah membelenggu dirinya satu ketika dahulu. 

Ditanya apa yang membuatkan dia tekad untuk turun ke liang lahad pada ketika itu, kata Uzair dia sangat menyayangi arwah nenda yang membesarkannya sejak kecil.

“Saya anggap arwah tok seperti ibu saya sendiri. Dia yang bela saya sejak kecil. Hari dia menghembuskan nafas terakhir, saya putuskan untuk uruskan sendiri tempat persemadian arwah. Tidak dinafikan ketika itu saya masih mempunyai perasaan takut. 

"Tetapi saya tanamkan dalam diri bahawa ini adalah hadiah saya yang terakhir untuknya. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Dan, sejak detik itulah saya menjadi penggali kubur secara sambilan untuk membantu ayah dan abang yang turut terlibat dengan kerja menggali,” ujar pemuda berusia 28 tahun itu. 

Tugas sebagai penggali kubur bukanlah seperti penggali minyak yang berpendapatan ribuan ringgit. Soal saya pada anak kedua itu, berapakah pendapat penggali kubur?

“Sebenarnya kami tidak pernah meletakkan harga upah. Kami menerima bayaran dengan seikhlas hati keluarga si mati. Duit yang diberikan juga kami tidak pernah bahagikan sesama sendiri. Kami gunakan untuk beli makanan atau minuman untuk semua yang terlibat,” katanya. 

Setiap pekerjaan yang dilakukan pasti ada cabaran tersendiri. Begitu juga dengan penggali kubur. Selain harus melawan rasa takut, penggali kubur perlu memiliki kekuatan fizikal yang tinggi.

“Selain itu, kadang-kadang saiz tubuh jenazah juga membuatkan kami terpaksa menggali sebanyak dua kali kerana kita tak tahu saiz sebenar mereka. Bila tiba saat untuk disemadikan, ada jenazah yang tidak muat dalam liang lahad. Jadi, kami perlu menggali semula. 

"Ada kalanya liang yang kita gali itu terdapat jenazah di dalamnya. Jadi kita terpaksa kambus balik dan gali di tempat lain. Pernah terjadi kami terpaksa menggali sehingga tiga liang. Liang pertama terkena keranda lain. Liang kedua pula terdapat jenazah di dalamnya, liang yang ketiga baru okay.

"Antara cabaran lain ialah apabila terpaksa menggali liang lahad pada waktu malam. Semuanya bergantung kepada permintaan keluarga si mati. Jika mereka mahu jenazah dikebumikan pada waktu malam, maka kami harus melunaskan tanggungjawab tidak kira waktu.

"Pernah kami gali kubur jam11 malam dan jenazah itu dikebumikan pada pukul empat pagi. Tidak dinafikan menggali kubur pada waktu malam lebih menakutkan kerana suasana tanah perkuburan yang agak gelap,” kongsinya.

Ditanya pernahkah dia mengalami perkara-perkara mistik sepanjang bergelar penggali kubur, Uzair berkata dia pernah terkena badi takut melihat mayat.

“Dulu saya seorang yang penakut. Lepas balik menziarahi orang mati mesti saya akan teringat-ingat. Selalu terbayang ibarat mayat itu ada berdekatan. Bila nak mandi rasa seperti ada benda yang sedang melihat.

"Tetapi perkara itu terjadi waktu awal-awal dahulu. Lama-kelamaan saya sudah terbiasa. Cuma ,kadang-kadang perasaan takut itu muncul sekali sekala,” katanya. 

Kongsi Uzair lagi, untuk menggali liang lahad yang sempurna mengambil masa kira-kira dua hingga tiga jam bergantung kepada berapa ramai orang yang menggali.

“Jenis tanah juga memainkan peranan dalam kelancaran kerja-kerja menggali. Terdapat pelbagai jenis tanah seperti tanah merah yang lembut dan yang keras. Ia bergantung kepada tempat yang kita gali,” terangnya.

Bekerja dengan sesuatu yang sentiasa mengingatkan diri tentang kematian pastinya akan menerbitkan rasa insaf dalam diri terutamanya saat berada dalam liang yang bakal menjadi destinasi terakhir setiap manusia. 

“Sejujurnya memang sangat menginsafkan kerana pekerjaan ini melibatkan tentang kematian terutamanya apabila kita melihat sendiri jenazah yang akan dikebumikan. Memang terbit rasa takut sebab kita akan terbayang macam mana tiba waktu kita pula yang menjadi jenazah nanti dan orang lain pula yang menguruskan kita,” katanya.

Uzair bertuah kerana di kawasan tempat tinggalnya, ramai rakan-rakan seusianya sudah mula melakukan kerja mulia ini. 

“Saya nampak anak-anak muda ini sebenarnya boleh dan mampu untuk lakukan kerja sebegini. Pesanan saya kepada anak-anak muda yang mungkin mahu melakukan kerja menggali kubur tetapi masih takut, buang perasaan itu kerana satu hari nanti kita juga akan tinggal dalam liang lahad.

Kita ambil tugasan ini sebagai fardu kifayah, amalan serta pahala supaya mudah-mudahan menjadi bekalan di akhirat.

"Kalau masih takut, di peringkat awal belajar untuk pergi tengok dulu bagaimana tugasan ini dilakukan. Kemudian, kita mula tolong dari atas. Bila sudah okay, kita turun ke bawah,” katanya. - Getaran, 11 Mac 2022

Gambar: Uzair Fauzi

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

Sarjan Polis Maut Kemalangan, Polis Buru Pemandu Lori

2

Semasa 6 hari yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

3

Video & Galeri 3 minggu yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?