Berita Terkini

6 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jom Raya Kaw Kaw Di Puncak Resort World Genting

Selain dihiasi dengan dekorasi raya yang memukau, perbagai aktiviti juga telah diatur untuk memeriahkan suasana raya.

Jelajah Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2024 12:50PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sambutan Aidilfitri tiba awal di puncak Resorts World Genting (RWG) apabila ia kini tampil dengan suasana perayaan yang meriah.

Setiap sudut pusat peranginan itu kini dihiasi dengan dekorasi yang memukau untuk menonjolkan keindahan ikatan keluargaan dan warisan Melayu, sehingga 14 April ini.

Membawa tema Raya Kaw-Kaw, kunjungan ke sini membuatkan anda mahu bergambar tak henti-henti kerana hiasannya yang Instagramable.

Menggabungkan elemen moden dan tradisional, serta menampilkan warna-warna yang segar seperti hijau, biru, merah jambu, dan kuning, serta rangkaian bunga yang mempesonakan, saksikanlah kecantikan astaka kecil bergaya Moorish yang terletak di Kimhua Atrium.

Ketupat bersaiz besar serta layang-layang dan wau tradisional berwarna-warni turut digantung bagi menarik perhatian dan menghidupkan suasana.

Persembahan Dan Hiburan Perayaan

Selain itu, pengunjung juga boleh nantikan hiburan menarik dengan Pertunjukan ‘Raya Show’ yang berlangsung setiap hari bermula jam 2:30 petang di Kimhua Atrium hingga 14 April hadapan.

Saksikan persembahan ‘Meriah Raya’ dan beramah mesra dengan maskot ketupat pada jam 1 tengah hari, 3.30 petang, 5.30 petang, dan 7 malam setiap hari, juga di Kimhua Atrium.

Menariknya, jika anda berinteraksi dengan mana-mana penghibur, anda akan mendapat sampul duit raya bersama dengan baucar diskaun Istimewa. Jadi bolehlah berbelanja di stor-stor terpilih dengan penjimatan!

Bazar Mini Raya

Ramadan dan raya tidak akan sempurna tanpa kehadiran bazar raya, yang jga tidak dilupakan pengurusan RWG.

Biarpun hanya bersaiz mini, bazar ini mampu memberi ruang untuk anda menikmati pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan.

Boleh bawa pulang minyak wangi, pelbagai pilihan gula-gula, kuih tradisional, dan banyak lagi dari bazar mini raya The Perfume Hub, Coffeepii, Piitapii, Travel for All dan DEI yang terletak di Kimhua Atrium.

Terdapat juga sebuah sudut seni pasir bertemakan raya yang pastinya akan menghiburkan kanak-kanak sementara orang dewasa menikmati terapi beli-belah.

Hidangan Raya Super Jimat

Musim perayaan pasti mengingatkan kita semua dengan hidangan lazat membuka selera. Alang-alang sudah sampai ke destinasi percutian ini, nikmatilah hidangan Set Raya Super Jimat yang terdiri daripada nasi impit, lemang, kuah kacang, sayur lodeh, rendang ayam, tauhu bergedil, dan banyak lagi hanya dengan RM25 seorang.

Tetapi, pesanan mestilah minimum untuk 2 orang. Hidangan ini hanya tersedia di Jom Makan, SkyAvenue Aras G, sehingga 14 April 2024, bermula dari jam 12 tengah hari hingga 9 malam.

Selain itu, Jom Makan Street Food, Aras 4, turut menawarkan set nasi ayam panggang, bubur kacang hijau, dan minuman sejuk dengan harga RM35, dari 10 hingga 14 April 2024.

Jangan lupa bawa pulang ole-ole dari Genting, seperti biskut onde-onde dan kurma dengan biskut badam yang dijual dalam kotak berisi 12 biji pada harga mampu milik. Produk ini hanya dijual di kaunter Flavours of Genting di The Bakery dan lobi Hotel First World.

Keseronokan Bersama Keluarga Di Taman Tema Genting SkyWorlds!

Akhir sekali, nikmatilah aktiviti tarikan yang tiada tandingannya dan rasakan keindahan bersama orang-orang tersayang di Taman Tema Genting SkyWorlds, yang diiktiraf oleh CNN Travel sebagai salah satu taman tema baharu terbaik di dunia!

Nikmati kadar bermula dari serendah RM98 untuk tempahan atau jimat sehingga RM1,000 apabila anda membeli tawaran ‘Beli Lebih Jimat Lebih’ melalui laman web dan aplikasi mudah alih Resorts World Genting, dari sekarang hingga 30 September hadapan!

Banyak lagi tawaran yang menanti di RWG, jadi ajaklah keluarga dan rakan-rakan baik anda untuk memeriahkan suasana bersama-sama di Resorts World Genting hari ini! Sesekali ber-OOTD raya di puncak kota keriangan ini, tiada salahnya.

Untuk maklumat lanjut, lawati https://www.rwgenting.com/ atau laman sosial rasmi RWG.

Selamat berhari raya! – Getaran, 7 April 2024

Foto : RWG

Sorotan

1

Skuad Piala Uber Malaysia Pulang Awal

2

Nur Shazrin Mungkin 'Lupakan' Paris 2024

3

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

4

Anwar Bertemu PM Qatar, Zahirkan Kesediaan Malaysia Beri Rawatan Kepada Rakyat Palestin

5

Putera Mahkota Arab Saudi Berhasrat Adakan Lawatan Rasmi Ke Malaysia Akhir Tahun Ini - PM

6

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Aplikasi Yang Patut Dimuat Turun Apabila Bercuti Ke 5 Negara dan Kota Popular Berikut

oleh Rahayu MN

Selera 1 hari yang lalu

Grand Hyatt Kuala Lumpur Lancar Edisi Kedua #DinewithChef

Menggabungkan pelbagai hidangan dari seluruh dunia, pesta makanan ini berlangsung selama sebulan.

oleh Rahayu MN