web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 20,000 Pengunjung Disasar Lawat Pameran Anak-anak Sidek - Exco Selangor

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2024 8:25AM

Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor Borhan Aman Shah bersama ua legenda badminton negara Datuk Dr Mohmed Misbun Mohd Sidek dan Datuk Seri Mohd Jalani Mohd Sidek selepas merasmikan Pameran Anak-anak Sidek: Lagenda Badminton Negara. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menyasarkan lebih 20,000 pengunjung hadir memeriahkan Pameran Anak-anak Sidek: Legenda Badminton Negara yang sedang diadakan di Muzium Sultan Alam Shah di sini selama enam bulan bermula 1 Nov tahun lepas.

Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor Borhan Aman Shah berkata sehingga kini lebih5,000 pengunjung telah melawat ke pameran secara percuma itu yang dibuka pada 9.30 pagi hingga 5.30 petang setiap hari.

“Pameran itu dibahagikan kepada lima segmen yang dimulakan dengan kisah ketika zaman kanak-kanak anak-anak Sidek, perjalanan karier dan kejayaan yang diperoleh oleh mereka sepanjang tempoh kerjaya sebagai pemain serta jurulatih badminton negara," katanya.

Pengunjung cuba membuat 'service' di Pameran Anak-anak Sidek: Lagenda Badminton Negara. - gambar PADAT
Pengunjung cuba membuat 'service' di Pameran Anak-anak Sidek: Lagenda Badminton Negara. - gambar PADAT
Pengunjung membaca mengenai kejayaan lagenda badminton negara memenangi Piala Thomas. - gambar PADAT
Pengunjung membaca mengenai kejayaan lagenda badminton negara memenangi Piala Thomas. - gambar PADAT

Borhan bercakap kepada pemberita selepas merasmikan pameran berkenaan di sini, semalam  yang turut dihadiri dua legenda badminton negara Datuk Dr Mohmed Misbun Mohd Sidek dan Datuk Seri Mohd Jalani Mohd Sidek.

Antara koleksi milik anak-anak Sidek yang dipamerkan ialah medal kemenangan di kejohanan dunia, Kejohanan Badminton All England, Temasya Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan SEA.

Dalam pada itu itu, Borhan berkata kerajaan Selangor pada dasarnya bersetuju untuk menjadikan rumah keluarga Allahyarham Datuk Mohd Sidek Kamar di Kanchong Darat, Banting sebagai rumah warisan kebangsaan sekali gus menjadi satu daripada tarikan pelancongan dan pemeliharaan warisan negara.

Pameran itu juga menyingkap profil lagenda badminton negara termasuk bapa mereka, Datuk Mohd Sidek Abdullah Kamar, yang juga jurulatih mereka. - gambar PADAT
Pameran itu juga menyingkap profil lagenda badminton negara termasuk bapa mereka, Datuk Mohd Sidek Abdullah Kamar, yang juga jurulatih mereka. - gambar PADAT
Pingat yang dimenangi lagenda badminton negara. - gambar PADAT
Pingat yang dimenangi lagenda badminton negara. - gambar PADAT

Mengulas mengenai cadangan kerajaan negeri itu, Mohmed Misbun berkata pihaknya menyambut baik cadangan tersebut untuk memelihara rumah kebanggaan mereka sekeluarga dan ketika ini masih di peringkat perbincangan antara kedua-dua pihak tersebut.

"Cadangan yang bagus. la tempat kami adik-beradik bermula bermain dan rumah itu satu kebanggaan kita. Jadi apabila menjadi satu rumah keluarga menjadi rumah warisan, ia akan kekal lebih lama dan lebih ramai orang tahu mengenai (nilai sentimental dan sejarah di sana)," katanya.

Dalam pada itu, Mohmed Misbun yang mewakili keluarganya turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Selangor Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) kerana melaksanakan pameran mengenai keluarga mereka.

"Pameran yang julung kali diadakan ini amat bermakna pada kami sekeluarga dan moga pameran ini dapat menyemarakkan lagi minat generasi muda dalam sukan badminton. Sudah lebih 50 tahun kami bermain badminton, dari kami berusia lima tạhun kami telah dilatih oleh ayah sehingga kami mewakili berjaya negara.

Pengunjung cilik juga boleh menyertai pelbagai aktiviti termasuk mewarna. - gambar PADAT
Pengunjung cilik juga boleh menyertai pelbagai aktiviti termasuk mewarna. - gambar PADAT

"Ketegasan ayah dalam mendidik dan mengajar kami mengenali dan meminati sukan badminton telah membawa kami terutama lima beradik ini sebagaimana yang anda kenali sekarang.

“Jika diingat dan kenang, terlalu banyak untuk diceritakan namun dengan adanya pameran begini, sedikit sebanyak cerita itu dapat dipaparkan untuk bacaan dan tatapan orang ramai," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia