Bagi meraikan ulang tahun pertama aplikasi Mitsui Shopping Park MY, pusat beli-belah Mitsui Outlet Park KLIA Sepang (MOP KLIA) menganjurkan kempen penjimatan tambahan selama 10 hari bermula 1 Mac hingga 10 Mac ini.
Aplikasi mudah alih itu menyediakan manfaat eksklusif kepada pembeli, menawarkan penjimatan yang dipertingkatkan dan pengalaman membeli-belah yang lebih bermanfaat.
Naib Pengarah Urusan MFMA Development Sdn Bhd, TJ Cheah berkata, walaupun pembeli sudah menikmati diskaun hebat sebanyak 70 peratus atau lebih apabila membeli-belah di MOP KLIA, aplikasi ini meningkatkan penjimatan dengan memberi ganjaran kepada pengguna dengan mata ganjaran yang boleh ditukar kepada pulangan tunai dan e-baucar eksklusif.

“Diperkenalkan tahun lalu, aplikasi ini bertujuan meningkatkan pengalaman pembeli dengan menyediakan mata ganjaran bagi pembelian, akses untuk muat turun e-baucar, kemas kini terkini mengenai promosi dan bantuan navigasi pusat membeli-belah yang lebih komprehensif,” katanya.
Justeru, pembeli boleh melawati Sunshine Square untuk mengimbas kod QR dan menebus hadiah sambil memperoleh mata ganjaran bonus dan baucar diskaun.
Selain itu, pengguna aplikasi juga bakal menikmati manfaat eksklusif termasuk 8X mata ganjaran dan tempat letak kenderaan percuma selama 2 jam sepanjang tempoh kempen.
Pengguna baharu yang memuat turun aplikasi Mitsui Shopping Park MY semasa tempoh kempen pula akan menerima 300 mata ganjaran bonus dan e-baucar RM5 untuk pulangan tunai.

Aplikasi ini menawarkan pelbagai e-baucar daripada cawangan yang mengambil bahagian, yang boleh didapati secara percuma. Pengguna boleh mendapatkan 1 mata ganjaran untuk setiap RM1 yang dibelanjakan, dengan 100 mata ganjaran ditukar kepada RM1 pulangan tunai.
Untuk maklumat lanjut dan menyertai sambutan, lawati MOP KLIA dan muat turun aplikasi Mitsui Shopping Park MY melalui Google Play Store atau Apple App Store.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai tawaran, promosi dan acara akan datang di MOP KLIA, layari mitsui-shopping-park.com.my/MOPKLIA/ atau www.facebook.com/MOPKLIA. - Getaran, 6 Mac 2024