web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sensasi Arked Terbesar di Singapura ke Lot 10, Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Cow Play Cow Moo membawakan pengembaraan permainan terbaik bersama lebih 100 mesin arked yang menyeronokkan.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2024 8:58AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempena cuti sekolah ini, terdapat satu lagi tarikan yang boleh dinikmati sekiranya anda berada di Kuala Lumpur.

Pusat arked dan hiburan keluarga terbesar di Singapura, Cow Play Cow Moo, buat julung-julung kalinya hadir ke Malaysia dengan memilih Lot 10, Bukit Bintang sebagai persinggahan. 

Sama ada anda datang bersama ahli keluarga atau rakan, bersedialah untuk pengembaraan luar biasa melalui sistem ganjaran 'bermain untuk mendapatkan hadiah', di mana mereka yang berjaya mengumpul markah tertinggi boleh mengumpul barangan berlesen dan kad koleksi.

Keseronokan bermula saat anda melangkah masuk ke arked ini. Langkah pertama, buat pendaftaran kad keahlian untuk mendapatkan promosi dan ganjaran eksklusif, kemudian isikannya dengan kredit. 

Kemudian dapatkan token daripada mesin token untuk menyemarakkan pengembaraan permainan anda. Main, kumpul tiket dan saksikan ia semakin bertambah yang secara automatik disimpan pada kad anda. 

Sebelum pulang, pastikan anda ke bahagian penebusan untuk melihat khazanah barangan berlesen dan tebus menggunakan mata dan tiket yang telah terkumpul. Lebih banyak mata yang berjaya diperolehi, lebih banyak hadiah yang menanti.

Cow Play Cow Moo juga berbangga untuk mengetengahkan khazanah barangan berlesen dan eksklusif menampilkan pelbagai jenama ikonik seperti Disney (Mickey Mouse, Winnie the Pooh, Tsum Tsum, Disney Princesses), Sanrio (Hello Kitty, My Melody, Cinnamoroll, Kuromi, Little Twin Stars), Pokemon (Pikachu, Squirtle, Bulbasaur, Charmander), Lego, Stitch Snow Globe dan banyak lagi. 

Bahkan, ia juga akan menawarkan barangan niaga dan koleksi edisi khas berlesen yang amat dinantikan. 

Lebih 100 Mesin Permainan

Menerusi rangkaian lebih daripada 100 mesin yang mengagumkan, Cow Play Cow Moo menawarkan pelbagai pengalaman luar biasa yang memenuhi keperluan setiap peminat permainan. 

Cubalah permainan sukan dengan mesin Hoop Shot, Lane Master dan Storm Shot di arked ini, atau uji kemahiran anda pada mesin berasaskan kemahiran yang mengetengahkan Pearl Fishery, Dream Castle dan DC Superheroes. Usah lepaskan peluang dengan mesin permainan karnival yang mana anda boleh mencuba Whack Clowns dan Big Wave untuk meraih kemenangan!

Apa yang benar-benar membezakan Cow Play Cow Moo adalah sistem kad koleksinya yang unik yang mana ia boleh didapati pada mesin terpilih. Kad koleksi ini mempunyai ‘mata ganjaran’ berharga yang menjanjikan penebusan hadiah.

Ketua Pegawai Operasi (COO) Cow Play Cow Moo Malaysia, Jon Cheang, berkata pihaknya teruja untuk memperkenalkan Cow Play Cow Moo ke Malaysia.

“Pemilihan lokasi utama Bukit Bintang membolehkan orang ramai membawakan keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati pengalaman permainan yang menggembirakan.

“Kami berhasrat untuk mencipta pengalaman yang penuh keseronokan yang mana orang ramai boleh melupakan telefon dan rutin mereka untuk mencuba dan menghayati pelbagai pilihan permainan arked,” katanya.

Jelas beliau lagi, pihaknya merancang untuk membuka dua lagi cawangan Cow Play Cow Moo di Kuala Lumpur tahun ini, sekali gus memastikan bahawa rakyat Malaysia mempunyai lebih banyak peluang untuk menikmati keseronokan dan kegembiraan pengalaman arked yang serba unik di Cow Play Cow Moo.

Untuk maklumat lanjut tentang arked permainan ini, sila layari https://cpcm.my. – Getaran, 18 Februari 2024

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia