web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bersiar-Siar Di Ruang Udara Kota Kinabalu Dengan 'Flight To Nowhere'

Penerbangan persiaran 'Flight to Nowhere', menawarkan pengalaman menaiki pesawat dan urusan berkaitan di lapangan terbang tetapi tidak mendarat di destinasi. Menarik, bukan?

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2021 9:05AM

Gambar: The Korea Times

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seramai 96 penumpang menaiki penerbangan persiaran ‘Flight To Nowhere’, yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon Korea Selatan, untuk bersiar-siar di ruang udara Kota Kinabalu.

Tourism Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan 'Flight to Nowhere', juga dikenali sebagai penerbangan persiaran, menawarkan pengalaman menaiki pesawat dan urusan berkaitan di lapangan terbang tetapi tidak mendarat di destinasi.

Untuk menyokong industri penerbangan tempatan dan sektor bebas cukai di Korea Selatan yang terjejas akibat pandemik, kerajaan Korea Selatan telah membenarkan syarikat penerbangan tempatan untuk mengendalikan program ‘Flights to Nowhere’.

"Jin Air telah mengambil peluang ini untuk mengendalikan penerbangan tersebut dan Sabah dipilih sebagai destinasi antarabangsa keempat selepas Hong Kong, Osaka dan Okinawa," menurut kenyataan itu.

Kru kabin Jin Air menyambut mesra penumpang penerbang ke kota Kinabalu. Gambar: Borneo Post Online
Kru kabin Jin Air menyambut mesra penumpang penerbang ke kota Kinabalu. Gambar: Borneo Post Online

Dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Sabah dan Tourism Malaysia, penerbangan tersebut berlepas pada 12.40 tengah hari 25 Julai dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.

"Pesawat akan terbang rendah di Daegu, Busan dan sebahagian ruang udara Jepun sebelum menamatkan perjalanan di destinasi asal pada 2.30 petang," menurut kenyataan itu.

Penerbangan persiaran bertemakan Kota Kinabalu menarik perhatian warga Korea Selatan kerana menawarkan pelbagai ganjaran dan  aktiviti dalam pesawat istimewa  termasuk perkhidmatan bebas cukai yang ditawarkan kedai bebas cukai utama di Korea Selatan iaitu Shilla, Lotte dan Shinsegae.

Tourism Malaysia berkata, kru kabin juga menyediakan aktiviti hiburan tambahan seperti kuiz dan acara cabutan bertuah untuk memastikan pengalaman penerbangan yang menarik.

Tiket pergi dan balik (Incheon - Kota Kinabalu) ditaja Jin Air dan baucar hotel serta pelayaran menikmati suasana matahari terbenam tajaan Lembaga Pelancongan Sabah ditawarkan sebagai hadiah kepada penumpang. 

Pengarah Pejabat Tourism Malaysia Seoul, Shaharuddin Yahya berkata, berdasarkan kejayaan projek 'Flight to Nowhere' yang pertama, Lembaga Pelancongan Sabah bersama Pejabat Pelancongan Malaysia Seoul merancang untuk meneruskan aktiviti ini dengan syarikat penerbangan lain termasuk Busan Air dan Jeju Air serta menambah jumlah penerbangan pada Ogos ini.

"Jelas, ramai merindui pengalaman terbang. Pengalaman ini tentunya akan memberi peluang kepada mereka untuk mengingati Kota Kinabalu, Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang paling menyeronokkan," katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Sabah, Noredah Othman berkata, 'Flight to Nowhere' adalah pengalaman paling hampir untuk ke luar negara dan ia memenuhi keinginan mereka yang dahagakan pengalaman melancong.

"Kami mengalu-alukan warga Korea untuk mengunjungi kami sekali lagi apabila pintu sempadan antarabangsa dibuka semula," tambahnya.

Sabah menjadi antara destinasi percutian Asia Tenggara utama dalam kalangan warga Korea Selatan sebelum pandemik. Hampir 400,000 warga Korea Selatan direkodkan mengunjungi Sabah pada 2019 dengan 67 penerbangan terus dari Incheon, Busan dan Muan ke Kota Kinabalu. - Bernama
 

Semua gambar, kecuali tertera: Laman web Jin Air
 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

2

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Cedera Diserang Memerang Ketika Joging Di Kota Kinabalu

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Bergaya Melangkah Ke Suku Akhir

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Kedah Mahu Bina LRT Di Langkawi

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN