web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

Kempen ‘Kiriman Raya’ bersama Pos Malaysia itu mencipta ‘Malaysia Book of Records’

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2024 1:04PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-20, pusat beli belah The Curve Damansara tampil dengan buah tangan istimewa dengan membawa kempen ‘Kiriman Raya’, berkolaborasi dengan Pos Malaysia.

Menerusi kempen ini, pengunjung akan dibawa mengimbau nostalgia melalui tradisi mengutus kad ucapan Hari Raya sebagai pengerat kasih sayang dan mencipta pengalaman yang penuh bermakna.

Diilhamkan daripada Pejabat Pos Bukit Rotan iaitu kemudahan postal tertua di Malaysia, iaitu hampir 100 tahun dan masih beroperasi di Kuala Selangor, Centre Court the Curve telah dihias indah dengan suasana pekan di sekitarnya.

Kemeriahan yang boleh dinikmati sehingga 14 April 2024, bertempat di Centre Court ini turut dilengkapi dengan kaunter perkhidmatan Pos Malaysia, kedai-kedai retro dan bazar Raya yang meriah.

Uniknya kempen ini ialah pengunjung pusat membeli-belah The Curve berkesempatan mengepos kiriman kad raya kepada keluarga serta sahabat handai jauh dan dekat di Pejabat Pos Bukit Rotan, The Curve pada setiap hujung minggu.

Lebih menarik, Pejabat Pos Bukit Rotan, The Curve juga menyediakan kaunter membeli setem dan perkhidmatan mencetak setem dengan wajah si pengirim. 

Jadi, bolehlah rebut peluang keemasan ini untuk mengabadikan wajah anda di setem. Kalau tidak mahu digunakan untuk kiriman kad raya atau buah tangan, jadikannya koleksi peribadi.

Menurut Ketua Pegawai Operasi, Jazmi Kamarudin, usahasama ini tidak hanya mengembalikan nostalgia era 70an - 80an, tetapi juga semangat kemasyarakatan tanpa mengenal bangsa dan agama.

“Kehadiran ‘abang posmen’ pada ketika era itu amat dinanti-nantikan. Lebih teruja lagi, jika kad raya yang diterima mempunyai alunan muzik apabila dibuka.

“Kempen yang dibawakan ini diharapkan boleh mengimbau nostalgia raya dulu-dulu,” ujarnya beliau.

Kempen yang melibatkan penggunaan lebih 10,0000 keping kad raya itu turut mendapat perhatian dan pengiktirafan ‘Malaysia Book of Records’. Kad raya penghias ini akan diguna pakai semula untuk aktiviti bengkel seni dan kraftangan iaitu Fiesta Raya dan Festival Kraf Kebangsaan yang diadakan bermula 15 Mac sehingga 7 April 2024.

Kempen ‘Kiriman Raya’ turut melibatkan lebih 50 usahawan lokal yang menawarkan pelbagai pilihan keperluan untuk menyambut Aidilfitri. Ada jualan biskut raya, baju raya aksesori fesyen dan lain-lain lagi.

Semangat perayaan di The Curve Damansara semakin meriah apabila pusat beli belah ini turut membuka peluang kepada pengunjung untuk memenangi cabutan bertuah bernilai RM2,000 bagi pembelian tertinggi, tertakluk kepada terma yang ditetapkan.

Jadi tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke pusat membeli-belah The Curve Damansara serta nikmati fasiliti dan aktiviti menarik sepanjang kempen ‘Kiriman Raya’ berlangsung. – Getaran, 28 Mac 2024

Foto : The Curve Damansara

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN