Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Canon Bantu Kempen Tahun Melawat Perak 2024

Kerjasama strategik bertujuan memperkukuhkan industri pelancongan Perak, selain memanfaatkan solusi pengimejan Canon

Jelajah Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2024 8:03PM

gambar Roots

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Canon Marketing Malaysia (Canon), peneraju terkemuka teknologi kamera dan solusi pengimejan, dengan bangganya mengumumkan kolaborasi terbaharu mereka dengan dengan Tourism Perak Management Berhad (TPMB) bagi menjayakan kempen Tahun Melawat Perak 2024.

Kerjasama strategik itu bertujuan memperkukuhkan industri pelancongan Perak dan memanfaatkan solusi pengimejan Canon bagi menarik pengunjung dari dalam dan luar negara ke Perak, serta mempromosikannya sebagai destinasi pelancongan utama. 

Selain bertindak sebagai rakan strategik, Canon berperanan sebagai penaja dalam kempen Tahun Melawat Perak 2024 TPMB, yang digabungkan oleh matlamat bersama untuk menyemarakkan semula industri pelancongan Perak.

Pada masa sama, ia bermatlamat menjadikan Perak sebagai destinasi terunggul di Malaysia untuk pengalaman percutian dan pelancongan berasaskan warisan serta alam semula jadi. 

Menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak, Canon akan bekerjasama rapat dengan TPMB, di mana Canon akan memanfaatkan jangkauannya yang luas untuk menarik lebih ramai pelancong ke negeri itu secara aktif. 

Hubungan itu tidak hanya menjurus kepada penajaan semata-mata, sebaliknya juga merangkumi kerjasama dalam penganjuran bengkel, pertandingan dan penyediaan kamera Canon sebagai hadiah untuk pertandingan akan datang serta kegunaan TPMB.  

(Dari kiri) Pengurus Kanan, Pengurusan Aset Kemudahan, Majuperak Holding Berhad, Nor Azman Zulkifli; Ketua Pegawai Eksekutif, Tourism Perak Management Berhad, Nurmalis Musa; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Canon Marketing Malaysia, Shunji Yoshikai dan Ketua Cawangan Pulau Pinang, Canon Marketing Malaysia, Daren Tan. Gambar Roots
(Dari kiri) Pengurus Kanan, Pengurusan Aset Kemudahan, Majuperak Holding Berhad, Nor Azman Zulkifli; Ketua Pegawai Eksekutif, Tourism Perak Management Berhad, Nurmalis Musa; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Canon Marketing Malaysia, Shunji Yoshikai dan Ketua Cawangan Pulau Pinang, Canon Marketing Malaysia, Daren Tan. Gambar Roots

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Canon Marketing Malaysia, Shunji Yoshikai berkata: “Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan TPMB untuk mempersembahkan keindahan dan kecantikan Perak kepada dunia”.

Katanya, kerjasama ini selari dengan falsafah ‘Kyosei’, yang menekankan kehidupan dan kerjasama harmoni demi kebaikan sejagat. Menerusi jalinan ini, kami akan berusaha bukan sahaja menonjolkan keindahan Perak, tetapi juga memberikan sumbangan positif kepada masyarakat dan alam sekitar.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TPMB, Nurmalis Musa pula berkata: “Kerjasama ini menandakan usaha sama penting untuk mempromosikan keindahan Perak.

“Bersama-sama dengan Canon, kami berhasrat untuk menarik perhatian masyarakat antarabangsa dan menjemput pelancong dari seluruh dunia untuk mengalami sendiri khazanah yang ditawarkan oleh Perak”.  

MoU selama 12 bulan itu turut menggariskan komitmen kedua-dua pihak bagi mengembangkan dan mempromosikan portfolio pelancongan Perak.

Justeru, Canon dan TPMB akan sama-sama menganjurkan pertandingan fotografi dan videografi untuk merangsang kreativiti serta penglibatan, sambil mengadakan bengkel khusus untuk peserta industri di Perak. 

Inisiatif itu bertujuan untuk menyorotkan naratif menarik mengenai Perak menerusi penceritaan berasaskan visual, memupuk penghayatan yang lebih mendalam terhadap kepelbagaian warisan budaya dan tarikan yang mengagumkan di negeri itu. 

Dengan menggabungkan inovasi dan seni penceritaan, kerjasama ini diharapkan dapat mengetengahkan budaya dan keajaiban alam semula jadi Perak, melorongkan dunia untuk menerokai dan menikmati keunikan yang ada di Perak.

Untuk maklumat lanjut mengenai bengkel, acara dan pertandingan Canon yang berkaitan dengan kempen Tahun Melawat Perak 2024, sila layari my.canon atau ikuti laman Facebook dan Instagram rasmi Canon Malaysia. – Getaran, 14 Januari 2024

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Patung Lilin Elon Musk Yang Pertama Di Dunia Berada Di Hong Kong

oleh Rahayu MN

Gaya 12 jam yang lalu

Cuaca Panas, Lebih Baik Sarung Pakaian Fabrik Linen

Koleksi linen Marks & Spencer mementingkan keselesaan dan tak lapuk ditelan zaman

oleh Rahayu MN

Jelajah 21 minit yang lalu

Terokai Pengalaman Kulinari Di Pantai Aegean, Türkiye

Rantau yang kini terkenal dengan pelbagai restoran menarik, berjaya meraih pujian pelanggan, khususnya restoran yang diketuai chef muda berbakat

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Refleksi 1 hari yang lalu

5 Cara Takaful Menjamin Masa Depan Kewangan

oleh Rahayu MN