Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tukang Urut Tradisional Miliki Keistimewaan Tersendiri, Beri Pulangan Berbaloi

Karier Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2022 8:08AM

Syaima Nadzri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jika dahulu kerjaya sebagai tukang urut tradisional didominasi golongan berusia, keadaan itu berubah sejak beberapa tahun lalu apabila semakin ramai generasi muda mula berkecimpung dalam bidang berkenaan.

Pembabitan mereka bukan sekadar sebagai hobi, tetapi turut dijadikan sebagai sumber pendapatan utama.

Ia diakui Syaima Nadzri, 33, yang ‘jatuh cinta’ terhadap kerjaya sebagai tukang urut tradisional sejak di bangku sekolah dan meneruskannya sehingga kini walaupun menggenggam segulung diploma dalam bidang kewartawanan dari Universiti Selangor (UNISEL).

Malah, wanita itu tidak pernah kesal dengan keputusan nekad untuk menceburi kerjaya terbabit secara serius sehingga mampu memiliki pusat kecantikan sendiri, dikenali sebagai Urban Oasis Spa yang diusahakan sejak lebih 11 tahun lalu di Seri Kembangan, Selangor.

“Dahulu selepas habis belajar, saya pernah bekerja di syarikat swasta selama dua tahun, tetapi minat dalam ilmu urutan tradisional mendorong saya untuk membuka cawangan spa sendiri.

“Lagipun, saya banyak terdedah dan belajar ilmu urutan tradisional ini bersama dua orang ibu saudara saya,” katanya kepada Getaran.

Urban Oasis Spa ini telah diusahakan oleh Syaima Nadzri sejak lebih 11 tahun lalu.
Urban Oasis Spa ini telah diusahakan oleh Syaima Nadzri sejak lebih 11 tahun lalu.

Menurut Syaima, bagi pandangan segelintir orang, kerjaya tersebut mungkin dilihat mudah tetapi ia sebenarnya memerlukan tenaga mencukupi untuk mengurut, selain ilmu mendalam mengenai teknik dan selok-belok bidang itu.

“Walaupun keluarga kami memang terdedah dalam bidang urutan, saya tetap mengikuti kursus khas setiap tahun bagi mengasah kemahiran dan memantapkan ilmu,” katanya.

Tidak lokek berkongsi kisah, Syaima berkata, dia mampu memperoleh pendapatan lumayan sehingga RM8,000 sebulan menerusi kerjaya berkenaan.

Jelasnya, menjadi tukang urut tradisional juga membolehkannya memiliki masa lebih fleksibel untuk menguruskan keperluan kehidupan seharian.

Dia berkata, pengalaman diraih sepanjang menceburi kerjaya itu sangat menyeronokkan dan dipenuhi memori manis sehingga tidak sesekali terfikir mahu bertukar bidang. 

“Apatah lagi, saya sudah selesa kerana mampu uruskan masa bersama keluarga dan anak-anak tanpa perlu bersesak atas jalan raya untuk pergi ke pejabat,” katanya.

Menceritakan antara pengalaman manis dirasai, Syaima berkata, ia berlaku ketika dia mengerjakan umrah pada tahun 2019 apabila tanpa disangka, diminta mengurut sekumpulan jemaah wanita selepas kemahirannya diketahui.

“Mereka meminta saya mengurut untuk mengeluarkan angin badan, tekan urat, ‘lipat’ otot belikat dan beberapa teknik. Walaupun saya tidak mengenakan sebarang bayaran untuk perkhidmatan itu, mereka membayar sejumlah wang.

“Daripada saat itu, saya semakin yakin bahawa kerjaya saya ini boleh pergi jauh dan dilakukan di mana-mana sahaja,” ujar Syaima dengan nada gembira.

Syaima bersama salah seorang pelanggannya.
Syaima bersama salah seorang pelanggannya.

Syaima berkata, keputusan untuk memilih kerjaya sebagai tukang tradisional adalah pilihan tepat kerana memberi banyak kelebihan dan keistimewaan bukan sahaja kepada pelanggan, tetapi juga ekonomi dan kehidupan sendiri.

Justeru, dia menggalakkan lebih ramai generasi muda untuk menceburi kerjaya itu kerana pulangannya yang sangat berbaloi.

Usahawan kerjaya itu juga, katanya, boleh menjual produk herba buatan sendiri, sama ada bahan lulur digunakan untuk mengurut atau jamu bagi membantu wanita menjaga penampilan serta kecantikan luaran dan dalaman.

“Urutan sangat diperlukan wanita dalam mengembalikan semula kesegaran badan mereka di samping membantu melancarkan peredaran darah, membaiki urat saraf dan membuang angin serta memastikan rahim berada dalam keadaan sihat.

“Sama juga dengan wanita selepas bersalin, mereka memerlukan urutan bagi memastikan proses berpantang sentiasa dalam keadaan baik dan tidak ‘masuk angin’.

“Saya turut menyifatkan kerjaya ini sebagai pekerjaan menarik dan merasa diri lebih bermakna apabila dapat membantu golongan wanita bermasalah untuk kembali bertenaga dalam menguruskan rutin harian mereka. - Getaran, 17 Februari 2022

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini