Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pekan Jumaat Sungai Bayor Titik Pertemuan Peniaga, Pengunjung 3 Negeri

Jelajah Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2024 8:24PM

Pekan Jumaat Sungai Bayor yang menjadi tumpuan sejak 20 tahun lalu. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LARUT - Dalam ketenangan berlatarbelakangkan suasana kampung di Selama dekat sini, terdapat sebuah pasar pagi dikenali sebagai Pekan Jumaat Sungai Bayor yang menjadi tumpuan lebih 300 peniaga dari tiga negeri mencari rezeki sejak 20 tahun lepas.

Menariknya, pasar pagi yang beroperasi pada setiap Jumaat bermula 7 pagi hingga 12 tengah hari itu bukan hanya menawarkan pelbagai barangan, tetapi juga sepanjang lebih dua kilometer di jalan Kampung Sungai Bedarah.

Pekan Jumaat Sungai Bayor membabitkan satu laluan sepanjang lebih dua kilometer di jalan Kampung Sungai Bedarah. - gambar BERNAMA
Pekan Jumaat Sungai Bayor membabitkan satu laluan sepanjang lebih dua kilometer di jalan Kampung Sungai Bedarah. - gambar BERNAMA

Lebih unik, pasar pagi itu merupakan titik pertemuan peniaga dan pengunjung dari tiga negeri iaitu Perak, Kedah dan Pulau Pinang dan sentiasa menjadi tumpuan terutama apabila tiba musim cuti sekolah.

Pengerusi Persatuan Penjaja Daerah Selama, Mohamad Ezaiyuhan Awang, 38, berkata kebiasaannya pengunjung yang datang sekitar 2,000 orang, tetapi jumlah berkenaan akan berganda apabila tiba musim cuti sekolah.

"Pernah saya tanya (pengunjung), bukan hanya dari Perak, Kedah dan Pulau Pinang malah ada yang datang dari Johor dan Selangor untuk dapatkan pengalaman," katanya ketika ditemui Bernama di sini. 

Mohamad Ezaiyuhan yang berasal dari Taiping berkata, pada era awal 60-an hingga 70-an, lokasi asal Pasar Jumaat terletak di tepi Sungai Bedarah, namun ia ditukar ke pekan Sungai Bayor berikutan berlaku peningkatan jumlah peniaga.

"Lokasi berkenaan sekali lagi ditukar iaitu di sini (sepanjang jalan Kampung Sungai Bedarah) pada awal 2004 oleh Majlis Daerah Selama (MDS) atas faktor keselamatan memandangkan lokasi di pekan Sungai Bayor merupakan laluan utama penduduk.

"Saya antara orang yang bertuah kerana saya antara segelintir peniaga di sini yang merasai suasana semasa berniaga di pekan Sungai Bayor dan di sini. Umumnya, tiada apa yang berbeza kecuali banyak peniaga dalam kalangan orang baharu," katanya.

Pengunjung bukan saja datang dari Perak, Pulau Pinang dan Kedah, malah dari Johor selepas mengetahui mengenai pasar ini melalui media sosial. - gambar BERNAMA
Pengunjung bukan saja datang dari Perak, Pulau Pinang dan Kedah, malah dari Johor selepas mengetahui mengenai pasar ini melalui media sosial. - gambar BERNAMA

Bapa kepada dua cahaya mata itu berkata, antara barangan yang ditawarkan di pasar pagi berkenaan ialah aneka makanan dan minuman, hasil pertanian, ikan, buah-buahan,barangan terpakai, mainan kanak-kanak dan sebagainya.

"Lebih separuh daripada jumlah keseluruhan peniaga di sini terdiri daripada peniaga berasaskan kepada bahan makanan.

“Macam-macam boleh jumpa di sini termasuk barangan yang sukar diperoleh seperti madu tualang, ikan sungai serta buah-buahan dan sayur-sayuran," katanya.

Selain itu, katanya, Persatuan Penjaja Daerah Selama juga telah menganjurkan beberapa pertandingan yang menjadi aktiviti sampingan bagi meneruskan kerancakan pasar pagi berkenaan. 

Beliau berkata, pertandingan yang diatur itu terarah kepada tema busana klasik, makanan, gerai tercantik dan sebagainya melalui kerjasama dengan MDS, Geng Dangor Sungai Bayor, Wk. Picture serta penduduk sekitar Selama.

"Kita buat semua ini adalah untuk memastikan kelangsungan pasar pagi ini. Bila ada program sampingan seperti pertandingan-pertandingan ini, maka ia akan mengundang lebih banyak pengunjung sekali gus meningkatkan pendapatan peniaga," katanya.

Pelbagai pertandingan juga diadakan bagi menarik pengunjung. - gambar BERNAMA
Pelbagai pertandingan juga diadakan bagi menarik pengunjung. - gambar BERNAMA

Sementara itu, peniaga Mohd Nazril Salleh, 32, berkata sejak enam tahun lepas dia berulang-alik dari rumahnya di Kulim ke pasar pagi itu sejauh lebih 50km demi mencari rezeki dengan berniaga kacang rebus.

Walaupun mengakui jarak perjalanan yang ditempuhi agak jauh, ia tidak mematahkan semangatnya kerana hasil jualan yang diperoleh di pasar pagi itu mampu mencecah RM300 hingga RM450 sehari.

"Walaupun masa berniaga pendek iaitu sekitar lima jam dan hanya sehari berniaga dalam seminggu, namun pendapatan yang diperoleh amat memuaskan hati saya (RM300-RM450 sehari).

"Nak lebih seronok berniaga apabila tiba musim cuti sekolah, kadang-kadang 9 pagi dah tutup gerai sebab kacang semua habis dijual," katanya menambah MDS hanya mengenakan caj sebanyak RM4 bagi setiap tapak yang disediakan kepada penjaja. 

Seorang pengunjung Normala Sidek, 45, dari lpoh, berkata pihak berwajib perlu memperbanyakkan papan tanda bagi memudahkan pengunjung untuk mencari lokasi sebenar pasar pagi itu.

"Saya cadangkan pihak berkuasa tempatan memasang papan tanda di samping mempamerkan sedikit maklumat tentang pasar pagi ini untuk kemudahan orang luar.

“Saya yakin dengan keunikan pasar ini mampu menjadi satu lagi tarikan pelancong ke sini," katanya.

Normala berkata, ini kali ketiga dia bersama keluarga berkunjung ke pasar pagi itu dan antara sebab utama mereka gemar ke lokasi berkenaan adalah kerana suasananya menenangkan selain berpeluang untuk mendapatkan sayur-sayuran atau ulam-ulaman kampung yang segar pada harga berpatutan. - BERNAMA

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Cuaca Panas, Lebih Baik Sarung Pakaian Fabrik Linen

oleh Rahayu MN

Jelajah 12 jam yang lalu

Terokai Pengalaman Kulinari Di Pantai Aegean, Türkiye

Rantau yang kini terkenal dengan pelbagai restoran menarik, berjaya meraih pujian pelanggan, khususnya restoran yang diketuai chef muda berbakat

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Refleksi 1 hari yang lalu

5 Cara Takaful Menjamin Masa Depan Kewangan

Jika anda tidak selesa dengan perlindungan insurans konvensional, boleh pertimbangkan takaful untuk dijadikan talian hayat yang diyakini.

oleh Rahayu MN