web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aloft Langkawi Pantai Tengah Tawar Penginapan Moden, Dekat Dengan Pelbagai Tarikan

Hotel ini memiliki 203 buah bilik dan suite, serta menawarkan 75 peratus unit dengan pemandangan Laut Andaman

Jelajah Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2025 5:22PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tak kenal maka tak cinta. Hotel yang terletak di Pantai Tengah ini mungkin dianggap pilihan kedua bagi yang gemar berada di kawasan tumpuan pelancong. Tetapi bagi yang mahu lari dari kesesakan, Aloft Langkawi Pantai Tengah adalah pilihan berbaloi.

Ia adalah penginapan moden yang menawarkan ketenangan,namun masih dekat dengan tarikan utama pulau. 

Terletak hanya 200 meter dari Pantai Tengah dan beberapa minit dari Pantai Cenang, hotel ini menampilkan rekaan kontemporaridengan gabungan warna-warna ceria.

Breezy Room
Breezy Room

Hotel ini yang memiliki 203 buah bilik dan suite  menawarkan 75 peratus unit dengan pemandangan Laut Andaman. Setiap bilik dilengkapi balkoni luas, televisyen pintar 49-inci, Wi-Fi berkelajuan tinggi serta kemudahan Dry Bar® premium.

Kids Club
Kids Club

Untuk keluarga, program Camp Aloft membolehkan kanak-kanak berusia dua hingga 12 tahun menikmati pengalaman perkhemahan dalam bilik, lengkap dengan khemah mini dan snek alu-aluan. Pilihan bilik bertema seperti Dino, Ocean dan Rainforest turut disediakan dengan mural interaktif serta katil dua tingkat.

Kemudahan lain termasuk kolam renang infiniti menghadap laut, pusat kecergasan Re:charge serta rawatan spa melalui kerjasama dengan Alun Alun Spa Langkawi. Dari segi sajian, restoran Nook menyediakan hidangan tempatan dan antarabangsa dalam bentuk bufet atau à la carte.

Selain menginap, tetamu berpeluang meneroka tarikan berdekatan seperti Underwater World Langkawi yang sesuai untuk seisi keluarga, Langkawi Sky Bridge dan kereta kabel untuk pemandangan panoramik, serta pasar malam tempatan bagi merasai makanan jalanan dan membeli cenderamata. 

Rainforest Room
Rainforest Room

Pantai Cenang pula terkenal dengan pilihan hiburan malam dan aktiviti sukan air.

Dengan lokasi strategik dan pelbagai kemudahan, Aloft Langkawi Pantai Tengah dilihat sebagai pilihan penginapan yang sesuai untuk keluarga, pasangan mahupun pelancong solo.

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman web rasmi, Aloft Langkawi Pantai Tengah atau menghubungi talian 04-952 5252. - Getaran, 10 September 2025

Berita Berkaitan

1

Jelajah 3 minggu yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Jelajah 1 bulan yang lalu

Western Australia Tarik Minat Pelancong Cari Percutian Tenang, Dekat Dengan Alam

3

Jelajah 1 bulan yang lalu

Kedah, Perlis Tumpu Pelancongan Berasaskan Pengalaman

4

Jelajah 1 bulan yang lalu

BUNGA 2026 Bakal Himpunkan Keindahan Orkid Asia Di Genting Highlands

Sorotan

1

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

2

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

3

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

4

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

5

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

6

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq