web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Skyline Luge KL Perkenal Night Luge, Tak Perlu Lagi Beratur Panjang Berjam-Jam

Night Luge tersedia pada setiap hujung minggu untuk beri peluang anda meluncur laju di persekitaran yang dihiasi neon berwarna-warni.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2024 8:14PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bermula hujung minggu ini, Skyline Luge Kuala Lumpur (Skyline Luge KL) bakal menawarkan pengembaraan berwarna-warni apabila melanjutkan tempoh operasi mereka ke malam hari dengan melancarkan Nigh Luge baru-baru ini.

Bersedialah untuk memecut melalui selekoh tajam serta terowong dan cerun yang mendebarkan, sambil disirami lampu LED berwarna hijau, oren, biru dan merah jambu yang memukau!

Ia menjanjikan pengalaman yang menjana adrenalin, lebih-lebih lagi apabila Skyline Luge KL juga menempatkan terowong terpanjang yang pernah dibina dalam portfolio Skyline.

Suasana malam yang lebih nyaman ini cukup sempurna untuk mereka yang tidak suka berpanas terik di bawah sinaran mentari dan yang paling penting, foto dan video yang terhasil juga lebih ceria.

Jangan risau tentang barisan yang panjang, kerana dengan penambahbaikan di taman tema tersebut, pengunjung perlu memilih slot masa yang dikehendaki ketika membeli tiket.

Ini bermakna, jika anda ingin meluncur pada malam hari, belilah tiket untuk jam 6 petang, 7 malam atau slot terakhir, 8 malam.

Setiap slot juga dihadkan kepada 200 orang. Jadi siapa cepat, dia dapat. Boleh buat belian secara dalam talian untuk mengelakkan kekecewaan dan lebih penjimatan. 

Selain dua perkara di atas, Skyline Luge KL juga dengan bangganya berkongsi bahawa taman tema itu telah menampilkan papan tanda baharu yang jelas, seiring dengan projek penambahbaikan kemudahan dan perkhidmatan mereka secara berperingkat.

Papan tanda baharu yang diletakkan di seluruh taman tema itu bagi memudahkan pengunjung menerokai taman tema itu dengan mudah.

Bahkan, mereka juga telah menambah kawasan teduhan baharu di seluruh taman tema bagi memberikan tetamu pengalaman beratur yang lebih nyaman dan selesa.

Sempena cuti sekolah ini bolehlah habiskan masa berkualiti bersama keluarga di Skyline Luge KL untuk mencipta memori indah yang berkekalan.

Boleh juga rancang bersama teman dan rakan-rakan sekolah.

Skyline Luge KL yang dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 6 petang pada hari-hari biasa, dan selami keajaiban Night Luge pada setiap hujung minggu dengan waktu lanjutan sehingga jam 10 malam. – Getaran, 9 Februari 2024

Foto : Skyline Luge KL

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia