Berita Terkini

10 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Siapa Buat Perencah Masakan Yang Anda Guna? Ini Jawapannya

Kali ini kita bakal berbicara tentang pekerjaan yang bertanggungjawab mencipta produk makanan seperti sos, perencah, tepung dan makanan sejuk beku sedia ada di pasaran.

Karier Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2021 6:01PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika mengunjungi restoran makanan segera, pernahkah anda terfikir bagaimana rasa setiap burger sama walaupun di cawangan berbeza? Atau ketika anda masak mi segera di tengah malam kerana lapar, siapakah yang menghasilkan perencah berperisa itu?

Kalau ke pasar raya dan membeli makanan sejuk beku, pernah terfikir bagaimana proses makanan ini dihasilkan sehingga tahan berbulan-bulan lamanya? Anda hanya perlu buka bungkusan dan goreng sahaja. Mudah!

Dalam segmen karier minggu ini, kami bawakan Nuraziah Jasmin yang merupakan seorang pegawai penyelidik dan pembangunan makanan untuk berbual lebih lanjut mengenai pekerjaan yang sangat menarik ini tetapi jarang dibualkan di media massa. Dia akan bercerita lebih lanjut bagaimana pekerjaannya telah memudahkan ramai orang.

Boleh ceritakan lebih lanjut tentang pekerjaan anda? 

Sebagai pegawai penyelidik dan pembangunan makanan, saya bertanggungjawab mencipta produk baharu berkaitan makanan. Bukan itu sahaja, kami juga yang akan menaik taraf produk sedia ada di pasaran untuk menjadikannya lebih murah atau meningkatkan kualiti. Antara produk yang dihasilkan oleh kami biasanya bahan salutan makanan seperti tepung goreng ayam, sos perapan, perencah, sos, serbuk roti dan barangan sejuk beku.

Bercerita tentang proses penghasilan produk, ia perlu melalui beberapa proses seperti sesi berbincang dengan pihak pengurusan, kajian kumpulan sasaran, formulasikan produk, melakukan uji kaji berapa lama sesuatu produk itu boleh bertahan untuk menetapkan tarikh luput sebelum dijual di pasaran.

Kriteria diperlukan untuk pekerjaan ini?

Anda haruslah memiliki kelayakan dalam bidang sains dan teknologi makanan. Contohnya, saya merupakan lulusa Ijazah Sains dalam pengkhususan pengajian makanan. Ini penting kerana dalam industri makanan di Malaysia, kita tertakluk kepada undang-undang makanan Malaysia yang menggariskan sukatan tertentu dalam ramuan sesuatu produk. Jika sukatan ini terlebih maka kita boleh dikenakan tindakan.

Boleh kongsi apa kelebihan pekerjaan ini? 

Apa yang menarik, sudah tentu anda boleh menghasilkan makanan sendiri. Oleh kerana anda sudah tahu apa bahan yang selalu ada dalam setiap ramuan makanan, jika ke restoran makanan cepat saji contohnya, anda boleh teka apa bahan yang digunakan untuk menghasilkan rasa makanan dalam menu mereka.

Ramai yang anggap makanan cepat saji ini tak bagus walhal ada beberapa menu yang okay untuk dimakan. Bila kita ada ilmu tentang makanan, automatik akan jadi lebih teliti. 

Selain itu, industri makanan tidak terjejas langsung sepanjang pandemik malah meraih keuntungan berlipat ganda kerana ramai mahu beli barangan mudah disediakan dan senang dimakan.

Cabaran pekerjaan ini?

Sudah tentulah kami akan menjadi individu yang bertanggungjawab merasa setiap produk makanan sebelum dikeluarkan. Ada kalanya kita terpaksa rasa dan makan sesuatu makanan itu dalam kuantiti yang banyak. Semestinya ia akan memberikan kesan buruk terhadap kesihatan kita untuk jangka masa panjang.

Kadangkala, ada formulasi yang dihasilkan kurang menjadi. Maka kita perlu bersedia untuk bereksperimentasi dan mengumpul data bagi menghasilkan rasa yang memuaskan.

Boleh kongsi pengalaman paling manis dan pahit sepanjang bekerja dalam bidang ini?

Pada awalnya saya berhajat untuk menghasilkan tepung goreng ayam yang berkualiti dan sedap tetapi harganya jauh lebih murah bagi membantu peniaga pasar malam di luar sana. Setelah saya melalui proses menghasilkan tepung itu selama dua bulan, ia mendapat permintaan sangat tinggi di pasaran.

Kalau berbual tentang perkara pahit, sudah tentulah ketika formulasi yang dihasilkan itu tidak menepati cita rasa pelanggan. Kita juga kena cekap bekerja kerana perlu kejar tarikh akhir untuk memasarkan produk.

Pesanan atau nasihat kepada mereka yang berminat menceburi bidang ini?

Industri makanan adalah bidang yang dipelopori kaum Cina. Jadi, anda kena bersedia untuk berfikiran terbuka dan bergaul dengan mereka yang datang daripada kaum berbeza. Bukan itu sahaja, anda perlu bersedia mental dan fizikal. Menjadi pegawai penyelidik memerlukan anda bergerak ke sana sini seperti makmal, bahagian produksi dan bukannya hanya duduk di pejabat semata-mata.

Jika anda berminat dengan pekerjaan ini, kami mengucapkan semoga berjaya kepada anda! - Getaran, 25 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Jelajah 10 bulan yang lalu

Kinabalu UNESCO Global Geopark Habitat 355 Spesies Burung - Penyelidik

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Perlu Ada Penyelidikan Dan Pembangunan Industri Hiburan - Rosyam Nor

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Nurhaliza Tidak Halang Anak Ikut Jejak Langkahnya Jadi Penyanyi

4

Refleksi 1 tahun yang lalu

Golongan Melayu B40 Perlu ‘Fasih Mandarin’ Untuk Kerjaya!

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan