web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Journify Platform Perjalanan Dan Gaya Hidup Jimat Untuk Si Kaki Travel

Berpeluang menangi lawatan ke Maldives untuk dua orang jika anda singgah di acara mereka di Lot 10, Bukit Bintang dari 3 hingga 5 Julai 2024.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2024 2:59PM

Pelancaran Journify Holidays di hadapan Lot 10, Bukit Bintang pada Rabu.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berita baik buat pengembara yang sentiasa menanti peluang untuk berjimat bagi sebuah pengembaraan epik. Journify, platform perjalanan & gaya hidup oleh Malaysia Aviation Group (MAG) teruja mengumumkan pelancaran Journify Holidays.

Pelancaran yang diadakan secara besar-besaran di hadapan Lot 10, Bukit Bintang pada Rabu menyaksikan kesungguhan platform ini untuk terbang lebih tinggi. 

Acara yang dijadualkan dari 3 hingga 5 Julai ini memberikan gambaran sekilas tentang impian peminat pengembaraan, menawarkan aktiviti yang menarik, promosi eksklusif untuk penerbangan dan pakej hotel di Journify Holidays.

Bahkan pengunjung juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik apabila menyertai permainan interaktif yang tersedia. Ini termasuklah baucar penerbangan dan hotel bernilai sehingga RM500, percutian ke Langkawi dan Bangkok, serta hadiah utama yang berupa percutian 5 hari, 4 malam untuk dua orang ke Maldives. 

Sempena pelancaran wajah baharu Journify kali ini, mereka juga memperkenalkan bagasi jingga yang kini menjadi simbol ikonik baharu Journify.

Selain itu, pelancaran ini juga bertujuan untuk mempamerkan pakej Journify Holidays yang terbaik, tambahan terkini pada rangkaian perkhidmatan yang merangkumi pas perjalanan, tiket tarikan, pakej pelancongan, perkhidmatan lapangan terbang dan banyak lagi.

Ini bermakna, pengembara kini boleh merancang dan menempah keseluruhan percutian mereka dengan mudah, hanya menggunakan satu platform. Tambah teruja, setiap tempahan membolehkan anda mengumpul mata Enrich yang boleh digunakan untuk menebus tiket penerbangan bersama Malaysia Airlines.

“Pengembaraan adalah tentang mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan, dan kami percaya bahawa pengembaraan itu sepatutnya menyeronokkan, sama seperti destinasi pilihan.”

"Itulah sebabnya kami sangat teruja untuk memperkenalkan Journify Holidays, yang dicipta untuk memperkasa pelancong dengan platform yang mudah digunakan yang menggabungkan penerbangan yang dikendalikan oleh Malaysia Airlines dan Firefly, serta tawaran hotel ke dalam satu pakej yang lengkap, membolehkan mereka berbelanja dengan lebih bijak untuk sebuah percutian," ujar Ketua Pegawai Eksekutif Loyalty & Travel Services di MAG, Philip See.

"Pelancaran kami di Lot 10 bukan hanya tentang mempamerkan jenama kami tetapi tentang meraikan kegembiraan perjalanan. Kami mendapati ramai pengembara tidak mengetahui tawaran hebat yang tersedia melalui Journify. Kami mahu memastikan semua orang tahu mereka boleh merancang percutian impian mereka dengan kami dengan mudah,” tambah beliau lagi.

Sepanjang Julai ini, pengembara boleh merebut pelbagai tawaran menarik apabila memuat turun aplikasi Journify  seperti  potongan RM200 pakej penerbangan + hotel eksklusif untuk pemegang kad visa dengan perbelanjaan minimum RM1,500 menggunakan kod promosi, ‘BETTERJOURNEYS’, dan potongan RM150 MHflypass ASEAN eksklusif untuk pemegang kad CIMB menggunakan kod promo, ‘CIMBFLYPASS150’.

Jadi, tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk bersiar-siar di sepanjang pantai yang menakjubkan di Maldives secara percuma!

Sama ada anda seorang pengembara berpengalaman atau peneroka kali pertama, acara ini menjanjikan pengalaman yang menyeronokan.

Untuk maklumat lanjut dan untuk menjadikan perjalanan anda lebih baik, lawati holidays.myjournify.com atau muat turun Journify daripada App Store dan Google Play Store hari ini. – Getaran, 4 Julai, 2024

Foto : IG Journify

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN