web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Pilihan Restoran Halal Untuk Menjamu Selera Di Taiwan

Jangan lupa menikmati semangkuk dua mi daging yang merupakan hidangan popular di Taipei

Jelajah Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2025 2:38PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak kempen Salam Taiwan diperkenalkan beberapa tahun lalu, semakin ramai rakyat Malaysia yang terbang ke sana untuk bercuti. 

Selain menjanjikan pengalaman menyeronokkan, kempen ini juga membuka mata rakyat Malaysia bahawa mencari makanan halal di Taiwan bukanlah satu perkara yang rumit. 

Negara yang terkenal dengan menara ikonik, Taipei 101 ini selesa dikunjungi oleh mereka yang beragama Islam kerana terdapat banyak lokasi menjamu selera yang halal dan mesra muslim.

Bukan makanan halal sahaja yang mudah dicari, malah terdapat banyak fasiliti mesra muslim yang menanti. 

Berikut adalah senarai restoran yang boleh dikunjungi apabila bercuti ke Taiwan. 

1. Lao Chang Muslim Beef Noodle Restaurant, Taipei

Mi daging adalah hidangan mesti cuba apabila menjejakkan kaki ke Taiwan. Terdapat beberapa restoran mi daging halal yang boleh dikunjungi. Salah satu daripadanya ialah Lao Chang Muslim Beef Noodle Restaurant. 

Terkenal dengan mi daging lembu lembut berjus dan mewah dengan rasa, restoran yang sentiasa dipenuhi dengan pengunjung ini telah beroperasi lebih dari 70 tahun. 

Selain mi daging, restoran ini juga menawarkan hidangan lain seperti dumpling daging lembu goreng atau stim, sup wonton, lempeng daun bawang dengan daging lembu, dan bubur kacang hijau untuk melengkapkan sesi menjamu selera. 

Biarpun susun atur meja dan kerusi agak sesak, namun tahap kebersihan restoran ini adalah memuaskan. Pelanggan juga boleh menggunakan kemudahan surau untuk mengerjakan solat. 

Waktu operasinya adalah dari Selasa hingga Ahad, dari jam 11 pagi hingga 7.30 malam.

2. Fresh Cuisine, Taipei

Sesuai dengan namanya, Fresh Cuisine menawarkan pilihan menu yang menekankan penggunaan bahan-bahan segar dan berkualiti tinggi, sesuai untuk pengembara muslim yang mahu memanjakan lidah dengan pelbagai hidangan masakan Tionghoa.

Terletak di No. 17, Lane 155, Dunhua North Road, Daerah Songshan, Taipei City, restoran ini beroperasi pada setiap hari untuk makan tengah hari dan makan malam. 

3. Mouna Restaurant, Taipei, Taiwan

Mouna Restaurant merupakan salah satu restoran popular yang mempunyai sijil halal sah di Taipei. Ia menawarkan citarasa Maghribi dan India di Taipei, Taiwan. 

Satu kelebihan restoran ini ialah ia terletak berhampiran dengan Stesen MRT Xiaonanmen, dan ini memudahkan akses untuk pengunjung menjamu selera di sini.

Diasaskan oleh Mouna Elaychia yang sudah bermastautin di Taiwan lebih 22 tahun, restoran Mouna sentiasa menjadi tumpuan umat Islam yang datang bercuti ke Taipei. 

Ini kerana, selain menjanjikan makanan lazat yang menambat selera, sijil halal yang diperolehi adalah dari pengiktirafan dari badan berkuasa Chinese Muslim Association (CMA).

Mouna Elaychia
Mouna Elaychia

Mouna berkongsi bahawa dia menceburi bidang makanan dan minuman kira-kira 10 tahun yang lalu kerana ketika itu agak sukar untuknya mencari makanan halal. 

Kini dia berasa bangga kerana dapat memenuhi keperluan umat Islam sama ada penduduk tempatan mahupun yang datang bercuti ke Taiwan. 

4. Little India Muslim Restaurant, Taichung

Restoran yang terletak berhampiran The Splendor Hotel, Taichung, Taiwan ini merupakan satu-satunya restoran yang memiliki sijil halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), melalui Masjid Taichung.

Diterajui oleh Ali yang berasal dari Lahore, Pakistan, restoran ini telah beroperasi sejak 2008, di mana ia menawarkan berbagai masakan India Utara dan Pakistan yang asli. 

Antara menu yang boleh dicuba ialah ayam masala, kari ikan, Jing Biryani, ayam tandoori chana raslia masala dan palak paneer. 

Untuk menjamin rasa yang menambat selera, Little India Muslim Restaurant menggunakan bahan-bahan segar dan semulajadi. Malah, setiap masakan disediakan oleh tukang masak profesional yang dibawa khas dari India. 

Waktu operasi bermula pada jam 11 pagi hingga 2 petang untuk makan tengah hari dan 5 petang hingga 10 malam pada setiap hari, kecuali Rabu. Perlu diingatkan hanya pembayaran tunai diterima.

5. Hsin Hotel, Chiayi

Hotel ini merupakan salah satu hotel mesra muslim yang menawarkan penginapan selesa untuk pengembara muslim. Restoran mereka turut menyajikan makanan yang agak mewah dan halal untuk dinikmati oleh tetamu muslim tanpa ragu-ragu.

Tentang rasa, anda tidak perlu bimbang kerana ketika penulis singgah ke sini tempoh hari, semua menu yang dihidangkan tidak menghampakan. Sila buat tempahan awal untuk pengalaman menjamu selera yang menyenangkan.

Jangan lupa senarai ini apabila anda ingin terbang ke Taiwan nanti.

Untuk lebih banyak pilihan dan maklumat lanjut tentang restoran halal dan mesra muslim, anda boleh layari laman sesawang Salam Taiwan di https://www.salamtaiwan.net/ . - Getaran, 10 Mac 2025

Foto : Rahayu MN

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 bulan yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Jelajah 1 bulan yang lalu

Western Australia Tarik Minat Pelancong Cari Percutian Tenang, Dekat Dengan Alam

3

Jelajah 1 bulan yang lalu

Kedah, Perlis Tumpu Pelancongan Berasaskan Pengalaman

4

Jelajah 1 bulan yang lalu

BUNGA 2026 Bakal Himpunkan Keindahan Orkid Asia Di Genting Highlands

Sorotan

1

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

3

Ibu Hamil Dituduh Mencuri: Lotus’s Mohon Maaf, Pekerja Dikenakan Tindakan Disiplin

4

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

5

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

6

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment