Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Festival Ais Dan Salji Harbin 2020 / 2021 Tetap Berlangsung

Pandemik di seluruh dunia tidak menghalang festival ais unik ini diadakan tahun ini. Mari kenali Festival Ais dan Salji Harbin.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Feb 2021 9:50AM

Gambar: Harbin Ice

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Festival Ais dan Salji Harbin 2020/2021 kini telah pun bermula biarpun pandemik COVID-19 masih belum reda. Festival yang dijadualkan berlangsung dari 24 Disember 2020 hingga lewat Februari ini menyaksikan 43 arca ais dan salji dibina di Central Street di pusat bandar Harbin. 

Harbin ialah ibu kota bagi Wilayah Heilongjiang di bahagian paling utara China, terletak di tengah-tengah Asia Timur Laut. Ia berperanan sebagai hab penting untuk jambatan darat dan koridor udara Eurasia pertama, dan memainkan peranan penting dalam jalinan kerjasama antara China dan Rusia.

Festival Ais dan Salji Harbin merupakan perayaan penting yang diiktiraf di seluruh dunia dan sering dinanti-nantikan di kalangan pelancong antarabangsa dan tempatan. Selain itu, acara ini telah berkembang menjadi perayaan budaya di mana lagu-lagu dan tarian rakyat tradisional turut dipersembahkan. Biarpun tiket masuk dikenakan pada harga yang tinggi, penjualan tiket tidak pernah menghampakan dan ia dikatakan banyak menyumbang kepada pendapatan tahunan Harbin.

Sepanjang tempoh berlangsungnya festival ini, orang ramai boleh bersuka ria bukan sahaja di Ekspo Seni Arca Salji Antarabangsa Sun Island Harbin ke-33, tetapi juga di Harbin Ice-Snow World, taman tema bermusim terkenal yang dibuka pada setiap musim sejuk.

Sejurus sebelum bermulanya kira detik satu-tahun menjelangnya Sukan Olimpik Musim Sejuk dan Sukan Paralimpik 2022 Beijing, Harbin mengambil peluang ini untuk menukar sumber ais dan saljinya menjadi industri yang menguntungkan.

Statistik menunjukkan bahawa dalam tempoh tiga hari pertama tahun 2021, 11 tempat tarikan pelancong yang dipantau oleh Harbin menerima lebih daripada 530,000 orang pelancong.

Menurut satu laporan yang dikeluarkan di Forum Pembangunan Pelancongan Ais dan Salji China 2021 oleh China Tourism Academy, pelancongan riadah ais dan salji China dijangka menyaksikan 230 juta kunjungan dari tahun 2020 hingga 2021 dan pendapatannya diunjurkan melebihi 390 bilion yuan.

Fakta menarik mengenai Festival Ais dan Salji Harbin 

1. Festival Ais dan Salji Antarabangsa Harbin yang pertama diadakan pada tahun 1985 setelah tanglung ais di Harbin menjadi terkenal di seluruh dunia.

2. Setiap tahun festival ini menerima 10 hingga 20 bilion pengunjung dan ia merupakan festival ais dan salji terbesar di dunia dengan melibatkan kawasan seluas 600,000 meter kaki persegi. 

3. Untuk mengukir atau mendirikan setiap arca, artis-artis terlibat mendapatkan blok-blok ais dari Sungai Songhua. Blok-blok ini diangkut ke kawasan pameran dan dicantumkan untuk membentuk rekaan yang dikehendaki. Kemudiannya, mereka akan menggunakan pelbagai alatan untuk memotong, menggilap, dan membentuk arca-arca ais yang akhirnya dipersembahkan kepada pengunjung.

4. Memandangkan musim sejuk di Harbin sangat sejuk iaitu di bawah suhu 0 ° C (32 ° F) selama tiga bulan, jadi arca-arca ais tidak akan cair sehingga Mac atau April.

5. Selepas festival berakhir, sebilangan arca bersaiz kecil akan dibiarkan cair dengan sendiri. Sementara arca yang besar akan diruntuhkan untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini. - Getaran, 11 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Tourism Malaysia Yakin Sasaran 5 Juta Pelancong Dari China Dapat Dicapai

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Tidak Sebelahi Mana-Mana Negara, Sambut Baik Pelaburan Beri Manfaat - PM

3

Rencana 1 bulan yang lalu

Durian, Ejen Diplomasi Malaysia - China

4

Luar Negara 1 bulan yang lalu

China Sokong Keanggotaan Penuh Palestin Dalam Majlis Keselamatan PBB

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

oleh Rahayu MN

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Ia datang dalam bentuk set 2 dalam 1 iaitu syiling yang diperbuat dengan perak sterling berwarna dan emas Nordic Brilliant Uncirculated.

oleh Fida Ruzki