web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Parlimen Dunia Yang Menarik Perhatian Selain Parlimen Malaysia

Menjengah seni bina dalaman dan susunan kerusi parlimen di lima negara secara maya!

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2021 3:03PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apa khabar Parlimen Malaysia? Diharapkan baik-baik sahaja. Umum mengetahui, Parlimen kita ditunda sehingga September ini dan tidak akan dibuka untuk sesi persidangan atas alasan penularan wabak COVID-19.

Sedikit penerangan, Parlimen adalah badan perundangan bagi sesebuah kerajaan atau negara dan ia lembaga membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara.

Parlimen bertindak meluluskan undang-undang, perbelanjaan kerajaan serta hasil cukai baharu, membuat pindaan dan memeriksa dasar kerajaan.

Parlimen juga menjadi forum untuk sesi perbincangan dan perdebatan tentang perkara-perkara berkaitan kepentingan orang ramai dan rakyat sesebuah negara.

Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman menyembahkan surat Titah Ucapan di Upacara Pembukaan Parlimen pada 11 September 1959
Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman menyembahkan surat Titah Ucapan di Upacara Pembukaan Parlimen pada 11 September 1959

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

Kriteria sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan ini adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam satu pemerintahan iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (Pentadbiran).

Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. 

Berdasarkan kepada peruntukan ini, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

Negeri-negeri ini telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, diplomasi dan lain-lain seperti mana yang tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia untuk ditadbir oleh Kerajaan Pusat. 

Persidangan Parlimen 11 September 1959
Persidangan Parlimen 11 September 1959

 

Sejarah Parlimen Malaysia

Parlimen Malaysia merupakan lambang struktur demokrasi kerajaan dan mencerminkan aspirasi rakyat melalui perwakilan yang dipilih. Parlimen Malaysia yang merupakan badan penggubal undang-undang tertinggi negara terdiri daripada tiga komponen utama:

  1. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
  2. Dewan Negara
  3. Dewan Rakyat

Persidangan Pertama Parlimen Persekutuan Tanah Melayu diadakan pada 11 September 1959 di Dewan Tunku Abdul Rahman

Dewan persidangan tersebut kini dikenali sebagai Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC).  Dewan ini terletak di Jalan Ampang dan dibina pada 1935.

Parlimen Pertama Persekutuan Tanah Melayu
Parlimen Pertama Persekutuan Tanah Melayu

Pada 16 September 1963, Malaysia telah terbentuk apabila Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung bersama Persekutuan Tanah Melayu untuk menjadi sebuah negara federasi baharu. 

Ekoran itu, nama Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah bertukar kepada Parlimen Malaysia dan persidangan pertama diadakan di bangunan Parlimen baharu yang kita kenali sekarang.

Kini, keahlian Parlimen bertambah kepada 70 Ahli Dewan Negara bagi mewakili Dewan Negara, manakala 222 wakil rakyat bagi mewakili Dewan Rakyat.

Secara idealnya, Parlimen Malaysia akan terus menjadi institusi yang dijunjung tinggi oleh semua lapisan masyarakat dan menjadi lambang demokrasi negara untuk selama-lamanya. 

Parlimen Malaysia siap pada 1963
Parlimen Malaysia siap pada 1963

 

Parlimen di sekitar dunia

Malaysia bukanlah negara tunggal yang memiliki Parlimen sebagai asas demokrasinya.

Majoriti negara di dunia turut mengamalkan sistem demokrasi berparlimen tetapi dengan corak pemerintahan yang tersendiri.

Malah kedudukan dan susun atur kerusi di Parlimen setiap negara berbeza-beza mengikut corak pemerintahan masing-masing. 

Menurut laman parliamentbook.com, terdapat lima corak utama seni bina dalaman dan susun atur kerusi Parlimen iaitu bangku bertentangan (opposing-benches), ladam (horseshoe), bulatan (circle), separa bulat (semi-circle) dan bilik darjah (classroom). 

Bangunan parlimen dalam pembinaan
Bangunan parlimen dalam pembinaan

Setiap susun atur kerusi ini dipengaruhi oleh corak pemerintahan sesebuah negara. Kedudukan kerusi-kerusi ini memberi impak secara tidak langsung kepada politik di negara berkenaan.

Parlimen Malaysia pada awalnya mengamalkan susunan bangku bertentangan seperti UK House of Commons.

Corak ini memberi penekanan yang terbaik untuk sesi perbincangan dan berdebat serta pemisahan kerusi yang jelas antara pihak kerajaan dan pembangkang.

Namun, kini Parlimen Malaysia sudah mengubah corak kerusi kepada susunan ladam berikutan kekekangan ruang. 

 DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad diiringi masuk ke Dewan Tunku Abdul Rahman dalam istiadat pertabalan baginda
DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad diiringi masuk ke Dewan Tunku Abdul Rahman dalam istiadat pertabalan baginda

Majoriti negara di dunia mengamalkan susunan kerusi separa bulat yang bersifat pemerintahan egalitarianisme bagi mengaburkan garisan antara kerajaan dan pembangkang. 

Susunan kerusi bilik darjah pula selalunya digunakan negara-negara yang mengamalkan pemerintahan totalitarian seperti Russia dan China.

Baiklah, tanpa membuang masa lagi ayuh kita melihat dari dekat secara maya lima parlimen di dunia yang menarik perhatian selain Parlimen Malaysia:

 

#1 Jerman

Sistem: Full

Susunan: Bulatan

Negara: Dusseldorf, Jerman 

Pautan maya: North Rhine-Westphalia 

 

#2 Perancis

Sistem: Full

Susunan: Separa Bulat 

Negara: Paris, Perancis

Pautan maya: Paris 

 

#3 India 

Sistem: Regional parliament

Susunan: Bangku bertentangan

Negara: Punjab/Haryana, India

Pautan maya: Chandigarh

 

#4 Afrika Selatan

Sistem: Flawed

Susunan: Ladam 

Negara: Cape Town, Afrika Selatan

Pautan maya: Cape Town 

 

#5 Russia

Sistem: Autoritarian

Susunan: Bilik darjah 

Negara: Moscow, Russia

Pautan maya: Russia 

Layari Parliamentbook.com untuk maklumat lanjut. – Getaran, 5 Ogos 2021

Sumber dan gambar: Parlimen Malaysia, Wired & Parliamentbook.com 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Gaya 10 jam yang lalu

Minuman Sedia Diminum Semakin Jadi Sebahagian Rutin Harian

oleh Rahayu MN