web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tripfez Janjikan Pengalaman Percutian Tanpa Ragu Buat Pengembara Muslim

Tripfez membawa misi untuk memudahkan pengembara muslim mengembara ke seluruh dunia tanpa perlu risau tentang makanan halal, arah kiblat dan hotel mesra ibadah

Jelajah Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2025 8:38PM

Tripfez membawa misi untuk memudahkan pengembara muslim mengembara ke seluruh dunia

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Segmen pelancongan halal terus menunjukkan pertumbuhan pesat di Malaysia dan seluruh dunia, selari dengan peningkatan permintaan pengembara muslim yang mementingkan keselesaan, patuh syariah serta kemudahan ketika melancong. 

Dalam pasaran yang semakin kompetitif ini, agensi pelancongan, Tripfez muncul sebagai salah satu penyedia perkhidmatan yang menonjol dengan menawarkan pakej pelancongan lengkap, tersusun dan sesuai untuk pengembara muslim moden.

Kemudahan pengangkutan yang selesa
Kemudahan pengangkutan yang selesa

Ditubuhkan di Malaysia, Tripfez memberi tumpuan kepada penyediaan pengalaman perjalanan yang mematuhi prinsip pelancongan halal. 

Dengan misi memudahkan pengembara muslim mengembara ke seluruh dunia tanpa perlu risau tentang makanan halal, arah kiblat dan hotel mesra ibadah, Tripfez berjaya membina reputasi kukuh sebagai peneraju dalam industri ini.

Antara kelebihan utama pelanggan apabila memilih pakej Tripfez ialah jaminan akses kepada restoran-restoran halal yang telah disahkan dan disaring terlebih dahulu. 

Makanan halal untuk sepanjang trip, jadi tak perlu ragu-ragu untuk menjamu selera
Makanan halal untuk sepanjang trip, jadi tak perlu ragu-ragu untuk menjamu selera

Ramai pelancong muslim sering bimbang mengenai sumber makanan ketika ke luar negara, namun Tripfez memberi ketenangan minda dengan memastikan setiap destinasi merangkumi lokasi makan yang benar-benar halal dan dipercayai. 

Jadi, sebagai peserta, anda hanya ‘bawa perut’ untuk menjamu selera! Selain itu, Tripfez turut memastikan setiap pelanggan menginap di hotel yang bersih, selesa dan mesra muslim. 

Antara kriteria yang diberi perhatian termasuklah saiz bilik, agar mudah untuk menunaikan solat. Bilik yang sempit pasti menjengkelkan kerana tiada ruang untuk solat, sehingga ada yang terpaksa solat di atas katil.

Pemilihan penginapan yang teliti ini memberi nilai tambah kepada pelanggan, terutama mereka yang melancong bersama keluarga atau warga emas yang memerlukan keselesaan optimum sepanjang perjalanan.

Tripfez juga menjanjikan hotel atau penginapan yang bersih, selesa dan mesra muslim
Tripfez juga menjanjikan hotel atau penginapan yang bersih, selesa dan mesra muslim

Kelebihan lain yang membezakan Tripfez ialah jadual perjalanan yang teratur. Sesuai dengan tagline mereka, ‘Your Muslim Travel Expert’ program perjalanan dirangka dengan mengambil kira waktu solat, masa rehat, jarak perjalanan dan aktiviti yang seimbang. 

Pendekatan ini amat penting dalam untuk pelancongan halal atau mesra muslim kerana ia memastikan aktiviti harian peserta tidak mengganggu tuntutan ibadah serta memberikan pengalaman melancong yang lebih harmoni dan tenang. 

Sebagai tambahan, Tripfez turut memanfaatkan teknologi moden dalam memastikan pengalaman pelanggan lebih mudah. Platform tempahan dalam talian membolehkan pengguna memilih pakej, mendapatkan maklumat hotel mesra muslim dan menilai butiran perjalanan dengan lebih cepat. 

Dengan semua nilai tambah ini, Tripfez dilihat bukan sekadar menyediakan pakej percutian, tetapi menawarkan perjalanan yang lebih terjamin, selamat dan mematuhi syariah.

Bagi pengembara muslim yang mahu meneroka destinasi antarabangsa tanpa kerisauan tentang keperluan ibadah dan halal, Tripfez mampu merealisasikan percutian anda.

Paling penting, agensi ini boleh dipercayai dan relevan kerana ia berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari https://www.tripfez.com - Getaran, 25 November 2025

Berita Berkaitan

1

Jelajah 3 minggu yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Jelajah 1 bulan yang lalu

Western Australia Tarik Minat Pelancong Cari Percutian Tenang, Dekat Dengan Alam

3

Jelajah 1 bulan yang lalu

Kedah, Perlis Tumpu Pelancongan Berasaskan Pengalaman

4

Jelajah 1 bulan yang lalu

BUNGA 2026 Bakal Himpunkan Keindahan Orkid Asia Di Genting Highlands

Sorotan

1

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

2

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

3

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

4

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

5

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

6

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq